Backpack Medan- Dari Medan ke Parapat

Bagaimana cara untuk ke Danau Toba atau Samosir island dari bandar Medan?
Meh nak kabor.
Perjalanan melalui jalan kampung dan pekan selama 4-5 jam

map medan ke parapat..peta dari blog jhazkitaro
Danau Toba terletak di wilayah Parapat, dan jaraknya lebih kurang 200km yang mengambil masa sehingga 4-5 jam perjalanan dengan kereta atau bas. Jalannya jalan kampung, tiada highway setakat ini (highway sekarang dalam pembinaan). Kalau kita jarak 200km tu kejap je sampai lalu highway..tekan minyak 110/km plak. Tapi ni Indon bang.

Oleh itu kalau kita tengok walaupun jaraknya tak jauh mana, tapi perjalanan sangat lama sehingga
4-5 jam kerana melalui kesesakan, lori bersusun atas jalan, orang kampung longok sayur, budak sekolah berlari-lari, anjing melepak atas jalan serupa jalan tu dia punya dan pelbagai ragam lagi. Kematu bontot bahasa mudahnya.

Danau Toba ialah tasik terbesar di Indonesia, terbentuk selepas letusan gunung berapi dan di tengahnya terletak pulau samosir.
Pulau Samosir merupakan sebuah pulau gunung berapi di tengah Tasik Tobadi provinsi Sumatera UtaraIndonesia. Pulau Samosir merupakan pulau dalam pulau terbesar di dunia, dan dengan ketinggian 1,000 meter di atas permukaan laut menjadikan pulau ini menarik perhatian para pelancong.
Danau toba dan samosir..google image
Ada beberapa pilihan jika kita nak ke Parapat dari Medan. Bermula dari stesen bas Amplas lebih senang, naik becak dari Medan ke stesen Amplas agak jauh jugak, tambang bermula Rp30,000 
(Rm 10). Deal sesiap berapa harga sblm naik becak. Kalo mahal tawar sikit.
Naik becak sini ngeri sebab dia main belasah dok tengah jalan, kereta hon pun dia buat bodoh je. Bila kereta tu potong dari kiri, takde nak angkat tangan ke maki macam kat jalan raya kita. Sporting kan.

Dah tu ikut suka abang becak nak jalan melawan arus..berapa kali dah jantung aku macam nak tercabut naik becak ni. Aku takut kena langgar dari belakang dengan lori dan kereta yang besar-besar tu ..dah tu brek sedekat mungkin dgn kereta kat depan. Hadoiii..sabor je lah.

naik becak ke Amplas..Rp50,000 (Rm15)..boleh tawar lagi..ngeri bang oiii

perjalanan ke Amplas..waduh sayurnya golek-golek di jalan..tak pulak timun tu kena langgar
suka suki je letak sayur atas jalan diorg nih

terminal Amplas..nak masuk bayar tol Rp2,000 (70 sen) bagi becak yg nak masuk hantar kita

banyak shared taxi sini

terminal dah macam pasar borong
Dah sampai kat Amplas stesen, bolehlah pilih nak naik apa. Masa aku sampai tu ada mamat medan ni datang tanya..''kok kamu kuliah sini..bagaimana Medan?? enak ya?'' okeh, dia ingat aku student Malaysia yang study kat Medan ni. So aku jawab ''Ya bapak, enak bangat kuliah di Medan..aman''. Ceh, mati-mati dia caya aku student. Jadi sila perasan diri muda saploh tahun. Stesen Amplas ni ribut-ribut jugak macam pasar borong. Banyak van/bas dok menunggu penumpang dan ulat-ulat tiket cari mangsa. Ko belum turun becak diorang dah serbu. Tapi bagi aku orang Medan ni ok, mesra je dan takde nak paksa ke apa.
Pilihan untuk ke Parapat dari Medan ialah:

1. Bas Sejahtera Medan- Parapat- tiket berharga Rp40,000 (Rm 13) dan mengambil masa sehingga 5 jam kerana bas berhenti-henti. Bas betolak dari stesen bas Amplas dan berhenti di Parapat. Naik angkot untuk jeti Tigaraja.


2. Shared taxi/van/kereta.- Van ni ada 10 seat penumpang dan tambang sebanyak 
Rp60,000 (Rm20).
Aku naik yang ni konon akan sampai Parapat lagi cepat dari bas. Van berhenti di pekan-pekan untuk ambil dan turunkan penumpang di pekan utama. Ada aircond dan takdepun monitor dipasang atau wifi walaupun dia letak logo ada kat cermin tu. Beli tiket di stesen Amplas. Walau van tak penuh tapi driver tu jalan jugak..masa aku pi tu ada 3 orang je penumpang. Yang aku naik ni under Sejahtera jugak.

3. Sewa private kereta dan driver. Yang ni driver biasanya akan caj Rp700,00 (Rm240) untuk 2 hari dari Medan, Parapat dan kawasan sekitar. Sesuai untuk family yang ni. Yang ni selesa, naik livina dan sewaktu dengannya.

4. Naik kereta api dari Medan ke Permatang Siantar. Then dari Siantar  kena naik bas/shared taxi/angkot selama sejam untuk ke Parapat.

5. By flight - 
Ambil domestik flight ke airport Sibisa, Ajibata. Parapat sejam dari Ajibata. Boleh naik bus atau shared van ke Parapat.

Jadi aku pilih naik shared van tu. Ok la selesa sikit, tiket pun tak mahal mana compare dengan bas.


bas Sejahtera ke Parapat..murah jek..Rp40,000





aku naik shared van ni..under sejahtera jugak

beli tiket kat sini..kaunter sejahtera

tiketnya..Rp120,000 utk 2 org..murah gila..dalam Rm20 sorang untuk 5 jam perjalanan

dalam van..dia tak tunggu penuh pun..jalan je walau masa tu ada 3 org je penumpang
 Lelaki yg ikat rambut tu driver van aku..baik gila kot..cakap pun malu-malu sambil senyum..makcik turun van pun dia tolong pimpin..mana nak cari

view sepanjang jalan..lalu kampung

masjid berselang seli gereja di sepanjang jalan

ada kebun getah, ladang sawit dan kebun ubi kayu
makcik ni nak pergi rumah anak dia di Simalungun..anak dia 17 org, cucu 25, cicit 5 orang....bravo makcik!!

orang becak
Perjalanan ke Parapat akan melalui wilayah seperti Lubuk Pakam, Tebing Tinggi, Perbaungan, Simalungun Jaya, Serdang Bedagai dan Permatang Siantar. Bila sampai Siantar tu, cuaca dah beransur sejuk. Dalam van biasanya lagu dangdut dipasang kuat-kuat untuk kasik semangat drivernya bawak ala F1 racer kot. Dan syok layan corner baring sambil dengar lagu dangdut. Orang Indonesia memang sangat fanatik musik. Mana ko pergi pun musik adalah halwa telinga.

Dan bila sampai kat Parapat, jalannya macam Tapah ke Cameron Highlands/ Batu Feringgi, scary bengkang bengkok dan nasib aku amik van. Lalu cenuram yang tepi tasik Toba tu. Kalo naik bas mau urut dada. Dah selisih dengan bas dan lori kat jalan sempit tu. Driver kat sini memang tak takut mati.
Van isuzu ni under company Sejahtera dan memanglah sejahtera penumpangnya jika driver bawak ala F1 tapi ko boleh sampai dengan sejahtera ke Parapat tu. Steeady bang.


van selalu berenti kat simpang tiga ni..jadi nak pergi jeti jalan ke kanan

selepas 4 jam lebih..akhirnyaaa dah sampai Parapat..bagitau kat drebar nak turun kat jeti tigaraja
jalan ke jeti..
jeti nya

dekat jeti ni ada banyak jugak hotel/motel/gueshouse

ini lah rupa Jeti Tigaraja

Ada orang yang pergi Danau Toba tapi tido di Parapat (tak tido di Pulau Samosir.). Ada yang memang terus ke seberang ke Samosir dan tido sana macam aku. Ikut pilihan memasing, namun kalau tido di Parapat lebih meriah sebab lebih banyak tempat soping dan happening macam pasar malam Batu Feringgi tu. Jika terus ke Samosir pulak, terus check in bagi setel boleh dah rilek dan selpie ke apa.

Selepas van sampai ke Parapat, bagitau dia kita nak turun kat Jeti Tigaraja, so dia akan turunkan kita kat situ. Jalan kaki ke jeti dan ambil feri ke Samosir. Ada dua feri, satu ke Tuk Tuk jeti dan satu ke Tomok. Kalau nak ke Carolina Hotel/Cottage amik feri ke Tuk Tuk. tambangnya sebanyak Rp15,000 (Rm 4.5) seorang untuk 30-40 minit perjalanan.

Eloklah sebelum ke samosir tu makan dulu kat Rumah Makan Muslim, nanti kat Samosir taktau keadaannya mudah ke tak nak cari kedai muslim. Dan taklah kalut nak makan bila sampai sana..boleh check-in bilik dan rehat. Ramai orang Batak kristian kat sini dan cik bab dalah pujaan mereka. Dekat area jeti ada kedai makan minang/muslim.
Nak tukar currency pun ada banyak kedai jugak kat Parapat.

17 comments:

  1. 'Ya bapak, enak bangat kuliah di Medan..aman'... skrip drama indon mak karen banget dong ahhhh... kah kah kah..

    ReplyDelete
  2. Kat sekolah dorang memang ada subject music mak sampai universiti... kita ni sampai darjah 6 je laa tiup recorder... ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke..betoi la kita ni tumpu akademik sgt..patut muzik diorg semua rs ada

      Delete
  3. Details step mak ni... kalu sesat barat gak x tahu laa nak ckp pe... SS laaa tuh... ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..SS klu up sal direction lg detail dgn no bas semua..klu JM lak siap peta..mak boleh tulis je hehe

      Delete
  4. hi mak.

    dag dig dug jantung ku membaca nya.


    cemas weih... huhuhu

    ReplyDelete
  5. eh tapi yang citer macam mak bagi link blogger - yang diaorang kena rompak masa naik van kat medan tu - memang seram lah.

    cemas tau saya baca entri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah takde kes mcm tu..mmg ngeri bc entry tu..

      Delete
  6. haha..memang sejahtera lah Mak ye naik van ni..mesti nak tidur pun tak boleh rasa naik roller coaster. Details betul entry ni.Cayalah ! N tahniah sebab nampak muda seploh tahuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk tido pun rs mcm dlm bot island hoping kt krabi ..bila lg nk perasan Sal hihi

      Delete
  7. Shared van tu ,pukul berapa paling awal dia gerak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shared van tak tentu..kdg tunggu penumppang tapi awal pagi dah ada..kalo tunggu lama pun takdelah sampai penuh..sini pukul 8 pagi macam pukul 10 pagi jadi memang awal la

      Delete
  8. salam nak tanya pengangkutan dari amplas ke parapat paling lewat pukul berapa ya?

    ReplyDelete
  9. Nak tanya, ada shared bas atau van dari parapat ke medan tak ?

    ReplyDelete

  10. ASSALAMU ALLAIKUM …………. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI TIARA TOURS INDONESIA, ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN BEBERAPA PAKEJ – PAKEJ MENARIK MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA SEPERTI KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA DAN BERAPA TEMPAT LAIN MENARIK DI MEDAN.

    PAKEJ KAMI TEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. SEMUA PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM FULL SERVICES
    TAK ADA EXTRA BAYAR …. !!! TAK ADA TIPU – TIPU !!!

    HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG ) MEDAN & LAKE TOBA
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG ) MEDAN AND LAEK TOBA
    HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 400 (10 ORANG ) LAKE TOBA , SAMOSIR AND SILANGIT
    HARGA PAKE 04 HARI / 03 MALAM MYR : 550 (10 ORANG ) LAKE TOBA, SAMOSIR AND SILANGIT

    KALAU NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT SYARIKAT KAMI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TAX NO : 36 555 970 7 122 000
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
     HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK :
     DRIVER
     PATROL
     EKSIDENT INSURANCE
     GOVERNMENT TAX


    ReplyDelete