Di hentian ini bersama bayang menjelma
Kau nyalakan cinta terbakar jiwa yang begini
Kau curahkan rasa hanyut dilautan api
Sedang aku berkelana..pahit manis aku rindu
Hingga aku diasyikkan sejuta mimpi sebuah mahligai impian
Akan ku turuti walaupun aku tak tahu lagi kemana arahnya''
Pengembara..sudahkah anda tiba ke destinasi yang ingin di tujui?
Musafir dunia, sudahkan anda tiba di tempat persinggahan setelah penat berkelana?
Wahai manusia, wahai pengembara dalam hidup sendiri, telah sampaikah anda ke perhentian yang di rasakan seakan abadi?
Atau masihkah mencari-cari suatu yang tak pasti?
Dan adakah sedang kita merasakan ia adalah destinasi selamanya,rupa-rupanya ia sebenarnya hanya persinggahan cuma? betapa berat kaki melangkah..betapa hati masih terpaku disitu, takdir telah menentukan kita harus pergi. Tempatmu bukan disitu.
Ketika jiwa terawang memujuk hati, ketika air mata seumpama telaga..kuat lagikah kita melangkah pergi?
Bertahan lagikah derap tapak kaki mengheret diri?
Ya, ada manusia memang ditakdirkan sebatang kara sepanjang lorong hidupnya.
Sebatang kara tanpa tunjang yang boleh menguatkannya. Tiada beribu,tiada berayah.
Ada manusia tak pernah biasa disayangi sedalam-dalamnya.
Ada manusia yang perlu mengharungi segala kegilaannya seorang diri.
Ada insan yang terpaksa merasakan semua pahit getir hatinya sendiri, terpaksa menelan semua kepayahan kerana ia ditakdirkan ia akan hidup sebatang kara. Pengembaraan hidup berseorangan demi kelangsungan hari-hari yang menjelma kian lama mencengkam.
Kesunyian dalam hati yang hanya mungkin terubat seketika ketika mengembara.
Kepedihan yang sedikit lega kala berkelana dibumi asing.
Atau adakah ia sekadar pelarian kepada belenggu yang merantai jiwa lara?
Nothing lasts forever..and we both heart can change.
No comments:
Post a Comment