Kali ni cuti sekolah pergi Penang je. Sebab nak try kelainan, aku book banglo kat Tanjung Bunga ni. Book kat Booking.Com dan kena bayar deposit..peak season sama waktu ni.
Baan Talay homestay ni rate boleh tahan mahal. Banglo ni tepi pantai dan jika dari Gurney drive terus sampai nampak Flamingo hotel, then u-turn dan amik kat Lorong Abbas sebelah kiri tu, kat kawasan perumahan. Sebelum sampai Sheraton Four Point tu.
Kadar bilik bermula dari Rm80 (takde ekon) sehingga Rm 350. Ia ada semua jenis bilik, share bathroom, private bathroom, bilik family (Rm240), bilik berdua dan banglo ni ada 12 bilik. Free wi-fi setiap bilik. Tujuan utama nak pergi Penang sebab nak mandi pantai. Baan Talay homestay ni memang tepi pantai..dan pantainya lebih cantik dan bersih dari yang dekat Batu Feringgi tu.
Bilik dia ada yang baru, ada yang worn out. Aku amik byk bilik so boleh compare.
'' Hartanah ini terletak 1 minit berjalan kaki dari pantai. Hanya beberapa langkah dari Pantai Tanjong Bungah, Baan Talay Homestay Pantai menyediakan penginapan yang aman dan selesa dengan akses WiFi percuma di seluruh hotel. homestay ini mempunyai meja tempahan lawatan untuk membantu dengan urusan perjalanan dan menawarkan perkhidmatan dobi. Hartanah ini terletak dalam jarak 10 minit pemanduan untuk ke Batu Ferringhi dan 20 minit pemanduan dari pusat bandar Georgetown. Terdapat pelbagai kedai makan tempatan bersebelahan dengan homestay. Straits Quay Shopping Mall berjarak 5 minit manakala Gurney Drive dalam jarak 10 minit pemanduan dari rumah tamu ini.''~ booking.com
![]() |
| ini banglonya..berkunci pagar dan memang privacy..nak check-out key drop je |
![]() |
| pintu masuk homestay |
![]() |
| common room utk breakfast dan minum |
![]() |
| hall |
![]() |
| hall dekat dapur |
![]() |
| porch |
![]() |
| dapur..boleh masak jgk..cuma tak pasti halalnya tu..setakat nak magi cup dan minum milo takde masalah |
![]() |
| family room |
![]() |
| nampak laut |
![]() |
| bilik family kat tingkat atas |
![]() |
| bilik double kat bawah |
![]() |
| bilik double |
![]() |
| bilik utk dua org..agak uzur |
![]() |
| bathroom |
![]() |
| toilet |
![]() |
| ruang utk family room |
![]() |
| jalan keluar pagar sedikit dah depan pantai..ramai mancing sini |
![]() |
| senja di Tanjung Bunga..ni dekat pantai depan banglo Baan Talay tu |
![]() |
| bersih dan jernih airnya |
Satu benda yang aku tak suka kalau datang Penang ni adalah masalah parking. Dah berapa kali aku kena saman sebab ni....memang penguatkuasa MPPP ni kerjanya menyaman je dan pantang lepa, ko letak kereta 5 minit pun memang kejap je dia bagi surat cinta. Jangan buat malu tandatangan ba*i pulak kat situ.
Dan malam tu nak pergi makan kat Gurney Drive/ Padang Kota ..parking kat roundbout takde kupon kenderaan MPPP memang kena saman la Rm50. Sapa suruh parking luar kotak. Salah sendiri..padan muka. Jadi sesapa nak pergi makan pasembur padang kota, sila parking dalam Gurney plaza. Bayar Rm6 (ikut jam) dan jalan sikit pun takpelah dari kena saman.
Pukul 9 malam pun still kena saman Majlis Perbandaran Pulau Pinang. pffftt. Ramai kot yang kena saman tu, kaya la MPPP ni.
Lagi satu kat Gurney drive ni gerai makan cina punyalah panjang, meja depa pun banyak dan luas..yang gerai makan melayu cuma secoet je kawasannya. Seksa nak cari meja. Dah kenapa?? ingat cina je ke makan kuat dan kaki makan?? Aku bukanlah nak racis ke apa..korang pergilah tengok sendiri. Gerai Melayu adalah dalam tak sampai 20 gerai kot..yang gerai cina punyalah panjang...mau empat lima enam puluh gerai...Eh Guan Eng ni..kang aku cakap ko racis ko marah.
Nak redakan hangat hati, ko orderlah pasembur padang kota tu puas-puas..memang sedap baq hang..jilat pinggan makan...kuah dia memang terbaik cukup rasa manis dan pedas.
![]() |
| kena saman semata nak makan benda ni..sedap wooo |
![]() |
| beratur nak amik pasembur ni..pilih jangan tak pilih |
![]() |
| sotong..udang..perghh |
![]() |
| punyalah payah nak cari kerusi meja..eh brader ni dok usha tuu amik gambo curi dia |
![]() |
| lepas amik sotong goreng tu semua, bagi kat tukang potong utk kira dan masuk pinggan serving |
![]() |
| lazat nikmat..lupakan bab kena saman tu |
![]() |
| pasembur padang kota..dalam Rm40 sepinggan nih..ada sotong, fish cake, cucur udang, kentang,tauhu,telur dll. Udang dan ketam je aku tak amik |




































