Daftar si bongsu di UiTM Bertam dan menginap di Inapan Taman Herba

 Salam semua..bermulalah musim anak-anak mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia.

Kita pun tak terkecuali..menghantar si bongsu kt Uitm melanjutkan pengajian diploma nya.

Cantik Uitm Bertam..baru dan terjaga.

Malam tu check-in di Inapan Herba Kepala Batas..cantik tempat ni sebab ada taman herba dan bilik pn luas. 

Walau dekat je dari Kedah, tetaplah anak-anak nak check-in macam sblm ni menghantar Eldest ke IPG Tuanku Bainun Bukit Mertajam.

Best duduk sini dan tak sesak..dekat dengan semua kemudahan di tengah bandar Bertam Perdana.

Book thru Booking.com dan kadar RM80 untuk bilik standard.

Alhamdulillah..syukur dengan anak-anak yang baik, rajin, sihat walafiat,bijak dan semuanya berkat pertolongan Allah s.w.t. Semoga anak-anak kita dilindungi dan berjaya dunia akhirat.

Untuk post blogspot skrg ni, memmang blog ni susah sikit..picture lmbt upload pastu nk susun susah..so kita post berterabur pn ada.

Inapan Taman Herba Bertam

Lobi dan reception..ada perkihdmatan mengurut semua kat sini

Cantik, comel kemas tempat menginap ni

Peneman setia

Luar reception

Inapan Taman Herba mempunyai penginapan di Kepala Batas. Mempunyai taman, inn 3-bintang ini mempunyai bilik berhawa-dingin dengan WiFi percuma, setiap satu dengan bilik mandi peribadi. Inn ini mempunyai bilik keluarga. Semua bilik di Inapan Taman Herba dilengkapi dengan kawasan tempat duduk. Setiap bilik mempunyai almari pakaian dan TV skrin rata, dan beberapa bilik di tempat penginapan ini mempunyai balkoni.

Bilik luas dan bersih..rate RM80/night

Katil single twin

Toilet bersih

Puas hati walaupn bilik murah je

Si bongsu nak meninggalkan rumah

Untuk ke Uitm

Sempat main dengan kucing

Manja ni

Ke Bertam Perdana

Selamat datang ke Uitm Bertam

Mendaftar

Dekat kafe kolej

Ada 2 blok setiap satu untuk siswa/ siswi di Kolej Al-Zahrawi

10 tingkat apartment

ni biliknya

Katil tepi tingkap

Apartment style

Bathroom/toilet

Dia tak bg ibu mengemas..nk kemas sendiri

Semoga yg terbaik untukmu anak

Uitm alma mater ibu jugak..ibu ex ITM Dungun (1996-1998)

Kalo gi Bertam kena makan Nasi Kerabu Kak Wan ni..sedap teruks
Kita tapau je..ni dengan daging bakar

Balik Changlun lalu jalan Pinang Tunggal sebab nak singgah SP

Dinner makan tandoori nan ni..sedap

Dengan Beriani
for memories

one more

collage

Coretan kakaknya untuk si adik..buat ibu lagi sebak..semoga yang terbaik untukmu anak..belajar elok-elok, jaga diri dan sentiasa ingat Allah..doa ibu sentiasa mengiringimu demi sebuah kejayaan. Demi masa depan. Semoga berjaya dunia akhirat. anak-anakku.
Masuk bilik dia tengok kosong tu terasa sangat..ank yang baik, mendengar kata, manja dan selalu menolong.

Pagi tu breakfast nasi lemak beli kt Kolej Komuniti

Bakso beli di kolej komuniti Rm6..sedapp

Diorg buat Hari Keusahawanan dan ada ferai jualan..pandai student masak, sedap murah

Scone pemberian bff ank sulung yang posting dekat sini je..sedih nk berpisah diorg dh berjauhan

No comments:

Post a Comment