Valve cover gasket - RM55
Brake switch - RM38
Brake pads (FR) - RM85
Timing belt set (belt,timing bearing,fan belt (6pk 1677) dan upah - RM450.
Dijangka hayat untuk tahan hingga 80,000km.
Camber-sebiji RM35,4biji RM140.(jika kereta berbunyi seperti brek haus tapi anda baru tukar brake pad,maka kena tukar camber.Ini jika tak tukar akan menyebabkan tayar makan dalam dan sanggupkah kita kena tukar tayar selalu?)
camber tu skru yang melintangdlm pic-images google |
~TIMING BELT
Adalah mustahak timing belt ditukar setiap60,000km (jenis proton standard, original protonparts) .. kalau anda pakai jenis Mitsubishi boleh tahan sampai 100,000km (hati-hati, kat kedaisparepart ada jual timing belt jenisMitsuboshi (brand tiruan @ cap ayam).. sekiranya timing belt enjin kereta anda kena air.. kena minyak enjin dgn banyak yg meresap melalui celah enjin (gasket enjin dah bocor), maka disarankan anda terus tukar timing belt kerana ketahanan getah tali ‘timing belt’ ini sudah berkurangan (tear & wear)..
Catatkan bacaan odometer reading di dashboard kereta anda supaya anda tahu bilakah perlu dilakukan pertukaran timing belt seterusnya. Contohnya sekiranya ‘clock’ odometer reading kereta anda mencatat kereta anda telah berjalan sejauh 165,433km maka pertukaran timing belt seterusnya perlu dilakukan apabila bacaan odometer kereta anda mencecah 225,433km.
Kegagalan untuk menukar timing belt pada masa yg disyorkan oleh mekanik boleh menyebabkan ianya putus di tengah jalan (apa lagi piston akan jammed, rod akan bengkok atau patah, blok enjin akan calar atau pecah...) duit anda akan terbang ratus2.. kena overhaul la jawabnya.. (kos baik pulih enjin kancil jika timing belt putus RM600++, Opel frontera RM2000 ++ (kos tukar timing belt Opel frontera ni baru RM400..)
~info dari blog tipspenjagaankereta.blogspot.com/2010/05/servis-kereta.html
Ini adalah bagi kereta Gen2 yang leaking minyak enjin dan gasket bocor.Jadi minyak hitam dah masuk ke bahagian belting.Harga boleh dapat lagi murah jika beli sparepart dikedai dan bawa kebengkel untuk pasang.Jadi bengkel cuma caj upah sahaja.
Disaran tukar minyak gearbox auto setiap 20,000km (aku guna 4liter jenama Nasa=1 liter RM18 sebotol jadi RM72) dan tukar minyak enjin semi-sintetik (Shell helix dalam RM90) bagi setiap 5,000km
Bagi tayar paling murah adalah Sime Tyres yang berharga RM160 sebiji.Tukar 4 biji RM640.00.Bising sikit dan berdengung..nak senyap beli la tayar mahal cam michelin.(dulu Gen2 guna RON97,senyap jek..)
Jadi beli kereta bukan untuk fikir pasal bayar bulanan sahaja tapi kena kira kos penyenggaraan,kos petrol dan kos insurans+roadtax dan kos kecemasan.Maka dengan itu jika tiada pokok duit 40batang yang boleh beranak pinak di belakang rumah,janganlah dok berangan nak pakai CRV ok.
Overall,kereta Gen2 ni tak banyak masalah biarpun beli secondhand.Aku buat pembaikan bila sparepart dah rosak/perlu ganti sahaja.Tak habis pun lagi 3K untuk repair.. jangan takut nak beli Proton car.Lasak,murah dan senang cari alatganti.Gen2 ni dah pergi merata-rata tapi masih steady biarpun dah 8tahun.
Hidup Proton...- berangan nak pakai Preve' pulak lah..lawa tu dan mantap.(sudahhh,hutang bertampuk-tampuk ada hati nak tukar keta)
idaman hati-- |
Setuju...saya pun guna Gen2 2ndhand. Dah 6 tahun pun. Rosak sini-sana itu biasa. Tapi tak pernah lagi kena tahap mega (nauzubillah). Yang penting time tukar alatganti guna yang ori. Sama juga minyak itam. Masih maintain guna shell kuning.
ReplyDeleteklu nk tukar timing belt, apekah alatganti yg perlu dibeli? cth timing belt.. lg ?? sbb nk sruh budak bengkel buat...
ReplyDeleteBeli je timing belt set,dlm tu dh ada bearing dll.kecuali masa nk pasang tu ada sparepart len kena ganti,maka baru beli.
ReplyDelete