Langkawi weekend gateway

pantai Cenang 2016

Pulau Lagenda ni boleh dikatakan aku kunjungi setiap tahun.
Selain dekat aku suka pantainya yang berpasir putih dan halus. Lagipun museum 3D tak masuk lagi.
Kena repeat jugak kekdahnya.
Rush jugak trip ni, tapi sebab ni aku dah tak tahan.. lama sgt tak berjalan. Jadi ni kira macam weekend gateway aje.
Balik kerja drive ke Kuala Perlis. Parking kat kawasan berbumbung ni RM10 sehari, so total 3 ari Rm30. Ni low season..jika peak season dalam Rm15 sehari.


parking sini
Rm10 sehari
Tambang feri Rm 18 dewasa dan Rm13 kanak-kanak. Sehala.
Perjalanan dari Kuala Perlis ke Jeti Point Kuah Langkawi lebih kurang sejam.
Dalam feri selesa dan selalu penuh walau low season.
Sampai jeti, terus ke kaunter sewa kereta iaitu syarikat Geopark. Sewa Viva Rm50 sehari (paling murah, manual dan white color).
Isi minyak Rm30 tak abis kot hingga masa balik nak hantar kereta tu. Gila save bawak manual nih.

Tempat menarik kat Langkawi ni ada banyak..kalo setakat stay sehari dua, memang tak sempat nak cover semua. Antara tempat menarik kat sini adalah:

1. Pantai Kok- Yang ni ada Oriental Village yang tarikannya adalah Cable car, muzium 3D dan Telaga Harbour (tempat orang kaya park bot mewah)

2. Pantai Cenang- Kawasan pantai, ada Under Water World, deretan fast food McD, Subway, Chalet-chalet dan Laman Padi.

3. Pulau-pulau seperti Beras Basah, Pulau Tuba, Pulau Rebak, Pulau Payar, Tasik Dayang Bunting dan banyak lagi. Boleh ambil Island Hopping dan boleh amik tour Kilim Geoforest Park. Boleh snorkeling di pulau Tuba.

4. Dataran Helang, Kompleks Haji Ismail Group, Idaman Suri kebanyakkan berpusat sekitar bandar Kuah dan pinggirnya.

Dah sampai Jeti Kuah

Marina Kuah


15 comments:

  1. Kalu dah namanya traveler... Kaki memang gatal! Weekend gateway pon jadi laaa kan mak...

    ReplyDelete
  2. Masa SS pertama kali jejak langkawi... SS sewa kelisa... Punyalah nak abiskan minyak... Turun area bukit pon tekan minyak! Ha ha ha... Nyesal isi minyak banyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..Mak isi Rm30 pun jenuh nak abiskan..turun bukit tekan minyak?? F1 tak jadinya?

      Delete
  3. Parking keta tu ngam2 kat area jetty ke mak? Ke kena menapak jauh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sebelah jeti je ni..menapak dlm seminit jek

      Delete
  4. Mak.... sempoi tau... sempat g lgkawi baq ang...
    cayalah mak...

    ReplyDelete
  5. wahhh Langkawi... Syokk tu zaman belajaq selalu gak pi Langkawi, tapi bila dh tua2 ni jarang pulak nak menapak..hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo menapak pinggna mangkuk tak larat bawak

      Delete
  6. Thanks mak for the info.. nanti pegi balik la..heheh :D

    ReplyDelete
  7. ehehe tngk gambar parking lot kat jetty tu lawak plak.. lama gila x pegi Langkawi guna fery.. sebab tak larat nak drive sampai perlis sana..

    ReplyDelete