Walau ada orang kata bekal sekolah biasa tak setaraf bento..jadi kalau nak buat bento kena la buat makanan yang banyak variety/lengkap ddengan carb, protein, sayur jeruk dll serta cantik/berseni/berhias elok-elok macam kat Jepun nun.. tapi disini sebab aku sebut bento jugak kerana dah jadi biasa.
'Bento (弁 当 bentō) adalah satu hidangan makan tengahari atau makan tengah hari yang lazim digunakan dalam masakan Jepun. Bento tradisional terdiri daripada nasi atau mi, ikan atau daging, dengan sayur-sayuran jeruk dan masak, dalam kotak. Bento tersedia di banyak tempat di seluruh Jepun, termasuk kedai serbaneka, kedai bento (弁 当 屋 bentō-ya), stesen keretapi, dan kedai serbaneka.
Walau bagaimanapun, suri rumah Jepun sering menghabiskan masa dan tenaga dengan mencantikkan bekal yang disediakan dengan teliti untuk pasangan, anak, atau mereka sendiri.
Bento boleh disusun secara terperinci dalam gaya yang dipanggil "kyaraben" ("bento aksara"). Kyaraben biasanya dihiasi untuk kelihatan seperti watak-watak popular dari animasi Jepun (anime), buku komik (manga), atau permainan video. Satu lagi gaya bento yang popular ialah "oekakiben" atau "bento gambar". Ini dihiasi untuk kelihatan seperti orang, haiwan, bangunan dan monumen, atau barang seperti bunga dan tumbuh-tumbuhan. Peraduan sering diadakan di mana penyusun bento bersaing untuk memenangi bento tercantik''
Jadi ni bekal untuk minggu ni.
Jom layan, apa yang mudah dan senang jek kita bekalkan janji anak kenyang.
Sekarang rajin ambil gambo bento, dengan handphone pun jadilah...entry Bali taktau bila nak mulaaaaa..malasnyaaa.
Sebab dah buka sekolah maka mood untuk masak memasak ni kena diseru.... jadi mood travel kenalah di hibernate. So kita jadi ibu mithali untuk 2-3 bulan seterusnya.
|
ini bekal nya..dah gegirl kena la yang kiut miut |
|
nasi putih, asam pedas ayam dan telur dadar |
|
yg hitam tu blackpepper..bukan habuk yer |
|
meggi goreng dan roti sapu kaya/marjerin |
|
boleh la makan kenyang sampai tengahari |
|
nasi putih dan asam pedas daging |
|
ada sayur sikit |
na
|
Nasi goreng dan buahan oren/epal |
|
mihun goreng dan puding |
|
mihun goreng pandai |
|
nasi goreng dan croissant inti coklat.. beli munchy punya |
|
cucur udang dan buah oren/epal |
|
bekal nasi pulak..abaikan kat tepi yang sememeh tu |
|
nasi putih, sambal ayam dan sayur
|
|
kikis kaya sampai licin |
|
mak dia makan yang ni je lah |
|
yang ni pun tetap sedap jugak |
|
tipikal weekend breakfast |
|
nah..ini bekal nya untuk anakku sayang..nanti dah besar ingat kerajinan mak tau... |
|
lunch box diorg |
baik mak. kami ingat.
ReplyDeletemak sedapnya rupa semua bento ni mak.
pm alamat mak.... kita anta mangkuk tingkat
Haha bopa tingkat nk hntr?
DeleteMak dia diet ke? Ha Ha Ha...
ReplyDeleteDiet pada mata jek
DeleteSS pandai main sebut jek mak bento bento bento... Ropenye kena hias hias ek... Alahai...
ReplyDeletehahahaa.... bertuah ss
DeleteTu orang le kata..bento ni kena bekas byk compartmen tu baru lawa kot
Deleteanak2 bertuah wajib kena ingat pengorbanan mak..
ReplyDeleteinsyallah anak2 solehah tu.. menarik2 bento nya =D
rajin nya Mak masak...jam berapa bangun ni....JM cari bento kat kedai hihih
ReplyDeleteJM biasa buat asam pedas ikan..itu pun SS bagi resipi dan cara nak buat..mmg sedap gila resipi dari SS..kalau nak tahu cara nak buat asam pedas versi SS kena tanya dia sirik hihihi..asam pedas ayam or daging x pernah buat lagi...boleh la try utk mkn tgh
ReplyDeletemacam tu ke rope bihun goreng pandai hahaha
ReplyDeleteni kiranya buat bento utk anak..untuk Amk nya da dok..ke Mak nya diet hihih
ReplyDelete