Monday, October 31, 2016

Caj perkhidmatan penumpang airport KLIA dan klia2 yang baru pada 2017


MAVCOM umum kadar baru Caj Perkhidmatan Penumpang

MAVCOM umum kadar baru Caj Perkhidmatan Penumpang
Gambar fail: Foto diambil pada 11 Disember 2014 menunjukkan seorang pelancong sedang melihat papan maklumat di KLIA. - Foto AFP
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) memperkenalkan caj perkhidmatan penumpang (PSC- passenger service charge)
yang baharu dan lebih rendah untuk penerbangan ASEAN.

Bermula 1 Januari 2017, PSC akan dikurangkan daripada RM65 kepada RM35 untuk setiap penumpang dalam penerbangan ke mana-mana destinasi ASEAN dari semua lapangan terbang utama di Malaysia.

Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN yang memperkenalkan kategori PSC ASEAN dan pengenalan ini dijangka akan meningkatkan pergerakan trafik keluar dan masuk dari negara-negara serantau.

Dalam masa yang sama, MAVCOM akan mengambil langkah secara berperingkat untuk menyelaraskan kadar PSC di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dalam usaha menggalakkan persaingan.

Secara permulaan, PSC ke destinasi domestik dan ASEAN akan sama rata di KLIA dan klia2, di mana PSC di kedua-dua terminal dipinda kepada RM11 bagi penerbangan domestik dan RM35 bagi penerbangan ASEAN.

Bagi penerbangan antarabangsa (kecuali ASEAN) pula, kadar PSC semasa di KLIA dan klia2 adalah RM65 dan RM32. Ia akan dipinda kepada RM73 dan RM50.

ASEAN dari semua lapangan terbang utama Malaysia
PSC Semasa dan baharu

Kedua-dua pindaan akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017 dan hanya akan dikenakan kepada tiket yang dikeluarkan pada dan selepas tarikh tersebut.

Tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Januari 2017 tidak dikenakan kadar baharu walaupun tarikh penerbangan dijadualkan pada atau selepas 1 Januari 2017.

Menurut MAVCOM, caj lapangan terbang penumpang di Malaysia kekal antara yang terendah di peringkat serantau dan global walaupun selepas pindaan dilaksanakan.
Dalam pada itu, MAVCOM berkata semakan terhadap PSC akan dilaksanakan dalam masa setahun dengan tujuan untuk penyamarataan kadar PSC yang lengkap.

Kali terakhir PSC disemak adalah pada 15 September 2011.

di petik dari http://www.astroawani.com/berita-bisnes/mavcom-umum-kadar-baru-caj-perkhidmatan-penumpang-121055
_______________________________________________________________________

~ Passanger service charge adalah airport tax, yang dikutip oleh syarikat penerbangan kepada setiap penumpang dan sebab itulah sebelum ini Air Asia buat rayuan untuk batal cadangan naikkan cukai lapangan terbang kat sini sebab tiket flight akan jadi lebih mahal.

~ bak kata orang yang dengki kat geng travel ni, sebelum ko pergi labur duit kat China, Vietnam dan Bandung nun, ko labur la dulu kat negara sendiri. Bayor cukai airport, cukai penumpang tu dan segala benda barulah pi soping kat tempat lain. Masalahnya den dah ponat bayar segala mak nenek cukai tu dan harga barang dalam negara tak semurah Vietnam/Indonesia atau obersi pun! 

Wednesday, October 26, 2016

Review buku Travelog MR. Traveller

ini bukunya

Travelog yang bertagline '' Dengan lafaz Basmalah aku menjelajah'' ini sebenarnya dah agak lama diterbitkan. Tahun 2015. Ditulis oleh Meor Farid Asyradi.

Buku ni sebenarnya dicita-citakan nak membaca semasa sedang bermusafir. Tapi tak tercapai hajat tu..jadi aku sudahkan buku ni baru-baru ni. Masa mengembara ni jika diikutkan..baru la boleh baca penuh tumpuan- semasa tunggu flight boarding, semasa tido dilantai stesen bas dan semasa jadi homeless. Kalo hari-hari biasa tu sukar sikit sebab rutin sentiasa penuh.

''Travelog Mr. Traveller adalah sebuah catatan pengembaraan nekad seorang mahasiswa menaiki kereta api seorang diri mengelilingi benua Eropah. Menempuh hampir 10,000 kilometer perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. 50 buah kereta api digunakan.''

Wednesday, October 5, 2016

Nusantara produk gamat Langkawi

Syarikat Nusantara Gamat yang beralamat di Lot 3042, Kg Mata Ayer, Jalan Bayas, Mukim Ulu Melaka, Langkawi ni jadi jadi acara wajib rombongan Cik Kiah ke pulau Lagenda.
Banyak produk dari gamat yang di hasilkan seperti Kapsul, minyak, ubat sapu, sabun, bam, pil, krim sabun dan pelbagai lagi.
 Di sini ada kafe, tandas, surau dan kedai jualan gamat. Kalo singgah solat pun senang.

Ini adalah entry lama dalam draf so aku publish je lah janji blog tak bersawang khen??

kedainya