Rilek dan healing @ Baling Hot Spring Kedah

Salam, cuti sekolah lepas Mak dapat la jugak santai-santai jalan kat mana yang sempat.

Jadi pergi tempat yang dekat sebab nak tinggalkan meniaga tu hubs tu susah sikit. Moh le kita ke Baling.

Kolam air panas semulajadi ni ada banyak pilihan, level tak berapa panas hingga yang panas.

Mula celup kaki/badan tu rasa panas tapi bila dah masuk rendam tu slowly jadi sejuk dan rasa best.

Ada 4 kolam besar dalam ni yang dikategorikan tahap kepanasannya. Yg kurang panas dan boleh rendam lama tu air keruh la pulak. Yang panas boleh masak telur sekali dalam tu.

 ''Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah salah satu Pusat Pelancongan di Daerah Baling, Kedah Darul Aman, yang mula beroperasi sejak Tahun 1998. Lokasinya terletak di Mukim Siong kira-kira 22KM dari Pekan Baling.

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong merupakan Destinasi Pelancongan Terkenal Di Utara Semenanjung Malaysia. Menyediakan kemudahan penginapan yang selesa, kolam mandian air panas berperingkat sesuai untuk semua peringkat umur serta sesuai kepada mereka yang menyukai aktiviti lasak, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini merupakan pilihan destinasi percutian yang tepat untuk mencari ketenangan serta jauh dari hiruk pikuk kota. Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong juga meyediakan udara yang segar dan nyaman serta jauh dari sebarang pencemaran udara dan alam sekitar.

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini ditadbir urus sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling.''

https://mdbalingtourism.gov.my/index.html#about

Jom tengok gambo.

entrance

pi malam la mat..mana ada org mandi air panas siang-siang buta

ramai jugak orang 

bayaran dewasa RM12, kanak-kanak RM6 sekali masuk

kaunter buka sampai mlm, ada sewa chalet jgk kt sini rupanya

pakai gelang dan scan QR

ada kedai jual megi, pelampung pad, dll

syok dia

kolam kana-kanak..tak panas

yg ni paling panas level 4, berasap matt

kwsn bersih dan terjaga


jom rendam kaki


yg ni kolam yang suam.. tapi air keruh sikit

dalam in ada toilet dan surau semua

tak org mandi sini

sblm pi makan dulu..sotong goreng tepung

tpmyam campur

siakap stim

buat raso-raso

lps mandi beli megi dlm tu n slurpp..


No comments:

Post a Comment