Pakej Tour ke tempat menarik di Chiang Rai

Hari ni hari ke-2 di Chiang Rai.
Semalam lepas sampai, check-in hotel, masak, ronda pasar malam dekat station bas tu dan booking pakej tour untuk ke tempat menarik sekitar Chiang Rai ni.

Pakej ni berharga 900 baht seorang (RM 124) dan akan pergi ke 9 tempat.

Selalunya tempat-tempat yang akan dilawati di Chiang Rai ini adalah:

- White Temple (Kuil Putih)
-Blue Temple
-Black Museum
-Long Neck Karen Village (suku kaum berleher panjang)
-Golden Triangle (pertemuan sungai sempadan Thai, Myanmar dan Laos, tak naik bot ya, hanya pi tengok je dari tebing sungai, perjalanan dalam 1-2 jam, ugh kecewa aku sebab target nak jejak Laos/Myanmar tu-kalo nak amik pakej mahal sikit yang termasuk semua)
-Opium museum (muzium candu di Golden Triangle)
-Mae Sai (sempadan Thai/Myanmar, ada pasar dan hanya tengok je, tak masuk Myanmar)
-Ladang Teh
- Monkey Cave

Selalunya tour pakej ini bermula jam 7.00 pagi hingga 9@10 malam. Solat jamak la yer.
Full day tour lah kiranya. Makanan disediakan tapi tak halal. Jadi bawaklah bekal/roti/maggi atau makan buah je yang ada.

ada banyak pakej ditawarkan..bermula 800-1200 baht

antara pakej

Ada pakej pergi ke-9 tempat, ada 11 tempat..ikut harga
tour office banyak di deretan rumah kedai ni

Kami amik tour ni, 900 baht dan cover 9 tempat.
Jadi bayar sesiap kat pejabat tour tu, amik resit.
Pagi tu pukul 8.00 pagi van pick-up depan hotel. Dalam van tu ada 5 orang tourist Peurto Rico. Kacak dan cantik, jenis bukan backpacker sengkek.
Jadi campur dengan kami 8 orang termasuk tour guide dalam van, selesa.

ni pejabat tour yang kami pilih

dekat deretan kedai depan tesco

map tempat menarik di sekitar Chiang Rai

pilih tour mana berkenan

dia dah tulis sesiap pick-up pukul berapa..pukul 7 pagi camtu


ni van yang digunakan

ni group tour kami..4 orang mamat sado kachak  Peurto Rico dan sorang awek ala Camilla Cabello..semua geng sporting dowh..gentlement pulak..sekali bila van hantar diorang ni..hotel mahal diorg stay. Bukanbackpakcer sengkek macam kami. Siap mamat baju pink tu kata dia lepas ni pergi Jepun pulak..standard kaya depa ni... Yang baju merah tu tour guide

Bagi aku tour ni berbaloi jugaklah cuma penat semua tempat pergi dalam masa satu hari.
Pastu rezeki tour guide aku perempuan, ok, jenis bagi kok relax, tak paksa ko dengar info dia semua. Pastu peranan ahli dalam van tu pun..nasib aku dapat semua yang ok, jenis datang awal kat van, tak nyibuk hal orang dan sporting.

Jadi smooth je trip tour ni.

Cat n' A CUP Cafe- Mengopi sambil belai kucing gemok Chiang Rai

Jom sambung trip Chiang Rai November 2019 ritu.

Selepas booking tour untuk esok dan beli sayur semua maka jom lah kita mengopi dulu.
So kami singgah di Cup n A Cup Cafe terletak dipersimpangan jalan bandar Chiang Rai ni.

Keistimewaan cafe ni ialah kita boleh minum sambil layan kucing-kucing comel yang bebas merayap dalam kafe tu. Kafe ni style duduk bersila dan boleh beli makanan kucing untuk bagi si purr ni manja makan dekat kita.

 Aku ni taklah minat kucing-kucing ni semua. Anak 2 orang pun tak terlarat nak melayan..lagikan nak melayan si comel nih. Boleh lah takat tengok dan pegang sikit-sikit.

Ramai orang dalam kafe ni, mostly awek korea/China yang suka benda-benda cute nak boh dalam insta.

ini kafenya

si comel yang manja

kafe secute secomel penghuni di dalamnya

ada kek dan kopi
antara slice kek yang ada

nak masuk buka kasut dulu tau

harga menu..makanan kucing pun dijual

suasana dalam kafe ni..minum duduk bersila dan jangan kacau kucing tu nak dok atas meja ke bawah meja ko

kucing bebas bergerak kesana kemari sebelum covid

minum kat sini dalam 200 baht je (RM27 utk 2 orang)

ada rak/para untuk kucing lompat dan berlari..ada rules dimenu atas meja tu antaranya jangan kacau kucing, jangan marah dia dll..haha sapa yang tak sabo dengan kucing tu takyah masuk sini

suka hati kucing ni nak tido manapun..ko jangan nak marah atau tolak dia..dia nak mai meleser kat riba kau pun relakan aje ye

sapa yang beli makanan kucing maka sicomel ni akan mengerumuni nya macam awek jepun nih
bulu banyak dalam kafe ni..so yang alergik tu pandai-pandai la..tengah zikir dhuha ke ni ambil sinaran matahari??

isk isk dia dok usha kita pulak dengan ekor kembang dia tu

ini lokasi kafe nya..

Sushi King Aman Central Alor Setar

Salam semua.

Masih beraya ke tu??
Jemu dah makan juadah raya jom tukar selera jepun pulak .

Semalam Mak pergi celeb birthday anak dara jadi decided nak makan kat Sushi King.
Ada cawangan Sushi King yang dah guna kaedah order kat tab (area KL la yang byk) dan ada yang masih guna manual.

Mak ni dah berkurun tak jejak Sushi King ni..asik pergi restoren Korea je..jadi teringin jugak sesekali. Sushi King Aman Central ni terletak di tingkat 4 yer. Sebelah Mr Dalgakbi.

Yang si anak nama je duduk kat Sushi King tapi mata dok tengok skrin TV kat Mr Dalgakbi yang dok tayang BTS Blackpink semua tu. Memang tu lah yang depa minat.

So cawangan Sushi King kat Alor Setar ni guna kaedah biasa je ye. Staff  datang amik order cuma kita tekanlah button call tu bila dah ready nak order.

Menu Sushi King ni banyak..ada set meal, ada DIY combo dan kids meal pun ada. Pinau mata nak pilih. Harga bagi Mak ok, murah dan berbaloi. Tambah kalau pilih set meal atau DIY combo.

Staf pun baik, sopan santun dan good service.
Bagi 5 bintanglah untuk Sushi King kat Aman Central ni. Hari biasa weekday pun ramai yang datang lunch, apatah lagi weekend. So plan awal/datang awal sikit, makanan nak sampai amik masa jugak jadi makan lah dulu sushi yang dok lalu lalang tepi kita tu.


ni restorennya@level 4

byk table jugak dan selesa

sushi yang lalu lalang tanpa kenal erti jemu dan lelah

pilih mana nak..favourite mak chuka idako (sotong kurita merah tu)

lapaq pulak tengok

ni menunya..masa ni ada promo

promo hokaido fish 

harga belas hingga 20++ satu set

yang ni ala carte

Add caption

yang ni menu all time, ada drink semua.
nak order durian mochi ni..tapi takde pulak..lastly tukar brownies dengan aiskrim

bento box dalam rm15 ke atas..mak suka bento dia..sedap

set meal

semua sedap

yg ni DIY combo.. set jimat

bayar rm17.40 boleh pilih 2 mana-mana menu..nasi@udon..portion kecik tapi kenyang
Nasi spicy tori katsu don tu sedap

japanese curry dgn nasi

agak-agak la harga ye bila nak pergi tu

noodles..ada yg semurah RM14

yg ni order small meal

peberet Mak sotong tu..chuka idako

yg ni temaki

maki ni kena makan baru feel jepun (makan maki nak tak???)

aummm dapnyaaaa

pilih menu ye..ok je sebab tak rushing..bila ready baru tekan button panggil staf 

Bila dah decided nak order apa, tekan button call tu..staf dia akan datang tulis order dan bil akan diletak tepi bwh meja tu.
harga pinggan sushi yang dok lalu lalang tepi table pun ada tepi ni..
warna biru paling murah, paling mahal pinggan purple.

makan yang ni dulu..air green tea tu tawar tapi sedap..byk pulak dia bagi..edamame (green soybean) tu sedap.siap amik 2 pinggan

set bento mak..ada daging dgn sayur, ayam namban, telur gulung..sedapppp

yg ni udon noodles, ada daging,tauhu,cendawan

yg ni tempura udon

puas makan ni..kenyang sampai malam..ayam namban tu sedap..masam lemak semua cukup

nasi ni sedap..murah je ye..dia macam ayam salut dgn sos mayonis..dia tabur cili flake

seaweed..favourite anak dara ni

cheese cake ni pun sedap

selepas makan mesti kemas meja dah jadi tabiat family, senang staf nak clear nanti.
Dah habis makan bil amik kat bawah tepi meja tu, bawak ke kaunter bayaran.
Staf akan totalkan bil dengan kira pinggan warna apa kita amik.

Total bill RM 103 je utk 4 org mkn.
Pak hang, mak hang dengan 2 anak. ok la kan..murah dan puas makan..kenyang terok.
Service caj + service tax dah 16%. kalo tak lagi murah ni.