Monday, August 8, 2016

Chalet Segantang Garam Merbok Kedah

Chalet ni terletak di Merbok, Kedah. Chalet terapung dan agak terpencil kawasannya, jadi prepare sesiap kalo nak pergi semua bahan makanan, ubat dan lain-lain. Jalannya kena lalu tali air dan tepi paya bakau.
Oleh kerana aku teramatlah malas skrg nk update blog, maka aku copy info dari google ni.
Aku menginap di chalet ni semasa buat family day hari raya lepas..memang meriah dan happening..dgn ada kaum kerabat yang memancing, dapat byk jgk ikan sederhana besar dan buat bbq sekali. Cuma sesiapa yang ada pening dgn jalan atas air tu..memang tak dapek nk nolong. Aku pun lepas balik dari chalet ni rasa 'terapung' jugak sehari dua. Sb dgn ayunan air surut pasang dan angin tu buat ko terbuai-buai.

Terletak di Kampung Segantang Garam, Merbok, dekat sini, chalet berkenaan merupakan sebuah tempat percutian atau perkhemahan yang ‘terlepas daripada segala gangguan’ dan kedamaian alam yang masih terpelihara. Untuk sampai ke destinasi itu, perjalanan darat hanya 12 kilometer dari pekan Merbok menghala ke Sungai Gelam, Bujang atau 20 minit menaiki bot dari Tanjung Dawai serta 30 minit menaiki bot dari Jeti Semeling.

Kawasan percutian berkenaan memang ‘saujana mata memandang’ dengan kehijauan hutan paya bakau, Sungai Merbok serta dihiasi panorama indah berlatar belakang Gunung Jerai. Selain itu, hutan bakau tersebut memiliki 30 spesies flora di kawasan seluas 4,114 hektar yang merupakan salah satu kawasan Hutan Simpan Paya Laut yang terbesar di negara ini.

entrance
restaurant 

signage

sepanjang laluan ke chalet


ada 2 bilik satu chalet..dan aircond

ruang tamu chalet..ada tv dan agak luas

bilik kedua

dapur untuk memasak

bilik air


keluar hall ada balkoni mengadap sungai

boleh lambai orang sebelah

lepak sini..aman damai


tempat bbq disediakan..beli arang sendiri

senja yang indah


Terdapat tujuh chalet yang diapungkan atas Sungai Merbok. Dua daripada chalet ini menawarkan bilik tidur berhawa dingin, sementara satu lagi merupakan calet jenis VIP dilengkapi perabot, peralatan dapur, televisyen dan ruang santai. Dan dua chalet berkembar tanpa pendingin hawa serta empat buah bilik penginapan berasingan juga tersedia. Satu pelantar turut disediakan untuk aktiviti memancing atau riadah yang dilengkapi perabot dan dapur, sebuah dewan untuk bermesyuarat dan riadah dengan kapasiti 80 orang pada satu-satu masa. Ia dilengkapi kerusi, meja dan set karaoke.
Kadar bayaran penginapan di chalet terapung itu antara RM40 hingga RM250 satu malam manakala untuk memancing tanpa menginap dikenakan bayaran RM15 seorang tanpa had masa. Antara ikan yang banyak terdapat di sini ialah sembilang, jenahak, kerapu, senangin, gemang dan malong.
Para pengunjung yang menginap di situ boleh menjalankan pelbagai aktiviti yang disediakan pihaknya seperti aktiviti menyusuri Sungai Merbok bagi menikmati keindahan hutan paya bakau.
Pengunjung juga boleh memilih untuk memancing ke pulau-pulau berhampiran dengan perkhidmatan bot dan mengikuti lawatan ke kawasan pelancongan menarik berdekatan seperti Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Tanjung Dawai dan sebagainya.
Untuk tempahan boleh menghubungi Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok, Jalan Batu Hampar, 08400 Merbok, Kedah di talian 04-4572117 atau di talian 019-5452412 (Norazieta Othman); 012-4633526 (Mahayadin Ismail) dan 013-4708230 (Abdullah Kancil).

Maklumat lanjut mengenai chalet terapung berkenaan juga boleh didapati menerusi laman web www.chaletterapung.weebly.com atau laman web sosial Facebook/Chalet Terapung.

13 comments:

  1. Chalet terapung di kg Segantang Garam...byk nye garam heheheh

    ReplyDelete
  2. besarnya chalet tu..boleh bawak family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sgt..main masak-masak dan mancing

      Delete
  3. best lah leh memancing tapi tak best kalau tgh pancing dpt ikan lumba2 ;p

    ReplyDelete
  4. Hah ni lah chalet yg mummy nak booking aritu.. tp disebabkan jauh dr town terus cancel.. sob sobsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo semalam ok je mummy..beli brg sesiap..kedai runcit pun ada dkt sini

      Delete
  5. Bestnya .. nyaman je nampak dlm gamboo , belum lagi tido situ.. oh mummy jeles!

    ReplyDelete
  6. pernah plan dengan DediS nak datang sini last year.. hajat tak kesampaian..
    T.T sepatutnya plan lebih awal.. huurm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh plan lg ni..next year ;)

      Delete
    2. Alfatihah..hjat Dedi tak kesampaian..kita hanya mampu merancang

      Delete