Beza Hari Raya Aidilfitri orang Utara dan Selatan



Beza raya Utara Selatan:
Hari Raya Aidilfitri disambut oleh semua tapi beza suasananya sangatlah ketara. (oii berpantun bagai tetiba,pehal?)
Ni ada sedikit info berkaitan pemerhatian aku antara raya di utara dan raya diselatan:
Cakap pasal orang Melaka ni, satu pekara aku cukup respek pada mereka ni,mereka ni bersungguh dalam sesuatu pekara.
Kami beraya di Melaka tahun ni dan raya kedua dah balik kedah kerana ada orang kena kerja.


 Gambar raya adalah privacy..hehe blogger tak suka publisiti.

 OKeh,kita sambung topik raya..beza raya di negeri sebelah utara dan negeri belah selatan Malaysia.

saja letak pic mamat ni,i like the hairdo,rugged gitu

1. Kalau Hari Raya gaya Melaka, peh cukup dengan songkok, sampin,segak dan lengkap butang baju melayunya. Pakai baju raya sampai malam- selagi tak habis beraya. Raya kedua pun semangat lagi pi beraya, pakai baju melayu dan tuan rumah pun tak  kisah sambut tetamu. Yang makcik-makcik,mak orang bab melaram, hebat.Anak dara lagilah, lip lap lip lap kata orang. Tu pasal baju raya kena ada at least 3 pasang. Tak kesah nak kacau rendang dan pi refill makanan dengan baju manik-manik yang beratnya saja dah 10kg. Belum lagi dengan kisah tudung- yang ala Yunanya, ala Najwa Latiff nya, ala Hana Tajimanya..haihhhh.
Rumah terbuka kebanyakan akan buat selepas raya untuk bos dan kawan-kawan. Memang semua orang buat satu hari untuk kawan-kawan dan sedara selain hari raya pertama tu. Menunya-nasi impit,kuah kacang,rendang dan lodeh campur sikit dengan mi kari ke, nasi ke.
Kalau belah Kedah? pi solat sunat Aidilfitri pun pakai baju Melayu baru dengan kain pelikat (kalo dah berusia takpe,ni muda dan segak lagi) ke masjid. Pastu depa suka pakai kopiah bukan songkok ,jadi dah macam orang tua-tua gitu. Padahal lelaki kedahlah yang banyak handsome..saja gateiii low-profile.(tu pasal gua tersangkut org melaka jugak)
Jangan cakap lah bila tengahari raya pertama pun,memasing dah tukar seluar jean dan t-shirt. Tak semangat raya langsung.
Yang orang kedah ni, bila dah jadi makcik,jadi mak orang malas dah nak beraya bagai. Pakai baju ala kadar, yang lagi rilek ada yang pakai baju kedah dengan kain batik je pada hari raya pertama. Alasan-senang nak layan tetamu,kotor pun tak kisah baju murah jek lagipun anak dok bagi tumpah segala kena baju raya yang mahal nanti.
Raya kedua dah melepak dirumah, tido dan dah takde mood raya. Rumah terbuka tak ramai buat lepas raya. Hang nak mai raya,mai masa raya pertama! kalo tak,kuih pape semua dah abis. Menu raya belah utara-ketupat pulut, kari daging pekat (depa kata rendang), kuih dan adalah mi ke, laksa ke, mihun sup ke. Laksa paling popular sampai bahan laksa boleh habis sekelip mata di kedai runcit dalam sesebuah kampung tu (penah terkena)..adoi, sehari pi beraya, mau kena makan laksa 7,8 pinggan..


2. Pastu orang selatan ni hubungan kekeluargaan dia tersangatlah eratnya, sepupu jauh, dekat,bau bacang pun dia masih kenal dan pi melawat time raya, siap konvoi 10 biji kereta pi raya,*pengsan tuan rumah*. Pastu cium tangan tak kira jauh ke dekat, semua kena cium walau dah tak mahram lagi. Kalo sama jenis cium tangan siap muah-muah cam datins lagi. peluk bebetul sampai sesak nafas.effect kena lebih. Kalo cakap orang dok sekilometer pun dengar.
Orang Kedah?tangan kak ipar pun ada yang salam je, tak cium pun. Kalo dengan lelaki tak berapa dekat dia langsung tak salam, haram katanya. Malu kucing gitu. Pastu jumpa buat cam malu-malu, bisik-bisik kat dapur.

3. Gaduh time raya-yang ni aku dah penah kena. Kita ni orang utara, bila tengok orang Melaka gaduh, mak aiii dengan keluar lahabaunya, lahanatnya, sial dan macam-macam lagi perkataan kasar serupa nak berparang time tu gak. Kita pun kesian dan nak cool down, leraikan mereka. Tapi mangkuk ni gaduh rupanya effect je lebih, nangis bagai pastu dah berbaik. Hangin aku. Jadi, perkataan mereka mungkin kasar pada kita, terasa ulu hati tapi itulah adat mereka. Takde maknanya  papepun perkataan tu,tak jadi kudis. Maki-makian dan sumpah seranah adalah cara gurau senda.
Kalau orang utara gaduh..tengok cam rilek je, gaduh sikit dan perkataan yang taklah begitu bisa. Tapi,mampus ko pastu dia dah tak bercakap dan bertegur sampai 10 tahun. Makan dalam beb, dendam dalam diam. Tu pasal Pak Long dan Pak Ngah gaduh pasal tanah sampai anak-anak pun langsung tak kenal sedara.  Kadang orang utara ni aku perasan, dengan adik beradik jauh pun buat cam takde hubungan pape. Seolah takde darah yang sama. Padahal tinggal satu kampung(pendapat peribadi).

4. Kalo bulan posa kat selatan, pukul 3pagi budak-budak dah stat pukul gendang untuk kejutkan orang bangun sahur. Aku yang tengah lena diulit air liur basi  mimpi pun terkejut sakit jantung. Kalo raya ada geng bertakbir raya rumah ke rumah.
Kat belah utara? suka hati ko lah nak bangun ke tak, dah jam abis bateri tepuk la bantal 4 kali harap-harap berkesan. (berkesan dowh petua ni-aku dah buat byk kali.tepuk bantal ikut pukul bape nak bangun, kalo kul 6, tepuk 6kali sambil niat dalam hati dan cakap. Ya Allah,semoga aku terjaga pagi esok kul 6 pagi). Jadi meriahkan belah-belah selatan ni bila puasa dan raya?


5. Kalau kenduri kahwin? Orang melaka, Johor paling meriah.Dengan bunga api bagai, baju 6,7 pasang, usung tandu cam anak raja, tol nak bersanding segala..hebat,meriah dan masih pegang pada adat.
Kalo orang kedah? cukup sekadar ada bilik yang ditukar langsir dan cadar pengantin(satin tu). Pastu pengantin ambil gambar atas katil, dalam bilik posing. Yep, cerita betul dan tak tipu. Orang kedah lebih bersederhana dan low-profile biarpun dalam hati meronta nak wat kenduri cam artis yang sanding bagai.
Mungkin ada dikalangan pengantin sebelah Kedah yang dah buat jugak style sanding-sanding nih.
Bab berendoi(cukur rambut anak) dan lain-lain pun orang Selatan lebih advance. Yang kenduri bertunang pun,dah serupa cam kenduri kahwin ramainya. Kalo kat kedah, bertunang cam kenduri adik-beradik jek.
Selagi tak kahwin, jangan ko heboh cam dah dapat lesen besar yer! Orang tua lak bagi warning, nanti kenduri buat sederhana dah le, itu semua dunia semata!

*pendapat peribadi atas pemerhatian, tak melibatkan individu sama ada yang hidup atau yang telah mati.

2 comments:

  1. Lain tempat lain caranya, orang selatan nak kenduri, sambut raya meriah tak kesesudah, itu hal mereka. Orang utara nak raya biasa biasa saja, nak kenduir secara sederhana, itu hal mereka. Adat orang utara , kalau kenduri tak perlu nak berpelamin, meriah tak ketahuan puncha. Ada orang selatan, mesti kena meriah. Masing

    ReplyDelete
  2. Bukan semua org utara camtu. Ade gak yg raya sampai sebulan. Cuma org Utara ni budaya melayu dia low profile sikit. Sbp mereka banyak gantikan budaya Melayu dgn budaya Islam. Yg bergaduh x bertego sepuluh tahun tu ntahlah.. x sure.

    ReplyDelete