Restoren Redhza Bukit Kayu Hitam

Berkesempatan berbuka kat restoren Redhza Bukit Kayu Hitam hari tu.
Restoren ni kira popularlah area sini, menyajikan masakan Thai. Terletak dekat masjid Bukit Kayu Hitam dan tempat driver-driver treler lepak lepas masuk/keluar dari Danok.
Jika nak kesana, sampai simpang empat balai bomba tu (sblm UPP checkpoint) amik kiri. Terus je, jumpa masjid dan lepas tu jumpa simpang belok kiri.
Sebelum ni aku selalu jugak makan kat sini, siakap stim sedap, tom yam pun syok. Tapi ini dah agak lama tak singgah, teringin jugak bulan posa ni nak berbuka sini.

Menu yang order simple je, sebab bersederhana katakan..jadi makan ala kadar je okeh.
Menu yang di order adalah:
- Nasi putih
- Tom Yam Campur
- Som Tam mangga
- Siakap 3 rasa
- Kailan Ikan masin
- Telur bungkus
- Jeli Kelapa
- Jus tembikai

ini restorennya..dalam deretan rumah kedai yg agak usang

dalam restoren
daging bakar, pulut durian (Rm8 satu set) dan manisan pantai timur pun ada

ini menu nya

tom yam campur..dah kurang sedap berbanding dulu

Som tam mangga bolehlah...

telur bungkus dan kurma

siakap tiga rasa..kecik ikannya dan rasanya biasa je
kailan ikan masin paling sedap antara semua
jeli kelapa memang sedap..Rm10 satu..boleh share
jom berbuka..dah licin
Bagi aku, makanan kat sini dah kurang sedap berbanding dulu. Harga untuk 4 set hidang (satu hidang dlm 4 org mkn) adalah Rm450. Mahal tak?? Siakap tiga rasa kurang rasa dan kecik ikannya serta tom yam mengecewakan. Tapi bolehlah..rezeki jugak.

Jika nak tempah call nombor restorennya- 04-922 1592/ 016 4506419

23 comments:

  1. Bersederhana katanya... He he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sederhana la tu..takde udang, sotong dan ketam hehe

      Delete
  2. Jelly kelapa dalam kelapa? Banyak tuhhh...

    ReplyDelete
  3. Mesti perut mak naik seinci kan lepas makan... Keh keh keh...
    * komen carik gadoh...

    ReplyDelete
  4. biasa tu kalo kedai2 makan.. cabaran adalah untuk kekalkan rasa yang sedap hehe..

    ReplyDelete
  5. lama sangat dah CT tak pergi Bukit Kayu Hitam.. dulu time kecik2 selalu gak pegi sebab ada sepupu mak duduk sana.. dah pindah kami pun xdak reason nak pegi..

    ReplyDelete
  6. adehlah...order byk gitew ala kadar katanya ;p

    ReplyDelete
  7. tom yam campur tu tgk pun dah tahu x sedap..tom yam Salma Restoran jgk terbaik ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tom yam thai mana boleh lwn dgn tom yam malaysia hehe

      Delete
  8. mak aih!!!! RM450 utk 4 org mkn..ni rate hotel ke apa baik berbuka kat hotel je...MAHAL!!! pangkah kedai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo Jm pi dia bg murah kot..tmbh tgk kamera besar

      Delete
  9. kalau RM100 utk 4 org mkn menu cenggitu still mahal tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rega ikan mahal katanya..duit kita jatuh hehe

      Delete
  10. Tudiaaa... penuh meja.. makkk makan sorang ka.. keh keh keh :p

    ReplyDelete