Backpack Medan- Hari pertama di bandar Medan

Selepas sampai dari airport dengan train di bandar Medan, kami keluar dan suasana memang dah gelap. Pusing di kawasan terdekat stesen tengok takde hotel murah. JW Marriot ada la..mampu ko??
Stesen ni dekat dengan Merdeka Walk. Dalam stesen tu ada la hotel..iskk takkan nak tido di hotel tu.
Tak pasal jadi pengemis sebelum balik kampung nanti.

So jenjalan dan tak jumpa hotel bajet, naik becak dan minta dia hantar ke hotel murah. Tambang becak Rp20,000 (Rm 6). Untuk dua orang. Becak ni kecik..mana nak  muat utk anak gajah macam aku ni. Dah le tukang becak kurus boleh nampak rangka. So duduk berhimpit la jawabnya.
Tip untuk yang style redah ni, jika turun bas atau train, minta becak hantar ke Masjid Raya. Kat belakang masjid raya ada banyak hotel murah seperti Residence Hotel, Zakia Hotel dan sebelah Yuki supermarket pun ada dua tiga hotel murah.

becak besar ni untuk anak gajah 2 orang??? waduhhh bisa runtuh gini..imej google.
ini tukang becak kami..kurus kan?? sian pulak tgk dia bwk 2 ank gajah berhimpit ats becak dia
Naik becak dalam 20 minit ke Jalan Puri. Ada banyak hotel jugak kat sini.
Redha malam pertama di Medan, dapat hotel yang horror jugak keadaannya. Tapi aku redhakan ajee..dah lewat dan esok pagi nak bangun awal ke Parapat. Lagi pun lewat dan gelap malam.
Azan subuh kul 4.30 pagi dah sayup kedengaran.

ini hotelnya..Rp150.000 ( Rm50) semalam

hotel ni buruk dan berbau sikit..tapi dah darurat ikutkan aje..dah kata nak hotel murah

redha malam pertama


bilik air yang tak pernah kenal apa itu bleach, peluntur dan Mr Muscle. horror nak mandi.
Pagi esok, bangun dan jalan sekitar hotel ni..kawasan ni bukan tumpuan dan ada dua tiga hotel jugak.
kawasan depan sikit ada soping mall

Residence Puri hotel

banyak musollah kat sini 


cewek medan

kawasan sekitar
Rumah makan sekitar Jalan Puri
becak menunggu tuannya bersarapan



musollah byk di kawasan ni
Lepas clear bilik, bersiap naik becak untuk ke stesen bas Amplas untuk ke Parapat (Danau Toba).
Pepagi memang jam la sangat Medan ni dan hon bingit kiri kanan.
semua busy di jalan-jalan Medan pagi hari

becak yang penumpangnya sayur-mayur
dari jejantas Masjid Raya


Kos untuk hari ni bagi seorang backpacker ialah :

- Tambang keretapi airport- bandar Medan : Rp100,000 (rm34)
- Becak dari stasuin keretapi ke hotel : Rp 20,000/2= Rp10,000 ( rm3)
- Hotel Nidia Nughara : Rp150,000/2 = Rp75,000 (rm 25)

Jumlah belanja hari pertama : Rp185,000 (Rm62 digenapkan)

21 comments:

  1. Mak.

    Kemetotnya entri ni.

    Cepat mak sambung.

    Hihi...
    Tak sabo nak baca

    ReplyDelete
  2. yuhuu tuan rumah...mmg bz jugak kota medan nie yerkk...penduduk sgt padat yer x...hotel budget mcm tu rega rm50...kira mahal jugakk ehhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Azueriena..ya kota yg padat..haa mahal la jgk pdhal ade je yg rm30 lg elok

      Delete
  3. Mak ... okay dah hapdet belog sendiri. ha ha ha ...

    sorry mak ... haritu ter auto publish

    ReplyDelete
  4. mak - sila komen banyak-banyak k.

    ReplyDelete
  5. baca dengan kasih sayang tau.

    kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca dengan kasih syg tulus ikhlas..hehe sambey urut janggut

      Delete
  6. hotel kat medan tak boleh booking online ke acaner mak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je SS book online..mak saja la xmau book online..nk try terjah konon

      Delete
  7. Kalu tgk hotel ni... ala ala kat Padang... Adeiii...

    ReplyDelete
  8. Ok... so far mcm senang... cepat sambung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang jek...jln sambil tutup mata pn boleh😉😉

      Delete