Coretan covEID 2020

Selamat Hari Raya untuk semua. Masih dalam mood raya walau dah masuk pejabat setiap hari.
Alhamdulillah syawal disambut meriah seaadanya walaupun tak sama seperti dahulu.
Mengajar kita erti sederhana dan back to basic.

Setiap tahun Mak memang sediakan duit raya dalam RM800, persiapan raya dalam RM700 (baju,kuih&makanan) dan belanja lain standby RM500. Dalam 2 ribu sekali raya.Ikut kemampuan kita.

Cuma tahun ni berkurang sikit apabila kuih yang ditempah kena cancel, baju beli untuk anak-anak je dan kurang rumah yang diziarahi. (sebab kena merentas negeri). Baju raya anak dapat 3 pasang seorang campur baju kasual. Beg dan kasut tak beli seperti tahun-tahun lalu. Tu pun dah kira cukup nikmat, ada kengkawan yang memang tak beli langsung baju raya tahun ni.

Dan tiap tahun juga mak akan beri kuih+kerepek@baju kelawar@tudung untuk 3 orang kakak. I have 12 siblings yer. Tu yang meriah kalau raya.Tradisi dan sesekali hadiahkan kakak something yang berguna. Cuma tahun ni ada yg tak dapat sebab kuih kena cancel. Apakan daya.

Apappun kuih raya satu jenis kena buat kat rumah, nak bagi anak-anak merasa kemeriahan syawal, macam kita dulu teringat kuih yang mak bakar guna sabut kelapa. Harumnya terasa hingga kini dan memori tu lekat menjelang raya. Jadi cipta kan memori bersama anak-anak sementara mereka masih ada dirumah, harapnya mereka ingat kenangan meriahnya raya dengan mak ayah.
'We do not remember days, we remember moment'- bak kata Cesare Pavese

Mak cuti seminggu raya ni, raya bagi puas walau bersyarat. Bagi anak-anak happy selepas berkurung 3 bulan. Lega tau dapat pergi pantai, pergi mall, soping sikit dan jenjalan ke sana kemari. Pagi syawal sebelum ni alas perut dan pergi solat sunat raya  dimasjid. Tahun ni takde. Kurang Beno feelnya.
Tapi still pergi beraya rumah kakak dan abang. Amik gambo beramai dan berbual gitu gini.

 Jom kita tengok raya ni keadaan raya bersyarat macamana. Namun bab makan tak pernah bersyarat.kan.

buat tat nenas

dpt la dua balang

on the way balik kg..rentas daerah je..ramai beratur nak beli lemang pak teh di Padang Temusu

pi kat area dataran tsunami jenjalan hilang stress sat

dah sampai kampungku

jenjalan tepi pantai jugak

raya kita seaadanya
Aidilfitri kita seaadanya tahun ini..gambar tak ikhlas nak belanja sb tu kecik je

ketupat palas dan lontong

nasi beriani dengan dendeng daging..abg dan kak ipar masak

udang galah goreng adik tangkap disungai

kari ayam kampung makan dgn nasi beriani

dendeng daging

ketupat palas menu wajib

lontong ni peberet aku sebab tu aku buat tiap tahun

kuih raya beli

brownies lazat kakak kita bagi

sarapan nasi lemak dgn mihun goreng

terliur pulak

dapat merasa shogun burger McD..sedapnyaaaaa

walau kena beratur panjang

balik kampung dapat makan sushi jugak, lama terkurung sebab pkp so lps geram balun semua yang ngidam

di rumah kak aku..lawa suasana dia tepi sawah padi dengan backgroung Gunung Jerai

merasa air tangan seorang kakak yang disyukuri

saujana mata

buah mulberry

kak aku ni rajin tanam pokok..ni pokok mulberry yang dia tanam..sedap buahnya

belanja satu gambar anak dara kita
laksa air tangan my sis

1 jun dah masuk pejabat yang beroperasi secara full

rindu nak buat kerja di ofis jugak

balik pejabat ada jamuan raya sikit,ni nasi arab

kuah kacang dan rendang

lemang dan ketupat

laksa kuala perlis

bawa kuih raya serba sedikit


rendang ayam
buah cempedak dah bergayut dikampung

nikmatnya makan lauk-pauk kampung..cencaru bakar,pajeri terung dan cucur udang

Kadang bila raya ni kan, ada la jugak benda-benda yang masam-masam pahit. Macam dalam drama melayu. Dari pemerhatian aku dalam banyak keluarga. Tak puas hati itu ini. Perselisihan keluarga. Ada pekara yang adik-beradik buat salah atau dah memang perangai Hitler dia begitu. Yang harta pusaka buat macam reta dia sorang, yang kena puji dia je lah hebat dan bijak, yang perangai berlagaknya/ego, yang cakap tak serupa bikin, yang bangga dengan harta dan kekayaannya dan macam-macam lagi. Berbagai sikap.

Dah berumur ni malas kan nak bertegang urat, dan amik jalan tengah yang mudahnya. Lagipun jumpa bukan selalu..masa raya je jumpa jadi malas nak carik gaduh. Tak tahu bila dia atau kita akan pergi dulu.
Marah lama-lama pun stress jugak..jadi bebanan fikiran. Teruk macamanapun adik-beradik ni tentu ada jugak sedikit kebaikan dia pada kita pada masa lalu, masa kita kecik ke, tengah struggle belajar ke kan.
Konflik dengan keluarga ni pi mai pi mai tang tu juga. Raya kena jumpa, kenduri kena jumpa dan takkan nak hidup dalam pengasingan dari keluarga. Apa happynya hidup cenggitu.

Satu yang aku pegang, kita hidup didunia ni taklah lama mana pun, jangan terlalu berkira sangat atas pekara-pekara kecil atau diluar kawalan kita. Kita tak mampu nak ubah orang. Jalani hidup dengan gembira seadaanya, syukur selalu dan hargai benda disekeliling. Yang tiada tu usah dikenang. Orang yang jenis semua tak kena, semua tak puas hati, semua berkira ni- tak bahagia manapun hidup dia.
 Hati dok overthinking selalu.

Aku bukanlah sempurna mana, ada masa sedih, sejadah jadi tempat mengadu. Tapi cubalah elakkan suasana tegang jika boleh. Harap-harap Allah bagi wisdom sewaktu usia semakin tua. Yakni bila kita meninggal orang terasa kebaikan yang kita tinggalkan. Baik perangainya, bagus sikapnya. Nak hidup tenang dihujung usia.
Itu yang di doakan.

Dulu zaman muda memang hati selalu panas, tak puas hati gaduh, emosi terok -amok, marah semua benda namun dah tua ni aku cuba elakkan konflik. Masa muda dah banyak mistake kita buat, harap dah berumur ni jangan berulang. Lagi berumur lagi cool dan steady kata orang.
 Memang benar bukan mudah nak berlapang dada.
Orang yang selalu muhasabah diri akan bertambah baik sikapnya tahun demi tahun.

Aku bersyukur sebab walaupun takde parent, mak ayah dah meninggal lama dulu namun hubungan adik beradik rapat jugak. Setiap kali raya masih berkumpul, buat family day atau apa-apa aktiviti cuma masing-masing sibuk dengan keluarga sendiri. Nikmat ada kakak/abang yang ramai walaupun tiada mak ayah.

Inilah coretan raya kita tahun 2020 ni. Syukuri nikmat banyak-banyak dan latih fikiran kita untuk lebih positif sedikit demi sedikit. Day by day.


3 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks P6
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam syawal 1441H
    meriahnya juadah

    ReplyDelete
  3. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.dewapk.name menghadirkan 9 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    POKER, DOMINO, CEME, CEME KELILING, CAPSA, SUPER10, OMAHA ,BLACKJACK,SUPERBULL TERPERCAYA DI INDONESIA
    dimana lagi kalau bukan di www.dewapk.name
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    - Bonus Cashback 0.3%. Dibagikan Setiap hari SENIN
    - Bonus referral 10% SELAMANYA
    - Minimal Deposit dan Withdraw hanya 10 rb Proses Aman & cepat
    - 100% murni Player vs Player ( NO ROBOT )
    Kini Hadir Deposit via Pulsa ( Online 24 Jam )
    silahkan di add Whatshapp : +8558778142

    ReplyDelete