Makan-makan di JB dan cara unik ikat makanan orang Johor

Makanan popular di Johor mestilah asam pedas,mee rebus,beriani gam,otak-otak,tauhu bakar,dan banyak lagi.

apa kes entry makan letak picture masjid Sultan Abu Bakar ni??
saja...nak bgtau entry ni berkaitan dgn makanan johor,sekian
Tapi aku disini memang gila makan asam pedas pagi petang siang malam.
Asam pedas Johor ni sangat sedap,kuah pekat,rasa light,pedas tak masam sangat.Bau dia tak kuat dan selalunya depa letak sawi jeruk.Jadi kalau aku makan tu,memang jadi banjir dan baru sedap.
Asam pedas ni selalu harga RM9 untuk ikan isi tu (taktau ikan apa) tapi boleh makan sampai 2 org.Just order nasi putih lebih.Ingat asam pedas ni buat air liur aku menitik jek.Cuma aku tak makan ikan mayong aka ikan duri tu.So aku makan asam pedas pari,kembung dan merah.
Beza asam pedas Johor dan Melaka ni,pada rasa aku yg penah aku rasa,yg len mungkin lain lak pendapat:

1.Asam pedas johor kuah lebih pekat,Melaka lebih cair
2.Asam pedas johor rasa ringan,bau lebih lembut ,melaka lebih kuat bau dan rasa
3.Warna kuah asam pedas johor merah menyala,melaka lebih perang
4.Asam pedas johor banyak letak sawi jeruk,melaka selalu kosong atau letak bendi
5.Asam pedas johor letak daun kesum,melaka lak daun limau purut-bau ada lain
(wah siap buat point bagai..gigih kalo exam ko camni kan dah dapat phd)

Apapun,kedua-dua asam pedas dari negeri ni sedap..paling tersedap seluruh dunia.Dua-dua kalo aku makan boleh habis nasi seperiuk dan kuah segelen.

makan steambot,tauhu bakar,otak-otak  kat pantai Lido kalo tak slah tempat ni
tauhu bakar....penah mkn kat melaka,rasa lagi ummpp

sedap ni
ni steambot..makan dgn kuah kacang..serius sedap kuah dia.Aku mula tu agak skeptik pasal mkn dgn kuah kacang,yelah selalu yang tau foo je aku makan.sekali...kuah dia rasa serai,wangi dan beroma..marvelles



otak-otak,seketul 60 sen.satu pinggan depa letak 5 ketul.nasib 5 ketul,kalo 10 abis semua kena bedal

ni aku makan kat Ayer Hitam..sedap kedai dia.asam pedas pun nikmat

memang nikmat asam pedas ni dgn sawi jeruk.Ikan asam pedas dah abis..tapi aku tak kisah..aku ambil je kuah dgn sawi jeruk tu.Makan dgn ikan cencaru.janji kuah asam pedas ada

yummy yumm 

Lagi satu,taktau korang perasan ke tak...orang Johor ni kalo bungkus makanan ada lain sikit.Kalau kita selalu penjual bungkus plastik guna getah ke apa ke untuk ikat sup dan benda yang berkuah..tapi orang Johor ni lain sikit tau..diorang guna tali rafia yang dilubangkan di plastik untuk ikat benda tu.Jadi kemungkinan tumpah tu ada..kalao getah kan dia ketat dan tetutup terus.Cara ikatan diorang tu nampak unik..kalo perut tengah bergendang,memang lah lambat nak buka ikatan tu sebab dia bersimpul dan kena tarik tali tu..respek la orang johor..


 Baginilah cara orang Johor ikat..tak kira sup ke,asam pedas ke,semua guna style ni.Rajin gila diorang dok ngadap lubangkan plastik dgn tali rafia ni..kalo kat tempat aku semua ikat pakai getah je.

Hotel Seri Malaysia JB

Hotel ni terletak di Larkin,JB.Rate dalam RM120 paling murah.Bilik dan servis memuaskan walaupun macam dah lama.


Add caption








Bugis street/ Arab street Singapore

Bugis street terkenal dikalangan pelancong sebagai tempat membeli cenderahati atau souvenir.
Bagi keychain harga adalah SGD10 (rm25) untuk 18 biji,frigde magnet SGD10 untuk 4 biji dan t-shirt SGD10 utk 3 helai.Snow globe pun lebih kurang.Durian ada,kedai makan ada dan paling banyak adalah kedai pakaian.
Tip disini,jangan terus beli dikedai tepi jalan,sila masuk jalan ke lorong dalam sikit,kat situ lagi byk kedai dan boleh tawar-menawar.
Pada tahun 1950-an ia adalah tempat tumpuan mak nyah berkumpul dan menggoda para tentera yang berlabuh.Kini jalan ini berubah menjadi deretan kedai yang  mencecah 800 lot.















Trip ke Universal Studio Singapura Part 2

Ni adalah sambungan entry lepas.
Entry part 1 adalah lebih kepada kos dan bajet.Entry ni akan cover Far Far Away Shrek,Lost World,Mummy,New York street.
Untuk makluman, ada makanan halal dalam ni,aku pun tak survey.Kena tengok pada signboard halal diluar kedai.Aku hanya beli pop corn disini yang berharga SGD6.50 (RM16 lebih kurang) dan aku memang standby air mineral.
Bagi aku riding disini lebih adventure,cuma 4D animation di Far Away castle adalah kurang real.Hanya ada percikan air,hembusan angin,kaki labah-labah dan gerakan kerusi sikit.4D di Genting adalah lagi best,real dan siap kena pakai belt dan ada pemegang tangan sebab kerusi dia gerak keatas,bawah,kiri dan kanan.
Roller coaster di Mummy bagaimana pun boleh bikin jantung berhenti.Mgeri dan real.Manakala bagi riding lost world,kami tak dapat naik.Ia dihentikan kerana hujan.Jadi note kepada pengunjung elakkan pergi time hujan,byk outdoor riding yang tak dapat merasa.


the castle

fairy godmother

dalam castle beratur utk tgk 4D
Lost world:

besar gila patung ni

Aku ngeri tgk patung ala Mesir ni

patung mummy ni kalo tengok rasa gerun ok


tempat live show depan building ni

Group ni perform pada waktu tertentu shj.Cth masa ni kul 5.30ptg

NY yellow cab
Aku rasa tu je la info yg dapat aku bagi pasal USS ni.Disini juga disediakam monorail percuma untuk ke Sentosa Island yg famous dgn show Song Of The Sea tu.
Parking disediakan dibasement,jd sape yg nek tour bus pun akan turun bwh utk balik.Selalu jam 7.00 petang semua oran g dah keluar kerana dah tamat operasi.
Overall kalo nak puas hati pegi pagi kul 10 sampai kul 7ptg.Boleh tawaf dan terokai semua zon.Macam aku tak sempat sangat sebab orang ramai kena beratur dah tu hujan pula.