Balik kampung berbuka

 Haluuu Assalamualaikum.

Minggu ni dapat balik berbuka kat kg, adik-adik ada balik sekali. Gi bazar kampung meronda.

Nasib masih kampung lagi kan..rindu bila lama tak balik. Walau parent dah tiada lagi.

lebat buah fig ni..paksunya tanam tepi rumah je

untung dapat paksu rajin berkebun..merasa buah jambu air, jambu batu, ulam raja, kantan, selom,keledek,buah fig,betik,dengan bunga ros kampung dan melur mewangi

biah fig ni lebat tapi belum sempat petik-burung yang merasa dulu

pokok jambu air tepi rumah-jenis buah macam jual kat RnR tu ya

alhamdulillah masih ada kampung untuk balik menenang jiwa

singgah bazar beli lauk

macam-macam ada

murtabak standard harga RM4

ayam percik ni sedap- Rm7


mee, megi dan kutiew-cepat nau basi nya


hasil tangkapan

pinggan cawan kat kampung mesti la campur aduk

asam rebus kedah-kantan petik di belakang rumah

mee sanggul

cucur udang rangup

ayam goreng, kurma telur utk ank dara

murtabak

kari bawal-RM6

sambal kerang

ayam percik

Kampung kita dekat je-dalam 2 jam perjalanan. Tapi nak meluang masa nk balik tu sukar jugak tambahan mak ayah dah tiada. Kalo masih ada parent rasa tiap minggu balik kot!

Rumah pusaka yang luas dah diroboh-diganti dengan rumah batu kecik yg kukuh untuk adik bujang menjaga tanah sekangkang kera tu. Sesekali boleh la kakak abang datang bertandang.

Teringat zaman remaja dan zaman susah dulu..semua serba kekurangan-di sini sebagai saksi perjuangan kehidupan. Jatuh bangun seorang anak kampung.Bak kata- tempat jatuh lagi di kenang-inikan pulak tempat bermain.

Vibes kampung tu buat kita rindu nostalgia lama. (kah, pos umo zaman mak-mak dah senja)


Masakan lauk berbuka first week of Ramadan 2025

 Assalamualaikum..hai hangpa..dah Ramadhan ke 9 today.

Benar sungguh bagai dikata bila tambah usia ni- berbuka lauk ala kadar dan simple je. Dah tak beria dan nak menu penuh meja dah. 

Sama macam kt media sosial dok viral tu, i is kecewa betul beli kat bazar Ramadan. Kuih seri muka yang macam tak rasa santan, rasa tepung je bg pekat, gulai daging yg ceroi dan baiklah kita masak sendiri cenggini. Murtabak yang kobis dan kentang je penuh..macam-macam isu bila beli kt luar ni.

Roti john pun dah macam roti telur jeee. Lauk-pauk apatah lagi bila masuk suapan pertama tu. 

Kita bukanla cerewet pun..tapi agak-agaklah nak menjual sampai macam tu seolah nak penaya kan orang. Ko tak rasa dulu ke kak oiii sebelum jual.

Hmm tak apalah..kenalah rajinkan diri kan. Kita masak kicap yg senang tu pun rasa lagi puas makan.

lauk mudah..sejam siap

muirtabak beli-satu Rm4

ayam berlado

sup sayur dan suhun

kuih lopes dan angku inti kacang merah dgn dadih 

lauk hari jumaat

cencaru sumbat bakar

gulai daging+rebung..betul kecewa beli kat bazar..gulai ni Rm10..rebung ada 6 ketul dan daging 2-3 ketul kecik..dah la tak sedap..aduii beli sebab kesian kat penjual yg sendu tp inikah blsn..
haha serik dah..masak sendiri lagi sedap banyakkk

sup telur dan fucuk+suhun+kentang

sambal tauhu+tempe+kentang

donat dan kurma

menu sabtu

ikan tongkol masak cuka

ayam bakar resepi che sayang

sambal udang dan terung


mangga potong


Iftar @3 ramadan-Lauk berbuka puasa semalam

 Assalamualaikum salam Ramadan ke-4 dah ya..tiber kan jadi rajin update blog nih. Mood rajin masak tu berrkobar.

Tapi kalo masak sendiri ni bahaya jugak..jadi makan banyak sebab rasa sedap dari dibeli. Kitonyo perut nasi-jadi kena berbuka makan nasi. 

Walau masak yang simple. So tiap ari dok plan dah menu apa nak dimasak lepas balik office tu.

Menu semalam= Sambal sotong, masak lemak labu, ikan tilapia/ayam goreng, jelly susu. 

Senang kan, sekarang ni memang makan simple sajok. Balik terawih baru jamah kuih. Sahur air kosong. Nasib semua orang dalam rumah ni tak cerewet..alhamdulillah. nikmat juga tu kan..takyah berejam nak bersilat kat dapur macam mak-mak kita dulu.


menu day3

ikan tilapia/nyok-nyok goreng dan ayam goreng

sambal sotong

masak lemak labu dan suhun

jelly susu dan air teh o lemon-memng suka berbuka air masam ni..rasa hilang dahaga

tauhu begedil-makan lepas balik masjid

kuih lopez dan angku-tak tau nama-main beli je

alhamdulillah masih berpeluang berjemaah


Ramadan 2025

 Salam Ramadan semua. 

Alhamdulillah masih berpeluang bertemu Ramadan Mubarak dan berterawih.Semoga diampunkan semua dosa-dosa dalam bulan pengampunan Allah swt ini.

Hari ke-2 puasa baru lah boleh makan proper sikit. 

Hari pertama puasa selalu last minit, jalan jem, balik dari bazar ramadan dah lewat dan macam-macam la kekalutan. Nak amik gambo pun tak sempat.

Menu buka puasa :

Day 2=Asam pedas ikan, telur dadar,pekasam,buah mangga,bubur lambuk & sirap limau


masak asam pedas ikan nyok-nyok campur bendi je..sonang..ada salad sikit
menu Ramadan ke-2. puas dpt makan cmni..asam pedas ikan, telur dadar,bubur lambuk,pekasam ikan,buah mangga/salad dan air sirap limau

pekasam ikan kedera..penambah selera

buah mangga potong dan telur dadar..air sirap limau

rezeki dapat bubur lambuk..sedapp


terawih kat masjid dan witir sekali

syukuri semua yang ada dan yang tiada