Austria- Part 3 The Stephansdom Vienna


ni Cathedral nya...binaan yang impressive
Cathedral ini merupakan landmark paling terkenal di Vienna. Dibina pada tahun 1147 dan kekal sebagai bangunan tertinggi Eropah untuk jangka masa yang lama. Duke Rudolf  IV of Habsburg mengarahkan pembinaan semula bercirikan Gothic Style dan ditambah 2 aisles pada 1359.
Mempunyai dua ciri tersserlah- gigantic roof dan tall, lean tower.
Terdapat banyak makam yang terkenal seperti the tomb of Prince Eugene of Savoy (1754), the Altarpiece of Wiener Neustadt, the pulpit by Anton Pilgram (1514-15), the sepulcher of Emperor Frederik III by Niclas Gerhaert (1467-1513), the watchman`s lookout, a self portrait of the sculptor, and the Gothic winged altar.
Dikatakan bahawa komposer terkenal Ludwig Van Beethoven mengetahui bahawa dia telah pekak sepenuhnya apabila melihat burung terbang dari menara gereja ini dan dia tak dapat dengar bunyi loceng gereja langsung. Keseluruhannya ada 23 loceng di gereja ini.

Bercirikan Gothik


Boleh naik kuda dgn bayaran
pintu masuk..kena bayar tiket


Kawasan dataran ni..banyak souvenir, money changer dan gerai jualan kopi dan snack
gerai minuman


FM Vienna..
The Graben (German: Trench) is one of the most famous streets in Vienna's first district, the city centre. It begins at Stock-im-Eisen-Platz next to the Palais Equitable and ends at the junction of Kohlmarkt and Tuchlauben. Another street in the first district is called Tiefer Graben (deep ditch). It is crossed by Wipplinger Straße by means of the Hohe Brücke, a bridge about ten metres above street level.
Kawasan ni dimana Graben bertemu Stephansplatz dan kawasan dataran ni merupakan antara jalan paling famous.



High end stores

Cantiik disinari lampu

Di kawasan square ni banyak souvenir dijual..puas aku survey yang murah..paling murah adalah Fridge Magnet yang berharga 4 euro (Rm16). Then T-shirt Vienna sangatlah mahal range antara 15 euro-20 euro (Rm66-88). Aku beli FM je kat sini..rate untuk tukaran duit jugak not bad, so tukar sikit lagi disini.


Austria - Part 2 Meneroka Vienna

tipikal building di Vienna
Vienna (Bahasa Jerman: Wien [ʋiːn], lihat juga nama lain) adalah ibu negara Austria, dan salah satu dari sembilan negeri-negeri Austria. Vienna adalah bandar utama Austria; dengan penduduk sekitar 1.7 juta (2.2 juta di dalam kawasan metropolitan), dan bandar terbesar di Austria dan juga pusat kebudayaan, perekonomian dan politik. Vienna terletak di timur Austria dan dekat dengan Republik Czech, Slovakia dan Hungary. Pada 2001, pusat bandar raya ini telah diwartakan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO [2] dan dari segi kualiti hidup, bandar ini terletak di tempat ketiga [3].
Penduduk Austria ramai yang dari keturunan German jadi tak hairan jika bahasa pun sama.
Sedikit fakta Vienna:

1- Umur untuk layak mengundi 16 tahun youuuu
2- Mozart, Strauss, Brahms, Beethoven semuanya pernah tinggal dan membuat persembahan di Vienna
3- Merupakan rumah kepada Sigmund Freud (Master psikologi terkenal)
4. Bandar basikal seperti bandar Eropah yang lain

Aku keluar hotel jam 9 pagi..hanya ada hari ni untuk meneroka Vienna. Esok flight balik ke Istanbul jam 12 tengahari.
Bila ke pusat bandar Vienna akan melalui Haupbahnhof ni..so aku usha jugaklah dalam tu apa ada. Ada restoren India, korea dan variety senang cakap. Muka tipikal Asia pun banyak.
Aku pergi tukar duit USD dan lebihan Hungarian Florint dekat bank. Money changer tak jumpa lagi.


biar gambo yang berbicara (sebab mak taktau apa-apa..hehe)


Tugu apakah..mak taktau




Petang di Vienna yang basah




Ada Christmas market depan gereja
 Vienna diakui banyak persembahan opera, orkestra, muzikal teater dan segala berkaitan seni dan muzik.
Namun itu bukan keutamaan aku. Jadi aku  berjalan melalui cobblerstone, barisan bangunannya yang berseni-bertingkap kaca empat segi, ukiran konkrit di balkoni, serta ada patung-patung simbolik di atas menara atau bumbungnya. Ia juga terkenal kerana masakan schnitzel, sacher torte atau sosejnya.
Hujan gerimis sepanjang hari membuatkan pengerakan agak lembab dan perlahan.
Dari Haupbahnhof aku berjalan sehingga ke Stephansplatz iaitu kawasan tumpuan pelancong kerana Gereja St Stephen's Catheral Stephansdom terletak di sini.

patung apakah

Muzium ni mak nak pi tapi tutup pulak

antara kek yg dipamer dan dijual

periuk belanga

Mak kena warning amik gambo ni..tak nmpk sign No Photo tu

Austria - Part 1 Vienna hari pertama

Perjalanan ke Vienna hanya mengambil masa kurang sejam dari Bratislava.
Masuk Austria tak perlukan visa untuk rakyat Malaysia dan boleh tinggal hingga 90 hari tanpa visa.
Bas Eurolines Slovak berhenti di stesen Wien Haufbahnhof. Stesen Metro dan pengangkutan darat kawasan ni.
Wien Haupbahnhof

Lepas turun bas, bermulalah misi aku untuk mencari penginapan di Vienna.
Banyak hotel tapi bajet mak adalah ciput!
Jadi aku berjalan-jalan mencari hotel murah dan selfie sekejap-kejap. Jauh jugak akui berjalan lebih kurang 3kilometer kot...last-last dah tak larat. Kemudian aku pergi ke tempat teksi dan tunjuk dia alamat hostel. Dia tak tau hostel tu tapi dia hantar aku ke Wien Haufbahnhof balik! dia kata tu la kawasan hostel tu. Adeh la...kena caj 10 euro. Masa tu rasa nak sumpah seranah jugak pemandu teksi sengal tu. Tapi dah naik takkan tak nak bayar?? puas aku cakap aku nak pergi alamat hostel tu..dia dah le satu hapa tak faham English. Mak redha you..nak buat macamana..bukan macam itik cakap ayam lagi dah sebab kalau tak boleh gak bunyi sama sebab ada paruh..ini kira itik cakap dengan lembu.

Sampai kat Wien  Haupbahnhof tu aku lepak sekejap dalam stesen metro yang besar tu. Ada kafe, farmasi dan kaunter info. Syarikat OBB iaitu rangkaian keretapi terbesar di Austria ada kaunter disini.
Last-last aku keluar..dalam pukul 5 petang tu dan gelap, hujan gerimis dan dukung mak tapir ikut langkah kaki. Belek alamat hostel dan aku keluar menghala ke arah bertentangan dari arah yang aku pergi mula-mula tadi. arah tu agak sunyi dan bukan ke pusat bandar nampaknya. Ada menara tingggi pejabat OBB sebagai landmark. Jalan dan berjalan..sambil dok pikir tah ada ke tak ni hostel?? Aku menapak hampir 20 minit dari stesen tadi....then aku tengok ada signage hotel tu!!! yay seribu kali.
 AO Hotel and Hostel signage..Ya Allah leganya..
Jalan utama dari Haupbahnhof tu terus jeee, then lintas jalan..hostel tu sebelah kiri jalan. Masuk simpang yang ada bank tu. Ahhhh...gumbira you. Pemandu teksi Vienna  (ke pemandu palsu) pun taktau kat mana alamat tu tapi mak yang datang dari celah mana ni jumpa sendiri! Haa..cepat tabik 40 kali kat mak ni.
Masuk je hostel yang nampak grand tu pegi kat reception. Amik female dorm 14 euro semalam. Aku amik 2 malam disini. Di sini ada jugak service sewa basikal..memang Vienna bandar basikal.
ni hotel dan hostelnya..2 dlm 1.
Lepas check -in aku rehat, mandi dll.
Jumpa sorang backpackers German..umur dalam 50 thn kot. Sembang dengan dia kejap..dia cakap German, aku cakap Melayu. Wah mak dapat inspirasi nak pergi German pulak lepas ni. Then, dia buka siaran TV ada lagu Krismas ke apa..siap nyanyi lagu tu. Oh taulah mentang-mentanglah Austria guna German language..senanglah hati  dia. Mak tak jeles cuma berdarah hati je tengok dia feeling sambil nyanyi tu.
Katil bawah semua dah penuh so kena amik yang upper bed. Hostel ni sangat selesa..bilik air tak perlu share, ia dalam bilik je dan nak masuk guna kad.
Moden dan comfort.

Slovakia - Part 3 Dari Bratislava ke Vienna

Tiba masa untuk meninggalkan bumi Slovakia yang masih di basahi hujan. Cantik juga bandar ni cuma aku tak berkesempatan untuk meneroka lebih lama.
Dari Bratislava ke Vienna aku amik bas milik Slovakia (Slovak Line)  yang berharga 7.7 euro (RM29) jam 2.00 petang. Bayaran untuk bagage dikenakan 1 euro (Rm4).
Perjalanan hanya mengambil masa selama 40 minit hingga sejam. Bas ini akan berhenti di Schwechat Airport Vienna sebelum sampai ke Vienna.
bas stesen Bratislava
Sepanjang perjalanan banyak permandangan yang cantik..banyak wheat round bales tapi sebab cuaca kabur aku nak amik picture pun tak dapat.
view sepanjang jalan
Setelah sejam dalam bas, akhirnya aku sampai ke Vienna Wien Haupbahnhof.
Stesen bas dan Metro yang besar. Since Budapest blow my mind jadi sampai di Vienna aku taklah jakun sangat. Bermula satu lagi perjalanan selama 3 hari 2 malam di Viennna Austria dan cabaran baru menanti di kota Mozart ini.

Slovakia - Part 2 Hanya satu persinggahan

di waktu pagi..
Aku keluar check-out hostel jam 8 pagi. Masa aku dok sibuk berkemas, female dorm roomate aku sorang pun tak bangun lagi. Seronok tengok mereka bermalasan dan rilek tak terkejar-kejar. Aku harus keluar awal dan kena dukung mak tapir sambil menikmati kecantikan kota ni sekejap cuma kerana aku akan bertolak ke Vienna tengahari ni. Bratislava hanyalah satu persinggahan untuk semalam.

Hostel backpackers ni ramai dan sesak jugak walaupun pada musim sejuk. Bila sembang dengan receptionist tu, dia cakap sebab ramai yang datang nak alami winter holiday atau nak main ski.
Aku naik tram dan ntah kemana sesatnya pastu patah balik. No rushing.

Then aku berjalan sehingga sampai Old Town Bratislava dan menyusuri riverbank promenade sepanjang laluan tepi sungai Danube tu. Dalam 3km jugak rasanya. Cuaca sejuk seperti kelaziman dan hujan masih turun rintik-rintik. Semakin lama di bumi Eropah ni semakin sejuk rasa dan hujan makin kerap.
Di tebing ni juga kelihatan daun-daun kuning berguguran dan memang feeling layan perasaan disini.
Hilangkan penat seketika di bangku taman yang basah..sambil merenung sungai Danube. Melihat merpati berkeliaran dan patung-patung sejarah megah berdiri.

The Old Town of Bratislava (Slovak: Staré Mesto) is the historic center and one of the boroughs of Bratislava, in the Bratislava Region of Slovakia. It is coextensive with the smallest Slovak administrative district by area, Bratislava I. It contains the small, but preserved medieval city center, Bratislava Castle and other important landmarks. Bratislava's Old Town is known for its many churches, a riverbank promenade and cultural institutions, it is also the location of most of the foreign states embassies and important Slovak institutions including the National Council of the Slovak Republic; the Summer Archbishop's Palace, seat of the Government of Slovakia; and Grassalkovich Palace, seat of the President of Slovakia.

 Setelah puas berjalan di Old Town dan riverbank promenade, aku berhenti makan McD di kawasan ni. Makan fillet O fish dan semua total adalah 7.7 euro (Rm29) dan makan sundae sekali lepas geram.
Sos cili kena caj 1.20 euro...dan McD disini memang Macam luxury sebab kek dan pastries macam di Starbucks pun ada served. nasib takde sapa nak preach pasal Israel dan McD kan waktu ni atau dia sengaja nak merasa kasut mak ni haaa.

Selepas lunch aku tunggu di Old Town untuk naik bas ke stesen bas nak ke Vienna, tanya local dia kata naik bas nombor 70. Oklah aku pun ke stesen bus dekat situ..dan tanya lagi sorang local, betul ke bas nombor 70 akan lalu sini. Perempuan separuh umur tu kt stesen tram dan dia cakap ya dan aku pun cakap nak pergi ke stesen bas. Kemudian lepas ucap thanks aku pun gerak ke tempat bas berhenti. Bas nombor 50 pun datang. Aku rilek je la sebab bukan bas nombor 70. Alih-alih perempuan tadi bagi isyarat kat aku supaya naik bas tu, aku pun  apa lagi dengan mak tapir tu jugak kalut naik. Sempat bagi isyarat thanks dan tunduk kat dia...nasib baik. Bas ni hanya berhenti di stesen bas kat luar Autobusova tu je, bukan perhentian utama dia.

Lega satu bab...sebagai traveller otak dan fikiran kau sentiasa bekerja..di mana nak pergi, macamana nak pergi, sentiasa berfikir dan hanya rilek sedikit bila dapat tempat bermalam dan spend sehari dua disana. Sebab bajet adalah tight dan timing sangat penting. Aku kena kejar flight dari Vienna ke Istanbul yang aku dah book awal yang dijadualkan pada 2 disember. Memang kena ikut masa dan perubahan plan pun tak boleh libatkan masa. Aku suka Budapest dan jika tak kejar flight tu mungkin aku akan stay lebih lama di Budapest. Tapi apakan daya...

depan gereja


depan tram and bus station

Danube promenade at Old Town

mendung semestinya bererti hujan




tenang lepak sini tapi beku..di sini juga beg hampir nak kena curi..sian mak tapir aku kang tak balik Malaysia..suka suki je mamat slovak tu ngaku mak tapir aku beg dia?..ishhh kang aku buka tunjuk spender ke bra ke baru tau