Assalamualaikum, Ramadan dah masuk ke pertengahan bulannya pada hari ini.
Sebelum kita jamu mata dengan menu berbuka Mak nak berkongsi tazkirah Ramadan oleh Ustaz Mohd Isa Abd Rahman, Imam 1 Masjid Zahir yang mengatakan bahawa bulan puasa adalah bulan mengumpul pahala sebanyak-banyaknya. Beliau memberi contoh bagaimana kita boleh berkreatif dalam mencari pahala. Contohnya disini apabila sang suami balik terawih, duduk di ruang tamu dan kita telah siap sedia hidangkan air. Kita turn situasi katanya. Jangan buat air dulu, waktu tersebut bertanya kepada si suami 'abang nak minum air?'' dan apabila si suami menjawab 'buatlah air panas' -maka suruhan itu yang sunat jika kita sediakan sendiri tanpa bertanya-telah menjadi wajib kerana suruhan suami. Banyak lagi benda kreatif boleh kita fikir utk tambah pahala.
Pahala buat benda yang wajib dan sunat tidak sama. Kadangkala pekara kecil begini lah yang akan menjadikan lubuk pahala kita.
(tp klu jenis somi nak marah sb sikit-sikit kena tanya dan habaq, takyah la ikut, tu mengundang bala namanya)
Jika tiada suami maka ibu bapa adalah lubuk pahala kita. Kata Ustaz Mohd Isa lagi, walaupun peluk, pegang tangan ibu bapa,usap dan tengoklah/pegang kedut-kedut wajah mereka adalah pahala. Peluk dan ucapkan terima kasih setiap kali balik dari kampung. Makna terima kasih untuk semua-pengorbanan dan jasa baik dalam menjadikan kita siapa pada hari ini.
Banyak lagi ilmu yang dikongsi namun Mak share yang ini dahulu.
Ini adalah juadah berbuka yang simple dan memang tiada pembaziran.
Biar juadah sedikit masa berbuka asalkan habis dan memenuhi selera semua orang.
|
terliur dak |
|
udang lauk utama menu |
|
asam pedas ikan nyok-nyok |
|
yang ni rajin sikit |
|
yang ni menu mudah.
. |
|
udang masak lemak dgn belimbing buluh dan pegaga |
|
sambal ikan bilis+kentang+kacang |
|
kuih cara ni dibeli |
|
Bubur lambuk dari masjid |
|
asam pedas ikan nyok-nyok |
|
telur dadar |
|
kacang panjang goreng |
|
udang goreng kunyit |
|
ayam percik |
|
murtabak ni beli |
|
sup daging |
|
mee goreng |
|
kari kepala ikan |
|
sawi goreng campur |
|
asam pedas ni sedap sgt..sendiri puji hehe |
|
nikmat berbuka kita jadi rajin nak masak |
|
alhamdulillah |
|
kadangkala berbuka diluar jugak |
|
tapi makan kat umah jugak puas, bukan puas sb makan byk tapi sb mudah nak solat, takyah berebut dll..nmpk sgt dah tua |
No comments:
Post a Comment