Cat n' A CUP Cafe- Mengopi sambil belai kucing gemok Chiang Rai

Jom sambung trip Chiang Rai November 2019 ritu.

Selepas booking tour untuk esok dan beli sayur semua maka jom lah kita mengopi dulu.
So kami singgah di Cup n A Cup Cafe terletak dipersimpangan jalan bandar Chiang Rai ni.

Keistimewaan cafe ni ialah kita boleh minum sambil layan kucing-kucing comel yang bebas merayap dalam kafe tu. Kafe ni style duduk bersila dan boleh beli makanan kucing untuk bagi si purr ni manja makan dekat kita.

 Aku ni taklah minat kucing-kucing ni semua. Anak 2 orang pun tak terlarat nak melayan..lagikan nak melayan si comel nih. Boleh lah takat tengok dan pegang sikit-sikit.

Ramai orang dalam kafe ni, mostly awek korea/China yang suka benda-benda cute nak boh dalam insta.

ini kafenya

si comel yang manja

kafe secute secomel penghuni di dalamnya

ada kek dan kopi
antara slice kek yang ada

nak masuk buka kasut dulu tau

harga menu..makanan kucing pun dijual

suasana dalam kafe ni..minum duduk bersila dan jangan kacau kucing tu nak dok atas meja ke bawah meja ko

kucing bebas bergerak kesana kemari sebelum covid

minum kat sini dalam 200 baht je (RM27 utk 2 orang)

ada rak/para untuk kucing lompat dan berlari..ada rules dimenu atas meja tu antaranya jangan kacau kucing, jangan marah dia dll..haha sapa yang tak sabo dengan kucing tu takyah masuk sini

suka hati kucing ni nak tido manapun..ko jangan nak marah atau tolak dia..dia nak mai meleser kat riba kau pun relakan aje ye

sapa yang beli makanan kucing maka sicomel ni akan mengerumuni nya macam awek jepun nih
bulu banyak dalam kafe ni..so yang alergik tu pandai-pandai la..tengah zikir dhuha ke ni ambil sinaran matahari??

isk isk dia dok usha kita pulak dengan ekor kembang dia tu

ini lokasi kafe nya..

4 comments:

  1. Bestnya. Saya kalau kucing ramai2 macam ni mau bersin memanjang. Bulunya tu tak tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sal, kucen banyak ke ramai. hihihi ....comel

      Delete
  2. Macam tak sesuai kalau tempat makan ramai kucing macam ni

    ReplyDelete
  3. Siyessss la ada kucen? confirm saya tak masuk. hwaaa takut

    ReplyDelete