tipikal building di Vienna |
Penduduk Austria ramai yang dari keturunan German jadi tak hairan jika bahasa pun sama.
Sedikit fakta Vienna:
1- Umur untuk layak mengundi 16 tahun youuuu
2- Mozart, Strauss, Brahms, Beethoven semuanya pernah tinggal dan membuat persembahan di Vienna
3- Merupakan rumah kepada Sigmund Freud (Master psikologi terkenal)
4. Bandar basikal seperti bandar Eropah yang lain
Aku keluar hotel jam 9 pagi..hanya ada hari ni untuk meneroka Vienna. Esok flight balik ke Istanbul jam 12 tengahari.
Bila ke pusat bandar Vienna akan melalui Haupbahnhof ni..so aku usha jugaklah dalam tu apa ada. Ada restoren India, korea dan variety senang cakap. Muka tipikal Asia pun banyak.
Aku pergi tukar duit USD dan lebihan Hungarian Florint dekat bank. Money changer tak jumpa lagi.
biar gambo yang berbicara (sebab mak taktau apa-apa..hehe) |
Tugu apakah..mak taktau |
Petang di Vienna yang basah |
Ada Christmas market depan gereja |
Namun itu bukan keutamaan aku. Jadi aku berjalan melalui cobblerstone, barisan bangunannya yang berseni-bertingkap kaca empat segi, ukiran konkrit di balkoni, serta ada patung-patung simbolik di atas menara atau bumbungnya. Ia juga terkenal kerana masakan schnitzel, sacher torte atau sosejnya.
Hujan gerimis sepanjang hari membuatkan pengerakan agak lembab dan perlahan.
Dari Haupbahnhof aku berjalan sehingga ke Stephansplatz iaitu kawasan tumpuan pelancong kerana Gereja St Stephen's Catheral Stephansdom terletak di sini.
patung apakah |
Muzium ni mak nak pi tapi tutup pulak |
antara kek yg dipamer dan dijual |
periuk belanga |
Mak kena warning amik gambo ni..tak nmpk sign No Photo tu |
No comments:
Post a Comment