August plus, workshop dan Cabaran Nombor 3 Merdeka Walk

 Assalamualaikum 

Hola September dan ada lg ya August dump yang masih perlu di lunaskan. Sayang nk buang gambar, jadikan memori..so jadila Ogos plus.

Pada 31 Ogos 2026 admin FB Group Briskwalk Malaysia ada buat Cabaran Nombor 3 Merdeka 2026.

Sempena Hari Kebangsaan 2026 dan selama 1 hari sahaja. Group ni ada dalam 413k members. Best join sebab dapat motivasi tengok update rakan-rakan ber brisk walk.

Syarat start dengan any number 3- tak kira km ke, steps ke, time ke atau calories. Janji no.3

Ada hadiah misteri dan peserta kena screen shot gambar walk tu guna apps atau smart watch.

 Yg ni kenalah sahutkan sebab senang dan rasa bersemangat Malaysia pagi Merdeka tu.

So pagi merdeka tu dapat la 3.99 km dgn 330 kalori. Kena alert takut terlebih nombor.

Alhamdulilah dapat ke sana ke mari penghujung Ogos dgn berkursus dan healing sekali.

Alhamdulillah bangun awal untuk sahut Cabaran Nombor 3 Merdeka-
sebab 31 Ogos bermula nombor 3 kita assume mcm la kot

Guna Apss Huawei Health

Apps Mi Fitness dan Mi Band report

Pagi yang buat kita bersemangat..kejap-kejap tengok apss dan band sebab takut terlebih daripada nombor starting 3 tu

Test sneakers baru- Decathlon Kalenji
Sumpah ringan best dan tak terasa berjalan tu-cuma kena tambah cushion bg tebal empuk sikit nanti
Mur-Mur je noks

Ini cabarannya Group FB Briskwalk Malaysia- semua kena start dgn nombor 3
Ada hadiah misteri jgk tapi kita masuk syok-syok dan group ni buat kita motivasi rajin berjalan

Penghujung Ogos gi Kursus kat Bahang Bay Teluk Bahang Penang

Hotel jauh sikit hujung pantai

Kursus + Bengkel 

Bilik Twin Sharing

Hari ke-2 ada BBQ night

Garlic prawn ke apatah

Dessert corner

Gado-gado

Yang di makan

ni sedap

Breakfast coffee

Bakery's section-tak byk pilihan sgt

Salad counter

Breakfast rasa sedap sikit- lunch dgn dinner so so


Byk SOP/ISO Doc nk murnikan

Hotel lobby- susah nk susun gambar ni jam kt blogspot-hanya blogger yg tau apa dh jd kt blogspot skrg ni..kdg nk upload photo pun tak lepas..kdg fed-up nk upload

Saya suka breakfast nya-toast, butter, marmalade dan orange juice

Amik sikit nasi lemak, sosj, ham, rendang dan sambal

buffet 

BBQ night tema klasik

Hadiah utk semua orang

Tema klasik kita pakai songket hitam dan kain batik atas kepala

BBQ Dinner

One for memory dlm lif bersama gegirl

Kt lobby welcome section

Our Team

Cantik pantai Teluk Bahang

Dari hotel kena cross ke pantai
Dapat mandi ni rasa legaaaa-lepas rindu laut

Aktiviti di pantai-enjoy dan fun fun je

Kena sporting baru best nk fun-termasuk Pengarah

Hari ke-2 dapat brisk walk/jogging tepi pantai pukul 7 pagi

Rasa healing sungguh dan refresh semua energy

Dapat 3.21 km pun alhamdulillah


Till we gather-gather again

Balik singgah Design Village

Ramai nk shoping sb ada Merdeka sale

Clarks

Cuci mata je kita

Pantai ni memang tempat menenangkan jiwa

Ikut hati nk briskwalk pagi petang

Yours truly

Lunch

Fruit tart

Pergi balik naik bas


Mlm Tema Klasik-kita mcm kena scam sebab yg lain tak pulun ikut tema sgt huhu

Our group 3 hari

Semoga terus istiqamah ber brisk walk utk kesihatan

No comments:

Post a Comment