Sushi King Aman Central Alor Setar

Salam semua.

Masih beraya ke tu??
Jemu dah makan juadah raya jom tukar selera jepun pulak .

Semalam Mak pergi celeb birthday anak dara jadi decided nak makan kat Sushi King.
Ada cawangan Sushi King yang dah guna kaedah order kat tab (area KL la yang byk) dan ada yang masih guna manual.

Mak ni dah berkurun tak jejak Sushi King ni..asik pergi restoren Korea je..jadi teringin jugak sesekali. Sushi King Aman Central ni terletak di tingkat 4 yer. Sebelah Mr Dalgakbi.

Yang si anak nama je duduk kat Sushi King tapi mata dok tengok skrin TV kat Mr Dalgakbi yang dok tayang BTS Blackpink semua tu. Memang tu lah yang depa minat.

So cawangan Sushi King kat Alor Setar ni guna kaedah biasa je ye. Staff  datang amik order cuma kita tekanlah button call tu bila dah ready nak order.

Menu Sushi King ni banyak..ada set meal, ada DIY combo dan kids meal pun ada. Pinau mata nak pilih. Harga bagi Mak ok, murah dan berbaloi. Tambah kalau pilih set meal atau DIY combo.

Staf pun baik, sopan santun dan good service.
Bagi 5 bintanglah untuk Sushi King kat Aman Central ni. Hari biasa weekday pun ramai yang datang lunch, apatah lagi weekend. So plan awal/datang awal sikit, makanan nak sampai amik masa jugak jadi makan lah dulu sushi yang dok lalu lalang tepi kita tu.


ni restorennya@level 4

byk table jugak dan selesa

sushi yang lalu lalang tanpa kenal erti jemu dan lelah

pilih mana nak..favourite mak chuka idako (sotong kurita merah tu)

lapaq pulak tengok

ni menunya..masa ni ada promo

promo hokaido fish 

harga belas hingga 20++ satu set

yang ni ala carte

Add caption

yang ni menu all time, ada drink semua.
nak order durian mochi ni..tapi takde pulak..lastly tukar brownies dengan aiskrim

bento box dalam rm15 ke atas..mak suka bento dia..sedap

set meal

semua sedap

yg ni DIY combo.. set jimat

bayar rm17.40 boleh pilih 2 mana-mana menu..nasi@udon..portion kecik tapi kenyang
Nasi spicy tori katsu don tu sedap

japanese curry dgn nasi

agak-agak la harga ye bila nak pergi tu

noodles..ada yg semurah RM14

yg ni order small meal

peberet Mak sotong tu..chuka idako

yg ni temaki

maki ni kena makan baru feel jepun (makan maki nak tak???)

aummm dapnyaaaa

pilih menu ye..ok je sebab tak rushing..bila ready baru tekan button panggil staf 

Bila dah decided nak order apa, tekan button call tu..staf dia akan datang tulis order dan bil akan diletak tepi bwh meja tu.
harga pinggan sushi yang dok lalu lalang tepi table pun ada tepi ni..
warna biru paling murah, paling mahal pinggan purple.

makan yang ni dulu..air green tea tu tawar tapi sedap..byk pulak dia bagi..edamame (green soybean) tu sedap.siap amik 2 pinggan

set bento mak..ada daging dgn sayur, ayam namban, telur gulung..sedapppp

yg ni udon noodles, ada daging,tauhu,cendawan

yg ni tempura udon

puas makan ni..kenyang sampai malam..ayam namban tu sedap..masam lemak semua cukup

nasi ni sedap..murah je ye..dia macam ayam salut dgn sos mayonis..dia tabur cili flake

seaweed..favourite anak dara ni

cheese cake ni pun sedap

selepas makan mesti kemas meja dah jadi tabiat family, senang staf nak clear nanti.
Dah habis makan bil amik kat bawah tepi meja tu, bawak ke kaunter bayaran.
Staf akan totalkan bil dengan kira pinggan warna apa kita amik.

Total bill RM 103 je utk 4 org mkn.
Pak hang, mak hang dengan 2 anak. ok la kan..murah dan puas makan..kenyang terok.
Service caj + service tax dah 16%. kalo tak lagi murah ni.

2 comments: