Langkah demi langkah dan cara nak naik kapal terbang-proses dan prosedur


Oleh kerana aku ni sangat jakun pasal naik flight ni,jadi aku post satu entry berkenaan cara-cara nak naik kapalterbang di LCCT KLIA. Buleh?
Maksud cara-cara tu bukan camne nak berjalan atau langkah untuk naik tangga flight tu..tapi prosedur dan proses di airport.
Dengan harapan korang tak jadi jakun macam aku yang gambar mat bangla tengah cuci lantai di airport check in kaunter baggage pun aku gigih ambil.

***Yang ni post lama semasa LCCT masih beroperasi..jika nak nek flight di klia2 rujuk entry ni:
SINI 

LCCT KLIA
1. Ok, pekara pertama perlu dibuat adalah tempah tiket flight, gunala kad kredit yer.
Nak kena cerita tak kekdah nak buat pasport?

2. Kedua, print pape document seperti booking confirmation dan lain-lain. Yang ni syarikat airlines akan hantar booking flight,confirm flight,insurans melalui email kita. Kalau boleh buat web check in (boarding pass) supaya senang nanti terus check in baggage je. Print boarding pass dan attach dgn passport nanti. Jadi boarding pass tu adalah ganti kepada tiket flight tu. Nanti bila nak timbang beg,tunjuk boarding pass. Pastu nak keluar gate ke kapal terbang pun, guna boarding pass.Jadi pastikan boarding pass dan passport ni disimpan dgn selamat. Self check-in ni hanya boleh dibuat dalam masa 2 minggu lagi tarikh flight. Sblm 2 minggu dia tak lyn ok.

boarding pas- self web check in
Masa tempah tiket,kalau amik baggage 15kg ke,kena bayar sebab baggage tu akan di angkut ke kapal terbang dan perlu timbang ikut berat ygkita bayar. Kalo lebih bayo sendiri di situ-kaunter check in luggage (lebih mahal dari buat kat website). Kalau yg jenis bawa duit dan passport serta baju 2,3 helai tak perlu check in baggage sebab barang yg kita bawa naik flight dgn kita tak perlu bayar. (hand luggage).
Maksudnya..beg yg kita nak simpan dibawah kapalterbang kena amik baggage dan kena caj.
Tapi yg kita nak bawa dgn kita yg mengandungi wallet, passport,rucksack tak perlu bayar (rasa tak lebih 7kg yg boleh ikut tuannya atas flight). Mudah cerita,masa naik bas balik sekolah asrama dulu,ko ada 2 beg. Satu beg beso yg simpan kat bawah bas dan yg tu kena bayar ikut berat dan kilo ko amik. Dan lagi satu beg yg dibawa naik bas yg ada duit tu takyah bayo sebab kira dah dgn tuannya.

Cekodok, sambal bilis, air milo kalo boleh jgn bawa atas flight sebab takleh bawa outside food dalam flight. Jadi benda camtu simpan kat baggage yg kena timbang tu.

Selalu liquid takleh bawa,sb ia dikhuatiri boleh dimanipulasi dan takut menyebabkan letupan yg didalangi oleh pihak pengganas. Yang boleh bw adalah 100ml ke bwh je jumlahnya..pack kecik2 tu.
Jadi jgn la bawa perfume mahal-mahal yer letak dlm handbag. Kawan aku dah kena rampas perfume Victoria Secret,baru sangat dibeli. Kastam tu nak bagi kat girlfriend dia gamaknya. Lotion pun sama.
Bawa perfume cap ayam takpe. Tak ralat kena rampas. Suka hati abang kastam tu la,nak mandi dgn perfume tu ke atau nak minum ye tak.


3. Ketiga, masa tiba di lapangan terbang tu, kata kan aada dua jam lagi terus pi check in baggage dulu. Ia akan melalui kastam dahulu (custom luggage check) utk check ko ada bawa dadah ke, bahan terlarang ke. Kastam check ni hanya scan beg sahaja.

Ni kaunter kastam- tempat luggage check in,kena scan beg kat sini dulu-semua beg yer
4. Keempat, lepas kastam check-in, amik balik beg dan terus pi check in (drop baggage) baggage di kaunter Air Asia, ni adalah kaunter untuk timbang berat bag.

Nombor kaunter ikut destinasi- sila baca sendiri. Kaunter mula huruf R-untuk indonesia, dll,manakala untuk S- untuk India, Sri Lanka dll.Kaunter S terletak belah kiri kaunter check kastam tu. Masa ni tunjukkan boarding pass/passport atau printed tiket yg Air Asia hantar kat email kita tu.
Beg tu akan ditag dan terus dihantar ke flight nanti. Jadi kita bawa handbag atau rucksack saja naik flight nanti. Staf kaunter tu akn timbang bape kg , print bar code bag tu dan tampal di atas boarding pass sebagai bukti. Simpan boarding pass tu sekali passport elok-elok utk naik flight nanti.



ini le kaunter check in luggage di Air Asia kaunter -ikut no kaunter -flight nak pi indonesia kaunter mana,nak pi London kaunter lain pulak

Yg ini check in luggage AA di airport Jakarta..airport baru dan toilet lebih moden dari LCCT KLIA
Pastu ko boleh pi makan atau buat apa yg perlu seperti amik duit atau tukar duit kat ATM takpun pi la kosongkan tangki perut. Takut terkentut dalam flight nanti, malu lak kat pramugari yg seksi tu.

5. Kelima, lagi sejam flight nak berlepas seeloknya pi cop Imigresen siap-siap...sebab takut sesak dan kena beratur,hah tertinggal flight nanti. Lepas imigrasen, check kastam pulak. Masa kat kastam ni la masuk scan gate - tanggalkan jam,gadget dan kamera siap-siap. Masuk dalam box yg disediakan dan collect balik lepas dah clear. Yg ni pun amik masa jugak,kalo ko last minute pastu kena beratur, hmm tertinggal flight bukan cam tertinggal bas.boleh kejar  dgn prebet sapu to next station senah aiii. Kaunter kastam ni akan scan seluruh tubuh dan beg yg nak bawa nek flight saja.
Makan dulu pape yg patut kalo flight ko tak amik meal/beli makanan. Sebab bila melepasi imigresen ni ada airport yg tak de kafe dan kedai. Macam balai berlepas Airport Soekarno-Hatta Jakarta. Jadi kena la tunggu sambil perut dok mengamuk ganas tunggu flight. Takpun beli roti gardenia utk standby. Selalu imigresen kita tak straight sangat..tapi kt tempat lain ada yg straight gilo cam Australia tu.Jadi kena beringat ye.
Then, ada airport yg setiap pengguna kena bayar cukai per head masa nak keluar dari negara dia. Contoh di Jakarta kena bayar RM50 (dlm 150 ribu rp). Jadi jgn shopping sambil baki duit takde langsung yer..kang tak pasal-pasal kena jadi  amah kat sana.
 pastu kat jakarta excess baggage kena bayar dalam us dollar.So prepare apa yang patut..
nak tengok kat skrin ni status flight pun boleh.sama ada security check,schedule,boarding time,semua ada

6. Keenam, Lepas check imigresen,pi kat balai berlepas..di Lcct balai berlepas dibawah.Jadi naik escalator turun kebawah terus ke tempat duduk depan gate..ada no gate yang dicetak/tulis atas boarding pass masa kita drop luggage tadi tu. Tunggu pengumuman flight mana. Then,kena beratur dan tunjukkan boarding pass dan passport sblm keluar gate ke kapalterbang tu.tengok no flight dan no kapalterbang betul-betul. tunjukkan boarding tu lagi kat petugas semasa nak ke flight.

7. Ketujuh,bila dah naik flight,ambil tempat duduk seperti yang tertera pada boarding pass kita tu. Ikut seat la ye,jangan belasah duduk je. Pastu pakai seatbelt dan pramugari akan buat demo langkah keselamatan.


imigresen Indonesia.Semua air mineral kena rampas yer..

Soekarno-Hatta lounge-balai berlepas
Balai berlepas Indira Ghandi New Delhi Aiport

Departures hall Netaji subhash chandra bose international airport Kolkata
Gimhae Airport Departure Hall, Busan South Korea

Masuk flight pulak bila meal time, bau nasi lemak la,kutiew la dan masa tu ko akn menyumpah diri sendiri apasal tak alas perut tadi. Dan penumpang sebelah ko dengan sopannya makan sambil tengok-tengok awan tepi tingkap. Serupa cam nak bagitau ‘huh sedap rupanya makan nasi lemak  sambil melihat awan-awan yg syahdu ni’. Lepas tu dia buat-buat makan tak habis pulak seolah bagi isyarat ‘aku takle kebulur sangat nak sapu sampai licin tray tu’. Jadi yg flight lama tu,6-7 jam elok amik meal la dari ko pejam mata rapat-rapat buat-buat tido sambil hidung dah jadi hampagas dok sedut bau makanan yg lazat tu.

Hah,sudah,yg aku merepek ni kenapa?sambung balik...

8. Kelapan, Lagi 15minit nak sampai ke destinasi,pramugari akan buat pengumuman suruh isi visa on arrival atau pape form. Jadi terus isi dgn borang declaration.Kalau takde pape,isi je takde benda terlarang yg kita bawa. Pramugari juga akan buat pengumuman peraturan airport tersebut serta no.belt (tempat bag di keluarkan ) utk kita  ambil luggage kita nanti. So, dah sampai ambil luggage ikut no.belt yang diberitahu tu.


9. Kesembilan, Borang masuk negara tu simpan dgn passport dan bagi semasa check imigresen kat sana. Senyum sikit masa nak suh imigresen tu stamp kat passport kita.
Lepas dah cop kat passport tu,pergi kat tempat baggage utk ambil beg kita.


Okeh untuk tambahkan kejakunan aku,aku dengan gigihnya amik picture awan yg sangat syahdu ni.

Woihh, bukan senang tau aku nak amik picture ni sebab seat aku kat tengah,bukan tepi tingkap tu. Aku tak kira,aku amik jugak pic awan ni biar pun  terpaksa siku orang tepi tingkap.Dan buat-buat muka sweet . Tak lupa jugak buat muka kagum ‘wow,whats a spectacular view,god..don't you think so? ‘ sambil tangan klik kamera. Aku ini blogger (ceh,mcm glamer)jadi aku peduli hapa kalo aku nak sertakan bukti yang aku dah naik kapalterbang dan tengok awan dekat -dekat pastu tepek gambo dalam blog aku? (heh, poyos)
Ala,sesekali buat style Mr Bean apalah dosanya?
(lagi satu tip-buat-buat ramah dgn penumpang tepi tingkap,then cerita kat dia yg ko tak penah flight..dan impian ko hanya utk naik flight seumur hidup..dan ko nak abadikan saat tu selamanya..dgn amik picture banyak-banyak.Biar dia kata ko jakun,buat muka sedih tau..kalo dia manusia yg ada hati,perasaan dia relakan ko amik picture awan tu dan tak kisah ko siku dia secara tak sengaja)
kerana air asia aku boleh terbang kalo tak....naik bas je mampu
dlm flight
Rupa bumi jakarta dari atas


Cantik tak?



Oh awan ni seperti denai-denai batu yg bagaikan memanggilku berjalan diatasnya..seperti dalam filem stormriders tu..atau filem Stardust


time hampir senja

syahdu..sayu dan hati berbisik pilu..................masa ni perasaan jadi bening dan hening..

Dah nampak Pulau Jerejak dan Penang island


Bestnya kalo dapat jalan atas awan cam cerita bidadari dan puteri kayangan yang kita pernah dengar dulu-dulu tu..pandai orang tua dulu-dulukan,cerita dan imagine bab awan-pelangi ni biarpun kapalterbang pun tak wujud lagi masa tu.

Ok, ada lagi ni kekdah bila dah mendarat di tanahair.
Di Malaysia imigresen,yg warganegara tak perlu beratur kat kastam kaunter tu. (autogate).
Terus pi kat scanner machine tu, cuma beratur untuk scan pasport kt mesin je,cam ala-ala tiket LRT tu..hah,canggih tak? ceh,jakun nak mampus pdhal US, Europa dah lama pakai benda tu.
Heh, aku peduli apa sebab aku rasa Malaysia canggih jugak..canggih dari negara Asia Tenggara lain selain Singapore.
Lagi satu jgn panik kalo tengok kat passport kita takde stamp/cop kastam sebab kita guna virtually read electronic. Cam ATM mesin yg baca bankcard tu. Jadi kosong je tapi ditempat lain ada cop cam India,Thai dan Indon.
Bila dah clear boleh terus amik luggage.
Pastu jgn lupa tulis kat blog yer..(peringatan utk diri sendiri)

Update on 2013:
Tak boleh la sebut jakun sangat ok,sebab Malaysia negara pertama dunia yang guna sistem passport biometrik. Canggih kan Malaysia?betapa kerajaan berusaha nak memudahkan rakyatnya.
hey, even Singapore not apply the biometric system passport.
Jadi saya sangat rasa bangga jadi rakyat Malaysia. Ini termasuk kerana KLIA Airport termasuk dalam senarai sebagai Lapangan Terbang Tebaik Dunia (di nombor 8 pada tahun 2012, improved sb tahun 2011 ranking no.9 oleh SKYtrax,Cangi Airport no. 2).
Ya,Malaysia boleh!!! I am proud to be Malaysian.
Yea,I should be proud of Malaysia as qoutes on Malaysia Passport on wikipedia:

Biometric Passport:
Malaysia was the first country in the world to issue biometric passports in March 1998, after a local company, IRIS Corporation, developed the technology.[3] In December 2002, thumbprint data was added to the biometric data on the passport chip. Similar technology is used in the Malaysian identity card, MyKad.
The biometric data included on the Malaysian passport is a digital photograph of the bearer's face, and images of their two thumbprints. Malaysian immigration checkpoints were the only ones with the technology to read and authenticate the data from the RFID chip using a fingerprint scanner and facial recognition technology, but widespread adoption of ePassport technology around the world has seen the technology installed in international airports in the USA, the UK and other countries.
In addition to biometric data and the personal information stored on the information page, the chip also records the bearer's travel history of the last ten entry and exits at Malaysia border control points.
Concern about possible "cloning" of the data from the passport chip for the purposes of identity theft prompted IRIS to issue a press release in 2006, stating that the chip and data had never been successfully cloned, and that digital keys stored on each chip made such duplication and forgery impossible.[4]
On February 2, 2010, Malaysia started issuing ICAO compliant e-Passport, valid for five years or two years, replacing the current one. It is the 75th nation in the world to adopt the ICAO standard. The implementation of the new passport begins at offices across Klang Valley, Johor and Pahang before expanding nationwide between March and May 2010 and to foreign mission abroad between July and August 2010.