Sunday, August 4, 2013

Resepi Swedish meatball untuk berbuka puasa

Resepi berbuka puasa semalam.
Senang dan kejap je dah masak.
french fries boleh ganti dengan pasta

Resepi ambil dari blog Dari Dapur Madihaa..thanks..alter sikit apa yang patut.

Resepi:

1 paket meatball 
minyak sikit untuk pan-fry.
-Panaskan kuali..masuk sedikit minyak..goreng meatball dengan api perlahan hingga agak garing.Angkat dan stimkan sekejap (bagi lembut sikit dan moist)

Sosnya :
2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam (MaDiHaA guna 1 sudu besar sos lada hitam + 1 sudu besar lada hitam yang di blend)
1 kiub pati ayam
1 sudu gula
1 kiub pati daging 

Caranya :
1. Cairkan mentega guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan (Jangan sampai garing)
2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan serbuk cukup rasa. Kacau rata dan biar sampai mendidih.




No comments:

Post a Comment