Thursday, April 21, 2016

Pattani part 1

Pattani clock tower
Hari pertama, nak cop kat border punyalah seksa. Panjang barisan nak masuk Dannok. Kat imigresen Malaysia ok je, smooth. Macam biasa treler penuh beratur nak masuk Malaysia.
Aku rasa dua jam beratur tu. Tengok mamat saleh depan aku tu selit RM10 kot kat imigresen Thai tu. Aku selit je RM1, tak kiralah duit RM dah turun ke tinggi, dari dulu memang aku bagi Rm1 je.


Perjalanan dari Sadao ke Pattani lebih kurang 2 jam jugak, dan pemeriksaan tentera jugak banyak sepanjang jalan. Pos-pos tentera ada lebih kurang 6-7 bijik jugak sepanjang jalan.

masuk sini dulu
agak sesak ptg tu

ni building baru exit dari Sadao..yang pondok kecik lama tu dah dirobohkan

lepas dah check imigrasen Thai..legaaa

pos tentera sepanjang jalan

jangan buat pasal nokk..tengok kat kampung gini pun ada cctv
pos tentera

singgah solat sini..tempat wuduk kat luar ye..terbuka dan pandai-pandailah ko nk cover
dah nak sampai bandar Pattani
Masuk je bandar Pattani, rata-rata penduduknya muslim dan bertudung.
Cakap Melayu boleh jugak sikit-sikit.
Yang paling best ia tak semahal Hat Yai atau Dannok. Prince Songkla University ni ada banyak kampus..cawangannya di Hat yai ada, Pattani, Phuket, Surat Thani dan Trang.
Prince Of Songkla ni adalah bapa kepada Raja Thailand sekarang ni. Dia yang mengasaskan universiti ni.


Main building
Dah sampai..Prince Songkhla University Pattani Campus..byk pantang larang ye kat tugu Prince Songkhla ni..antaranya tak boleh pakai pakaian merah jika nak lalu/bergambar kat sini dan kasut kena buka nak naik simen ni..colok tu sentiasa berasap dan bunga sembahyang pun sentiasa di tukar



keadaan dalam kampus

gerai-gerai

Nama kuih ni Mung Bean Candy atau Look Choop..tepung pulut dan berini kacang hijau

makan kuih ni..comel..sekali telan dah pupus


38 comments:

  1. Air dalam gambar last tu rasa apa? Grape ke?

    ReplyDelete
  2. Besau gak pattani ni eh... Ramai petani x mak? Keh keh keh
    * soklan bakal kena penampor... He he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar la..tu psl pyh nk monitor rebel..meh sini nk kasi kaki

      Delete
    2. Mak i blh tolong kalo nk lesing kan dia... ha ha ha

      #batuApi

      Delete
    3. Sampai hati mak.. Meh sini nak potong kaki tu... Babap kang! Ha Ha Ha...

      Delete
  3. Kuih dalam daun pisang tu agar2 eh mak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm kuih onde-onde sikit, tepung pulut dan inti kacang hijau..mung bean candy@look choop namanya

      Delete
  4. Boleh pulak eh masuk jalan2 dalam kampus?

    ReplyDelete
  5. mummy tak pernah masuk Thailand ni.. selalu tgk kawan2 pi tapi tulahhh kaki still tak jejak lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mumy... kita ingat nk print peta thai beso2... jijak ataih tu.. haaaa dah sampai... hihihi

      Delete
    2. Huda.. hang ni buat mummy gelak sakan pagi2..babab kang! mau??

      Delete
  6. Kalo pakai kasut pink bole posing ngan Tugu Prince tu tak.. sbb kebanyakkan kasut mummy semua colornya silau2 belaka.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...kaki kasi potong..

      Delete
    2. Alamak OKU terus posing ngan prince..keh keh keh :p

      Delete
  7. lahaii comelnya kuih tu... syg tak mak nak ngap... ? hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel tapi perut mak yg comel ni dah nazak hihi

      Delete
    2. hahahhaa... perut wajib didahulukan.. :P

      Delete


  8. Wahhh banyak nau pantang larang...

    Tak yah naik lah ... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak naik syglah..sb ni trademark dia

      Delete
  9. Tgk post army tu macam takut je mak... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..semua ada cctv..jgn buat pasal

      Delete
  10. Mak kenapa kna bg rm1 n rm10 kt imigresen tu? Kalau tak bagi kita x blh masuk ke camna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan xleh masuk..nnti kena jeling..sbg kebiasaan sb benda tu dah lama.. macam tu caranya..

      Delete
  11. peergh.. kalo CT ni sebu perut da tngk army ramai2.. cuak je rasa..

    ReplyDelete
  12. kaya org keje kat border tu..duit gaji tak usik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..tu pun buat muka ketat kat kita

      Delete
  13. Replies
    1. Dlm setengah jam lebih jgk dgn van

      Delete
  14. kuih warna kunig tu mcm jari org erk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak lomak pun sodap tau jari org tu

      Delete
  15. kuih yg panjang tu plak sekali pandang nampak mcm ko*** ohh TIDAK!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM mata dan otak biru..itu terung namanya haha

      Delete
  16. byk nye masakan kg dalam kampus tu..rasa semua nk ngap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak.. taktau nk pilih nak yg mana

      Delete