Pasar Siti Khadijah merupakan satu antara tarikan pengunjung ke Kota Bharu.Pasar ni dari luar nampak agak buruk sedikit..dan terletak ditengah bandar.Berhadapan McDonald. Tingkat bawah adalah untuk makanan,barang basah seperti kan,sayur dan barang kering (beras dll)
Tingkat 2 untuk periuk,tembaga,makanan bungkus tradisional dan pakaian.
Meriah diwaktu pagi,banyak makanan tradisi seperti nasi kerabu,nasi dagang,kuih jala mas,taik itik,dan kuih-kuih yang unik colorful yang best untuk dinikmati (ayat skema abissss).
Seriously pada aku,nasi dagang adalah terbaik! cuma tiap kali nasi campur Kelantan,nasinya tak boleh blah.Rasa beras yang agak keras dan seroi pada aku buat aku jadi kurenggg. Tapi nasi goreng semua ok.
Lagi satu uniknya kedai makan di sini,straw dia adalah pendek dari yang biasa kita temui. Aku ingat kedai tu gunting ke apa bagi straw tu pendek tapi rupanya tiap kali makan di kelantan,memang gitulah kekdahnya.
|
straw pendek di kelantan |
Bagi aku bandar Kota Bharu lebih tersusun dan bersih berbanding Kuala Terengganu.
Terengganu lepas 10 tahun aku tinggalkan pun tak banyak berubah seperti Kota Bharu. Itu pandangan aku la..tak setuju kalu..tampar diri sendiri 40 kali.
Yang best pasal Kota Bharu adalah kain-kain pasang super duper murah!tudung dan segala kegilaan wanita memang murah dan cantik-cantik belaka..terutama di Wakaf Che Yeh (aloo,ni post pasal Pasar Siti Khadijah ke pasal pasar Che Yeh?)
|
Bangunan Pasar Siti Khadijah |
|
nasi lemak,nasi dagang,nasi kerabu.Harga RM1.50-RM3 |
|
ketupat sotong yang glamer |
|
jala mas,taik itik dan kuih unik org kelantan |
Tingkat 2 untuk tembaga,kain dan periuk.
|
kain baju,mahal dari di Wakaf che yeh |
No comments:
Post a Comment