Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 1,207 meter. [1]
Gunung Jerai boleh dilihat dari Pulau Pinang dan daerah-daerah berhampiran di negeri Kedah.
Uniknya mengenai Gunung Jerai adalah kerana keadaannya yang tinggi dikelilingi oleh tanah rata pertanian sawah padi sekitar negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Tidak seperti gunung-gunung lain di Malaysia, yang selalunya berada di dalam banjaran, Gunung Jerai berada di pesisir pantai, terpisah daripada sistem banjaran semenanjung Malaysia. Malah Gunung Jerai juga dikatakan mampu dilihat dari oleh kapal-kapal yang melalui Selat Melaka sejauh seratus kilometer. Jarak penglihatan pula bergantung kepada keadaan cuaca.
Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan di situ mengelarnya "Batu Kapal". Menurut legenda, kapal tersebut ialah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.
Suhu tahunan di Gunung Jerai ialah sekitar 19 °C hingga 24 °C dan selalu dilitupi kabus tebal terutama pada musim hujan, selepas hujan, dan kadang-kadang pada awal pagi.
Jerai dari pandangan di Yan |
ketinggian tempat terletaknya Jerai Hill Resort ni 986 kaki dari aras laut..nak 1217 meter tu kena naik lagi atas kat pencawang paling tinggi |
terbentang sawah padi |
keindahan hydrangea |
pulau bunting dibawah nun |
bunga besar-besar |
ada small cafe/ala bistro kat sini |
ketinggian dari sini 968 dari aras laut |
Add caption |
ditepi chalet |
so cantik |
bunga-bunga cinta |
biru langit |
cuaca macam cameron sikit |
byk bunga hydrangea kat sini |
Sangat tenang dan segar bila ke sini. Perjalanan dari bawah puncak selama 40 minit mendaki dari point di Gurun, naik van Rm10 seorang pergi balik.
Jalan mendaki agak curam dan selekoh tajam, bas tak boleh naik ye.
Lepas turun jom pekena lunch di Kedai Kak Chaq ikan Bakar Gurun.
makan rojak lepas turun |
Kak chaq ikan bakar Gurun |
meleleh baq hang |
speciality ikan bakar utk lunch kat sini |
nyum nyum |
sedapnyaaa ikan bakar situ.. lama sungguh xpi. Gunung Jerai last pegi time sek rendah kot. ngeh2..
ReplyDeletedah sgt tu..sila le repeat yer
DeleteApa yang menarik kat atas puncak gunung jerai tu Mak?....ada chalet je la ek...ke naik sekdar boleh tgk view dari atas je la ehh
ReplyDeleteada dgr org cite..kalau tdo kat chalet kat atas tu agak seram...tak tahu la betul ke x
ReplyDeletealhamdulillah,saya tido sana.OK je,malam2 diner kat open cafe.Memang seronok berkabus dalam cafe sambil makan malam.
Delete40min mendaki??? kalau dulu 2,3 hari mendaki naik rinjani okey tapi skrg..naik tangga ke aras 3 pun dah pancit..adeh!..dah berusia la nampaknya hihih
ReplyDeleteNo telepon van Naik Gunung tu Ada x
ReplyDelete