Pantai Kuta dan matahari terbenam

Selepas check-in semua, maka boleh la bersihkan diri,jamak dll di hotel.
Lepas ni bercadang nak tengok sunset di Pantai Kuta dan meronda area situ je.
Esok lusa baru nak mula ke Uluwatu, Tanah Lot dan Ubud.
Kami decided stay kt Kuta di Dayu Beach Resort untuk 3 malam.
Harga kat sini sebilik 200rp (rm60) semalam dan murah dah tu kalau share.


ni gate entrance ke bilik
bilik jenis resort
suasana resort


masuk bilik dulu

bilik selesa walau agk uzur..janji bersih
Lepas dah kemaskan apa yang patut, rehat sekejap maka pukul 3 petang tu kami pun berjalan ke Discovery Mall tu. Lintas jalan dan tembus terus ke pantai. Jika kau ke kiri makan akan ada resort, ada gate tipikal Bali yang boleh la nk posing feeling pario meleret diterbang angin pantai. Dan jika ke kanan, jalan agak jauh terus ke pantai Kuta. Ikut jalan pantai la, jika ikut jalan besar tu akan lalu di deretan kedai souvenir, Hard Rock dan lain-lain resort.


enter dan exit Discovery mall ni utk ke akses ke pantai..kena cek bag dulu ye depa takut bom masuk

excited oh nampak gate ni

jalan ke kiri ada resort dan bar melepak..tequila satu!!

cantik terjaga

belah kanan pantai Kuta

Pantai Kuta adalah kawasan pelancongan yang paling terkenal di pulau Bali di Indonesia yang mengadap Lautan Hindi dan merupakan syurga peluncur ombak.

Pantai sepanjang 5 km ini boleh dikatakan sebagai pantai terbaik di Bali. Pantai ini selamat, sebahagiannya bersih, dijaga dengan baik, walaupun ada rungutan mengenai tukang urut yang mendesak pelancong berurut (mobile masseur).
Pantai yang panjang, dipayungi pokok-pokok membuatkan ia lebih mesra pengunjung dan  teduh serta gerai-gerai makanan ringan/minuman di tepi pantai menjadikannya lebih santai dan tempat melepak untuk semua golongan.

Ia telah lama menjadi tumpuan popular di laluan backpacker klasik di Asia Tenggara. Pada 1980-an golongan backpakers ini mempopularkan 3 tempat iaitu:  Ks: Katmandu di Nepal, Khao San Road di Bangkok dan Kuta.

Pada hari ini, Kuta masih menarik beberapa pengembara tegar (backpakcers), dan pantai Kuta berkembang dari perkampungan nelayan kepada tempat tumpuan pelancong dengan hotel dan resort bertaraf lima bintang, cafe, pub dan bar-bar serta tumpuan hiburan malam hari.

lokasi Kuta..dekat airport

ada orang nak kawin petang ni..romantik kan

wow sape la yang bertuah dapat seal the deal tepian pantai tu

papan notis

Kuta

Add caption

keadaan pantai..ada ramai penjaja

mobile masseur pun adoo


nikmatnya dapat tido tepi surfing board ni..panas lit lit

pengunjung menunggu sunset

jom pekena bakso satu..halal dan kena tengok kedai jugak..Bali ni banyak agama hindu jadi cikbab tu makanan depa.
 Lepas makan jalan-jalan lagi tepi pantai then berenti utk minum pulak

lepak sini minum..tetiber ada cowok nak lanje minum..siap minta no hp aku lagi..hadoiii la..mak ni dah kertu..takkan nak test jugak..satgi laki i kek kg nun ligan naya
tu lah kaki mamat tu..dia ni dok di Surabaya..datang bali drive naik feri bagai sebab nak tengok bola..layan je la dia nyembang..dia kata normal kalau kat sana penonton mati masa perlawanan (bkn game international pun, game sesama kelab diorg je nih) sebab sesak, gadoh dan lain-lain. Diorg ni fanatik sungguh, mana team diorg pergi lawan sanggup ikut. Pastu sibuk ajak aku pergi Bromo sebab umah dia dekat sana. boleh dia bawa katanya..iskkkk 

sunset..layan perasaan

boleh la dengan camera murah ni

masih ramai yang bermandian

dah turun mataharinya



Lepas tengok sunset dan pantai moh kita menapak balik hotel ya sambil carik tour untuk esok.
Balik nak dinner dan masak kat hotel. Dah terbayang nasi dan sardin..hari ni saja mau dah exercise jalan 20 km agaknya. Tu yang boleh kurus kalau travel nih.


lalu hardrock ni..masuk jap tengok brg..
ok la rega dia tp takde yang berkenan

ada jgk kereta kuda untuk dinaiki depan ni..bersusun tepi hard rock

lalu tepi kedai ni semua 

rambang jugak mata

Add caption

tengok gelagat orang

Kos bagi seorang backpacker hari ni ialah:

- Taxi airport- Kuta :100k rp/2 = 50k rp (rm15)
- Hotel Dayu Beach Resort 3 mlm (semalam 200k) : 600k rp/2  = 300k rp (rm88)
- Bakso dan air mineral : 40k (rm11)

Jumlah belanja hari kedua : 390k rupiah (Rm114 digenapkan)

Comments

  1. Mak..oooo Mak..alamat masih sama ke? nak pos ole-ole

    ReplyDelete
  2. RM60 murah la tu Mak..bilik pun dah UZUR? berapa usia bilik tu Mak hahaha

    ReplyDelete
  3. dulu waktu JM kurus pakai pario ahaha...skrg dah gems..nak pakai pario dah tak muat..tak cukup kain

    ReplyDelete
  4. mak aih..nak pegi ke laut pun pun kena lalu Mall ke...dah tu nanti kalau kaki dan kasuk berpasir...acaner tu

    ReplyDelete
  5. akakaka...Mak ni cun melecun ni..tu sbb Cowok terpikat kat Bali

    ReplyDelete
  6. oohhhhh Bali...SS..jom kita ke Bali hihihi...asyik minum air Barli jek...Balinya lom nyampai hehehe

    ReplyDelete
  7. "feeling pario meleret diterbang angin pantai"... Mak buat tak? Ha Ha Ha

    ReplyDelete
  8. Wahhhh! Mak kena ngorat... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
  9. Mak tak pakai 2 piece ke... ha ha ha

    ReplyDelete
  10. hahaha...kertu pun ada yg layan tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa- update Oktober 2018

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam