Iftar dan menu-menu nya

Antara menu-menu berbuka tahun ni. Lebih sederhana, lebih kurang pembaziran. Mungkin dah tua jadi nafsu tu takde mengganaz sangat.

Rutin bulan puasa ni.. still berkaitan makan-makan jugak.
Kali ni bulan puasa boleh kata 90% masak kat rumah. Simple menu. Yang dibeli kuih-muih dan ada rezeki dapat bubur dari masjid. Menu wajib nasi lah.
Balik kerja boleh lelap sekejap dan pukul 6 petang baru masuk dapur.
Siap masak boleh layan tv sambil lipat kain.
Then berbuka, solat maghrib dan pergi terawikh. Terawikh kat sini buat 8 rakaat + 3 solat witir.
Setiap malam satu juzuk. Jadi walaupun 8 rakaat terawikh selalu selesai dalam pukul 10.30 jgk la.
Balik rumah, makan ringan-ringan.
Sahur? setakat ni tak penah lagi makan nasi campur untuk sahur. Selalu nasi goreng. makaroni goreng, bihun goreng atau cereal. Serta kek potong, yogurt atau buah. Alhamdulillah.
Nikmat manakah yang mahu aku dustakan??

Selamat menjamu mata ye.
Nasi lemak, roti jala, kuih-muih

nasi lemak ni guna santan serbuk je

sambal bilis

roti jala

kuih-muih campur
menu berbuka hari yang lain..spagheti, stew daging dan murtabak

ni anak request..pie daging

pai daging, jagung rebus dan teh o. Feeling dok kat Hengland

pie ada gravy stew daging

ada kala terima jemputan berbuka kat luar

menu standard..nasi minyak, daging masak hitam, ayam merah, durian dan kuih-muih

6 comments:

  1. Wah banyaknya menu... hhehe Salam Ramadhan Mak.. Sori lama tak mai bertandang busy...hehhee

    ReplyDelete
  2. Wahhh kalo dah tua nafsu makan tak mengganas la ea.. Patutlah mummy pun dapat sindrom yang sama...hahaha

    ReplyDelete
  3. banyak betul menu, paling best nasi lemak

    ReplyDelete