Backpack Medan- hari terakhir

Tiba masa untuk pulang ke tanahair. Kena abiskan cepat-cepat sebab ramai jugak ni dok mesej aku tanya itenary dan kos ke Medan ni.
Lepas meronda ke mall, balik ke hotel dan berehat dulu dan setelkan apa yang patut.
suasana pasar tepi jalan

hujan hari jumaat

inilah simpang raya, depan masjid raya, depan mall dan banyak hotel bajet di kawasan ni. homeless pun ramai jugak

Jadi kami ambil van aje ke airport, harga lebih kurang dengan naik public transport iaitu Rp150,000 (rm50). Van ni memang selalu bawak tour dari Malaysia dan parking Grand Livina dia kat Hotel Residence.
Kat airport  Kualanamu ni akses free wifi dan memang melepak lama pun takpe. Selesa, besar dan nak masuk balai berlepas scan bar kod di boarding pass tu.
Kualanamu airport 

lobby

free wifi at Kualanamu airport
lawa airport baru ni

departure hall


Patutlak mak-mak Indonesia marah kat staf AA kat Penang aritu masa nak boarding ke  Medan sebab dari Medan ke Penang ni tak strict langsung staf AA dia. Ko boleh je bawak beg banyak dan lebih muatan. Semua dia bagi masuk..check kastam buah persimmon aku pun lepas tau.
Dengan bika ambon, brownies berkotak-kotak diorang rilek je buat tak nampak. Aku dengan tak amik luggage, semua hand carry semata lebih dari 7 kilo. Terpulang kepada nasib sama kot.
Yang kat Penang nak strict pulak, mana tak kena maki. Dan bila tengok keadaan tak strict luggage kat sini baru aku memahami keadaan rombongan Cik Kiah. Huh.

Dan oh ya, lagi satu, last time aku ke Indonesia dulu pada tahun 2012 iaitu ke Bandung dan kena bayar cukai kepala. Tax untuk seorang (airport passanger tax) di Bandung Rm25 lebih kurang dan berbeza kadarnya di setiap airport Indonesia. Tapi sekarang ni dah tak perlu dah bayar cukai tu sebab dah include sekali dalam harga tiket flight. So memang memudahkan dan boleh terus boarding tak payah nak que bayar cukai tu. Jadi jika harga tiket flight ke Indonesia dah tak semurah dulu, itu adalah salah satu penyebabnya.
Rujuk sini https://www.merdeka.com/uang/per-1-maret-2015-penumpang-tak-perlu-bayar-airport-tax-di-bandara.html

Alhamdulillah, tiada apa yang buruk berlaku sepanjang perjalanan.
Dan aku rasa kos ke Medan adalah kos yang paling murah setakat ini untuk trip 4 hari 3 malam.
Cuma masa yang banyak diluangkan untuk perjalanan yang tak jauh mana tapi amik masa yang lama.

Kos bagi seorang backpacker hari ni ialah:

- Bentor ke Mojopahit/Masjid Raya : Rp60,000/2 =  Rp30,000 (rm10)
- Makan sarapan/tengahari : Rp50,000 (rm 16)
- Van ke airport : Rp150,000/2 =Rp75,000 (rm25)
- Souvenir : Rp200,000 (rm66)

Jumlah belanja hari keempat : 355,000 (rm118 digenapkan)

Selamat tinggal Medan, ada jodoh bersua lagi dengan aim nak stay kat Samosir lelama haha.



26 comments:

  1. nasiblah kerja kastam..kalau strict orang marah. if lenient sangat orang persoalkan, tiris lah, makan rasuah lah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kastam satu cik sal..staf AA yg check beg pun satu..

      Delete
    2. Kastam tak cek berat... Dia cek barang jek... Yang mengada sangat tu AA... Sebab nak paw duhetttt!

      Delete
  2. perh mak... murah bangat tu... cayalah

    ReplyDelete
  3. yer AA Malaysia cam ampeh.

    slalu saya kena tinggalkan barang kat epot gara2 dia kata lebih.

    padahal dah siap timbang kat umah.

    AA ni menipunya banyak.

    berlepas dari oz tak banyak cekadak ponnnn

    #hanyadiMalaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. promo tiket murah tapi add charges tersembunyi

      Delete
  4. Bermula 1 apr... Semua handcarry kena timbang... cam harammm perangai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, nk berkira sgt..tiket pun dh tak semurah dulu

      Delete
  5. Kalu mak beli luggage... Kena perhatikan beza setiap berat dan harga... Kalu terlepas pandang.. Memang rugi! Pastu... Yang lagi harammm tu... Harga masa beli tiket + luggage lebih murah dari beli tiket dulu tapi luggage kemudian... Hangin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..nk kita beli semua awal sesiap pastu dah nak ubah date mahal berdentum,baik belitiket baru. Kita book seat dulu manalah tau ada pape, tapi dah kena add semua takut mahal last-last mcm tiket mak ke China tu la..geramm

      Delete
  6. Kos travel mak agak murah... Boleh jadi rujukan pada sape nak pegi medan... Ok... Wut the next mak? Hanoi please!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn gembir sgt yer..yg kos keseluruhn dan itenary belum post lagi ye..hanoi diharap bersabar ok

      Delete
  7. Salam, Bunda jalan2 singgah sini.

    ReplyDelete
  8. Boleh plak mcm tu eh staff AA dan kast malaysia x ikut prosedur dan standard ke..ada tu strict nak mam@&* ada tu kasi lepas jek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yg buat kita nervous sb taktau nak dpt yg macam mana

      Delete
  9. Kalu staaf AA dan Kastam malaysia jgn mimpi laaaa muka dah ketat aihhh geram plak rasa..skrg ni mulai april semua hand carry kena timbang 2 beg je x boleh lebih buat nye handbag jd dh 5kg camne

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah macam sekampit beras handbag JM nih..hehe

      Delete
  10. Beli tiket AA pun ckp je sale free seat bila campur tu campu nk kedebuk kedebak campur luggage lagi at last naik MAS lagi untung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak tak pernah lagi naik MAS ni..AA dah caj melebih-lebih skrg ni

      Delete
  11. Bila nk bentang full ite n budget ni..JM pun 😬

    ReplyDelete