Bento box/bekal minggu ini yang mudah dan senang

Walau ada orang kata bekal sekolah biasa tak setaraf bento..jadi kalau nak buat bento kena la buat makanan yang banyak variety/lengkap ddengan carb, protein, sayur jeruk dll serta cantik/berseni/berhias elok-elok macam kat Jepun nun.. tapi disini sebab aku sebut bento jugak kerana dah jadi biasa.

'Bento (弁 当 bentō) adalah satu hidangan makan tengahari atau makan tengah hari yang lazim digunakan dalam masakan Jepun. Bento tradisional terdiri daripada nasi atau mi, ikan atau daging, dengan sayur-sayuran jeruk dan masak, dalam kotak. Bento tersedia di banyak tempat di seluruh Jepun, termasuk kedai serbaneka, kedai bento (弁 当 屋 bentō-ya), stesen keretapi, dan kedai serbaneka.
Walau bagaimanapun, suri rumah Jepun sering menghabiskan masa dan tenaga dengan mencantikkan bekal yang disediakan dengan teliti untuk pasangan, anak, atau mereka sendiri.
Bento boleh disusun secara terperinci dalam gaya yang dipanggil "kyaraben" ("bento aksara"). Kyaraben biasanya dihiasi untuk kelihatan seperti watak-watak popular dari animasi Jepun (anime), buku komik (manga), atau permainan video. Satu lagi gaya bento yang popular ialah "oekakiben" atau "bento gambar". Ini dihiasi untuk kelihatan seperti orang, haiwan, bangunan dan monumen, atau barang seperti bunga dan tumbuh-tumbuhan. Peraduan sering diadakan di mana penyusun bento bersaing untuk memenangi bento tercantik''

Jadi ni bekal untuk minggu ni.
Jom layan, apa yang mudah dan senang jek kita bekalkan janji anak kenyang.
Sekarang rajin ambil gambo bento, dengan handphone pun jadilah...entry Bali taktau bila nak mulaaaaa..malasnyaaa.

Sebab dah buka sekolah maka mood untuk masak memasak ni kena diseru.... jadi mood travel kenalah di hibernate. So kita jadi ibu mithali untuk 2-3 bulan seterusnya.

ini bekal nya..dah gegirl kena la yang kiut miut

nasi putih, asam pedas ayam dan telur dadar
yg hitam tu blackpepper..bukan habuk yer

meggi goreng dan roti sapu kaya/marjerin

boleh la makan kenyang sampai tengahari

nasi putih dan asam pedas daging

ada sayur sikit

na

Nasi goreng dan buahan oren/epal


mihun goreng dan puding

mihun goreng pandai
nasi goreng dan croissant inti coklat.. beli munchy punya

cucur udang dan buah oren/epal
bekal nasi pulak..abaikan kat tepi yang sememeh tu

nasi putih, sambal ayam dan sayur


kikis kaya sampai licin

mak dia makan yang ni je lah

yang ni pun tetap sedap jugak
tipikal weekend breakfast


nah..ini bekal nya untuk anakku sayang..nanti dah besar ingat kerajinan mak tau...
lunch box diorg

Bento box tahun 2019

Sekolah dah dibuka dekat sebulan.
Pastu mak hang tak reti lagi ke nak hapdet bento box anak-anak dalam blog.
Baiklah..untuk entry ni mak hapdet bekal anak-anak bagi tahun baru yang menjadikan mak makin muda. (rupa macam mak tiri garang tapi sebenarnya I is ibu mithali)

Bekal ni menu ringkas, sederhana dan takde nak hias bagai sebab anak bukan lagi darjah 1..kalau anak kecik mungkin kena hias nak bagi depa seronok makan sekarang ni.. tak hias pun memanjang kena masak sebab perut budak tengah membesar macam gorilla, kejap-kejap lapor. Jadi takyah susahkan diri, buat bekal simple sudah.
Menu buat untuk sarapan satu pastu untuk lunch satu. Kalau tak sempat satu menu makan dua kali.
Menu simple je anak aku nak, janji dia takyah beratur tolak menolak kat kantin sekolah untuk makan.
Bila dapat beli terus loceng dah bunyi..kesian kan?

masa ni anak sakit tekak dan demam jadi sebagai ibu mithali aku masak bubur untuk bekal

kutiew goreng dengan roti telur campur tuna bakar

spaghetti daging dan cekodok pisang..nak buat kodok pun bukan senang..lambat nak tunggu 


nasi lemak..takde timun gantikan dengan tomato


menu pagi ni..nasi putih, sambal ayam dan biskut beras jepun tu

dua anak dua bekal dan ini la lunch bag depa..beli kat daiso dan ada yang order online


Chabura Halal Dim Sum Hatyai

Restoren ni memang terkenal dikalangan rakyat Malaysia.
Menyajikan pelbagai dimsum halal dan penuh dengan manusia ketika sarapan pagi.

Kedai ni ada 2 lot, kalau lot utama dah penuh dan takde meja maka kena pi lot selangnya..sebelah je cuma pilihan tak banyak macam kat lot utama tu. Masa aku pi memang kena pi lot kedua tu jadi tiram kupang tu semua takde macam kat kedai utama yang aku tengok tadi.

Sini banyak dim sum, bun-bun, pau segala mak nenek seafood dan meat. Hidangan utama macam bubur nasi, nasi goreng pun semua ada.
Walau sesak tapi servis pun not bad, tunggu tak lama mana.

Cara nak makan kat sini, order je dulu menu utama yang nk dimakan..aku order nasi goreng seafood dan teh ais. Pastu pi kat kaunter dimsum, amik tray dan sauk semua dim sum yang ko berkenan.
Bagi tray tu kt staf dia dan staf tu akan bagi nombor meja untuk kita. Nombor tu ko letak atau sangkut la kat meja ko duduk tu. Sandar kat botol kicap gena, pepandailah. Staf tu akan stim dim sum tu then hantar ke meja kita ikut nombor yang dia bagi tadi.

Harga dimsum ni ada yang kecil dan besar.
Kalau kecil 1dalam 15 (seringgit lebih) baht gitu. Kalau yang besar means pau besar tu dalam 20 baht (dua hengget lebih).

Di restoren ni ada toilet jadi boleh la tumpang sebelum jenjalan dan nak masuk toilet kat tempat lain kena bayar nanti.

kepala naga kat Hatyai

penuh orang kampung ni

jom nek tuktuk

Pantai Songkhla..patung mermaid ni seminggu lepas aku pi terus jadi kudung akibat dibom


peta restoren..alamat Dimsum Chabura Hatyai 
430 Ratthakan Road 
Sapan dam, Khlong Hae, 
Hat Yai 90110, Thailand 


semak fb depa di https://www.facebook.com/RotiBura/

kedainya


moh le kita

penuh sesak orang..takde meja kosong pulak..kedai ni ada 2 lot..

ni lot kedai kedua

meja nk duduk takde weiii..jadi kena pi lot kedai sebelah sana

byk pilihan

pilihan yang ada dalam freezer

miang kham pun ada

harga kecik 15baht dan yg besar 20baht
sorg kena jaga meja
ni buku menu nya

menu nya

Harga 

Minuman

Add caption

pilih jgn tak pilih
nasi goreng seafood, 89 baht (dalam saploh hengget jgk)..udang byk..sotong byk..pastu teh ais sana memang terasa nikmatnya..tak bland mcm sini

bubur ayam

ni baru sorg order.;.puas makan
jenuh nak habiskan
kerabu daging

yg ni cute

yang ni meat dgn sayur

amik je tray yg dh ada kad nombor ni.sauk semua dimsum yg ko suka dan bg tray  kt staf tu untuk stimkan.
satu kad nombor tinggal dlm tray dan lagi satu letak kat meja kita bagi staf tu nampak..dia akan hntr dimsum kt meja kita lps dah siap

nah makan sampai pengsan

keadaan selepas

muka bahagia lepas baik lantak..ni bukan tuan tanah okey

tah apa dia tulis

Total bil sorang makan dalam RM20-30 (lebih kurang 250 thai baht). Tengok banyak mana ko melantak. Kalau takat nasi goreng dengan 5 bekas dim sum tu campur air mungkin dalam RM20 jek.
Berbaloi judgaklah datang sini cuma pada aku dim sum dia rasa sedap cuma takdelah super sedap.