Monday, October 15, 2012

Pinggan mangkuk nyawa ikan

Motif??
Heh,apa kes posting pasal pinggan mangkuk nyawa ikan nih?okeyy..diakui akhirnya aku obses jugak dengan pinggan mangkuk corelle,luminarc dan segala jenis pinggan mahal.Mahai la bagi aku yang berpendapatan kurang dari &*%^$ nih.Kalo orang anggap pinggan corell,luminarc sume tu murah,maka ko adalah orang kaya yang duit berkepuk-kepuk.
Sebelum ni hanya gila baju,kasut,handbag dan yang berkaitan diri.Makan tak kisah kot,guna daun pisang ke,daun kelapa ke semua boleh sebat.
Pinggan ayan ke,pinggan plastik,pinggan silver 40k pun aku takde hal.
Adakah roh makcik-mokcik telah menguasai jasad aku?hell yes.
Dua tiga menjak nih asik surf internet pasal pinggan mangkuk ayer hitam johor,pinggan mangkuk claytan,menang glassware,giacomo,portmeirion,royal albert dan tah pape lagi.OHH,sungguh aku suka tengok blog masakan yang sediakan hidangan dalam pinggan yang cantik molek.
Blog yang tunjuk pinggan biasa untuk kegunaan harian dan nampak genuine pun i like.Bila pinggannya satu set lauk,nasi dan ada lak air dicelah tu.
Tetapi,tapi,tapp,tapi kan aku nih langsung takde spesis pinggan yang lawa tu.Dan pinggan idaman aku pie-rat design Caracas yang bunga oren biru tu,kan pinggan tu dah lama hidup dan semua orang dah ada kecuali aku!
ni le pie rat Caracas design

Harga dalam katalog RM399 untuk 72 pieces..still rasa mahai kot(dasar kedekut haji bakhli).
Ok,tunggu aku dapat duit shoping RM5K baru pi beli set tu,***bab pinggan kedekut ko yer?bab baju segala boleh pulak?**
Okeh disebabkan anak sulung pun dah umur 9tahun,maka dengan tak malu aku akui yang pinggan kat rumah ada sikit saja.Guna pinggan caca merba,cilok dari kampung nun dan ada sapa yang tertinggal pinggan pot luck kat opis maka  akulah tukang hangkut bawa balik semua tu.Boleh??
Gambar kat bawah ni,hanya nilah pinggan yang ada kat rumah aku,nyawa ikan dowh.
pinggan dibeli masa bujang,2 pieces saja..byk jasa pinggan nih.

pinggan beli kat kedia Apek dan yang kanan tu beli di Tesco.satu 3.90 tak silap

yang ni ada beli kat IKEA,Jusco dan Tesco.Yang kecik tu beli kat Langkawi

Pinggan Melamine ni satu set lengkap.Beli kat Idaman Suri RM99.90 kot

Yang ni beli kat Tesco

Ni pun beli kat Tesco

Tesco mari
Itu sahaja pinggan yang aku ada dirumah.Kalo orang datang pun,gunalah pinggan yang macam rojak tu..dah tuan rumah muka kuali-tebal 20 inci dan takde nak ada etiquette table bagai.Tapi sekarang nak merasa jugak makan dalam pinggan mahaii ni.Nak hidang dalam pinggan mangkuk yang cantik sikit.Taktau pasai pa,nafsu adalah kengkonon nak bersopan santun,beretika,makan beradap dalam pinggan yang proper sikit (terpengaruh dengan siri Downton Abbey la tuh).Walau tak serupa datins-datins pun(mampus kot kalo nak ikut,pinggan je dah Royal Albert).
Kalau diikutkan,Jamie Oliver dalam Jamie's Great Britain tu,dia masak dan hidang je dalam pinggan campur-campur.Takde nak ikut set itu ini,dan pinggan dia jenis besar dan bercorak..dia letak steak dalam pinggan biru,pastu salad dalam oval red colour plate..Fun dan enjoy tengok dia guna pape je pinggan tapi tu lah,dah orang melayu la kot,nak ber-set-set,bunga mesti sama,pinggan dan mangkuk lauk kena sama,hatta casserol dish pun kena sama design. Baru nampak teratur dan beretika gitu.Macam mak-mak kita dulu.Pinggan bunga kangkung pun berset-set.Rindu kot nak makan dalam pinggan zaman dulu yang ada gambar windmill biru,pastu gambar ladang gandum warna koko.Nostalgia abis.seramik yang bila lama dia retak seribu.

Untuk post ni,Gigih kot aku hangkut pinggan ni dari kabinet dan susun untuk ambil gambar,sila hargai kerajinan aku ni (ada sape suruh?)
Jadi mulai sekarang,kumpul duit beli pinggan mahal sikit.Yang jadi idaman- luminarc -,ringan dan kaca pulak.
Ada sesapa tak nak main kutu utk beli pinggan luminarc tuh?nak join,nak join jugakk..

5 comments: