Muzium yang terletak di Art In Paradise dalam Oriental Village Langkawi (sama dgn tempat kabel car). Muzium 3D yang mempunyai kira-kira 200 lukisan itu kini dibuka setiap
hari kepada pengunjung bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang dengan harga
tiket RM30 bagi dewasa dan RM20 kanak-kanak pemegang MyKad. Warga asing Rm38 dewasa dan Rm28 kanak-kanak. Lokasi dia dekat sebelah tepi belakang cable car tu.
Dirasmikan oleh bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Muzium 3D
Art of Paradise Langkawi di Oriental Village merupakan
muzium seni tiga dimensi kedua terbesar di dunia.
Aku puji pihak pengurusan yang sentiasa memajukan Langkawi ni..bukan setakat harap pantai dan tarikan lama-lama je tapi sentiasa je ada perubahan dan pembaharuan..barulah tak boring pergi Langkawi tiap tahun pun.
Art in Paradise Langkawi
Untuk info fakta, muzium ini memiliki keluasan ruang
pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat,
terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi interaktif 1 dan 2, ilusi optik, akuarium,
safari, klasik, fantasi, zon tema Mesir, istana lama
dan pemandangan serta zon Malaysia.
Buat mereka yang tidak tahu lokasi muzium 3D ini, ia terletak di lokasi di mana anda mahu menaiki kereta kabel.
Foto Aksi Tun Mahathir di Art in Paradise Langkawi-
Saya suka nak kongsikan beberapa gambar aksi Tun Mahathir yang
jarang-jarang kita boleh nampak untuk pembaca blog ini. Ada yang kata
aksi Tun Mahathir di
Art in Paradise Langkawi ni kiut sangat .. hoho ... :)
Dipetik dari:
Tun Dr. Mahathir memanglah kiut buat macam tu. Kalo mak ni? mau orang baling telur busuk.
Okey, jom tengok apa ada kat muzium ni. Muzium ni ada 3 tingkat dan besar jugak.
Nak masuk buka kasut yer, dan akan diberi plastik dan kad. Sebab? dalam ni lantai-lantai pun di cat sekali dan kena maintain keadaan cat tu. Hengat high heel ko tak jejaskan lantai tu? Cer try pijak high heel ko kat kaki orang, cer tgk jeritan camna dia keluar. Dan utk amik gambar ni, ada point yg dia bagi utk bg gambo gambar nmpk real dan ohsem. Berdiri kat pointer sticker yang dilekat kat lantai tu.
Memang real sungguh semua lukisan dalam ni..beratur kot nk amik gambar yg cun. Cuma Mak nak pesan..dalam museum ni..jika nak posing dgn lukisan-lukisan tu yang perlukan skil lakonan. Jugak perlukan
sexy back. Serius!! sebab byk gambar memerlukan ko berpusing dan tunjuk body dari belakang. Banyak angle yang memerlukan skil pusingan 90-160 darjah.
Jika body cun memang takde hal..tapi jika demok mcm aku..gambar jadi tak bopa cun.
Jadi jangan kecewa okeh jika masuk dlm ni tak seperti yang diharapkan.
|
entrance Oriental Village |
|
Senang Langkawi ni..attraction di pusatkn..sinilah kabel car, 3D museum dll |
|
Oriental Village Mac 2016 |
|
Entrance |
|
kaunter tiket |
|
rega tiket |
waahhhh langkawi dah ada menda alah art 3D ni...
ReplyDeletecayalah...
saya suka saya suka ...
haritu main kat de Curve...
pastu tengok kawan ada ambik gambar 3D ni kat ipoh kot - tapi tak tau kat mana...
ada rejeki p langkawi nak singgah ni ... Insya Allah...
Lama dah ada CML oiiii..mai cepat
DeleteKali akhir g langkawi 2011... hihihi... pastu insaf x nak g dah sebab kita bantai borong coklat bnyk2 melantak sampai gemok... huhuhu
Deletebestnya!
ReplyDeleteBest sgt..puas
Deletenanti nak pi jugaklah sbb tgk 3D dia ohsem sungguh.. serius nampak real..
ReplyDeleteSgt real..dan besar pulak tu lukisannya
DeleteComey je Tun kan.. Moga Allah sentiasa merahmati Tun.. Amin
ReplyDeleteLong Live Tun M..aamiinn
Deletewow sexy back.. kena rajin pi gym dari skrg ni.. hehehe
ReplyDeleteHaha..bkn mummy dah sexy ke
DeleteDah banyak kali SS nengok orang pegi 3D museum dalam dan luar negeri mak... Tapi... Nape sampai skrg SS belum jejak kaki lagi mak? Why? Wny? Tell me Why?
ReplyDelete* Matikk laaaa Mak jadi kaunter pertanyaan.. ha ha ha...
SS mengada-ngada tau..pdhal SS kn org seni..mestilah appreciate seni tu lebih dari jiwa kayu mak ni haaa
DeleteSS layan mural jalanan jek mak... Nak masuk entrance tricky tu tak mampu...
Delete* Buat2 kesat airmata... he he he..
Cer sesekali mak tepek gambo mak posing melampau... atau aksi ghairah... kah kah kah...
ReplyDeleteye ye mummy sokong... hahahhaa komen beransur hasutan.. hahaha :p
DeleteHaha...takut pc meletup nanti..nnti semua merecik, payah..amboi mummy..babap kang sokong sgt SS tu
DeleteCepat Mak tepek muka mak yg vogue tu... Jangan nak sorok sangat...
Deletebaru ke tempat ni.. Tun M memang sportinglah..
ReplyDeletebetul tu.. bagus Langkawi ni.. macam2 diorang buat untuk tarik pengunjung sentiasa rasa nak pegi. tapi kalo CT sampai HIG dahla.. cekelat je ehehe..
ReplyDelete