Brisk walk pagi di Taman Rekreasi LagunTeluk Ibai dan santai di negeri paling bahagia

 Salam September semua.

Sambung lagik entry ke Pantai timur untuk hari ke-3 ni.

Laju post sebab byk lagi post tunggu nak publish haha begitu rajin saya.

Sebab semua dlm blog ni adalah memori.

Terengganu di nobat negeri paling bahagia. Suasana cantik ,makanan sedap dan tenang santai.

Pemandangan pantai tu paling membahagiakan kot. Alhamdulillah selepas last study ITM Dungun dapat lagi bersua di tanah ini.

Pagi hari ke-3 ni memang bangun awal dan nak pi brisk walk. Terpusing jugak cari jalan dari menginap, rupanya dekat je dengan Taman Rekreasi Lagun Teluk Ibai tu..yang adanya Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah.

Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan tahun 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.

Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.

Bahagia dapat brisk walk sini, ramai beriadah ddengan melihat orang memancing, bertaekwando, ber taichi dan tak rushing.

Masjid Terapung di Kuala Ibai

Sungai Ibai

Jeti bot

Dekat Jambatan Sultan Mahmud

Belakang resort ni Sungai Ibai dan ada trail ke taman 

Dan boleh tembus ke Masjid Terapung Pertama di Malaysia ni-Masjid Tengah Tengku Zaharah

Sini ada taman rekreasi untuk beriadah

So serene..taman rekreasi lagun Teluk Ibai

Ada kuliah UIA



Tenang berpagian di sini dan dapat lah buat brisk walk 3km lebih

Enjoy walk kt sini ..kalo boleh nk buat 5km tapi rini nak check out awal

Singgah beli saparan tradisonal Ganu

Ada laksam dan kuih-muih

Geram tgk..cek mek molek

Fav nasi dagang..dulu study ITM Dungun memang sedap sarapan ni tiap ari tahun 1996-1998

Balik resort dan dip kolam kejap

tenang di sini

Jom makan

Nasi Dagang
Taktaula dgn blogspot ni..susah nau nak susun gambar..ni la suasana pagi waktu briskwalk


ada trek

Ada pemancing

Semua menikmati keindahan ketenangan pagi di sini

Balik tu bersiap untuk check-out dan lalu semula ke Kelantan. Sambil santai singgah beli buah tangan.

Tenang dan rilek santai vacation kali ni-rasa terubat semua kepenatan bekerja.


No comments:

Post a Comment