images google |
Bagi yang teringin nak backpack ke Kashmir, ini ada sedikit panduan untuk anggarkan kos kesana.
Kos yang aku bentang ni adalah untuk seorang traveler (tapi travel berdua)dan jenis backpack. Ianya bajet..tapi masih selesa untuk sesekali sewa kereta dan tinggal semalam di Houseboat yang mewah. Anggaran ni untuk sepuluh hari pengembaraan termasuk waktu perjalanan.
Jika pergi travel berdua. kos menginap dibayar kongsi, begitu juga sewa kereta, jadi memang lebih jimat disitu.
Dari segi makanan pun, kami dikira masih mewah dimana boleh makan direstoren pelancong dan sesekali makan bubur segera/maggi dari Malaysia.
Tetapi memang beratlah sikit bila usung backpacker bag tu kesana-kemari untuk berjimat. Kami banyak juga berjalan untuk jimat kos teksi, tapi memandangkan disini ada auto, naik auto pun masih jimat lagi. Ini anggaran kasar ok, yang mana lebih kurang seringgit dua tu aku genapkan je.
Dan itenary di India selama 10 hari yang mana 7 hari di Jammu dan Kashmir. 3 hari di Kolkata.
keindahan Pahalgam |
Cuaca masih sejuk terutama di kawasan pergunungan iaitu Pahalgam dan Gulmarg. Masih bersalji.
Day 1- Night in Kolkata
KL - Kolkata (tido di airport Kolkatta untuk catch flight pagi esok ke Srinagar)
Day 2- 5 (3 days 2 night in Pahalgam)
Kolkata - New Delhi- Srinagar (4 jam)
Srinagar ke Pahalgam (3 jam dengan prepaid kupon taxi)
Menginap di Pahalgam Beach House - 3 hari 2 malam
Pahalgam sighseeing, shoping dll
Baisaran Peak tour - naik poney
Lidder River
Day 5-6 ( 6 days 5 nights in Srinagar)
Check-out dari Pahalgam
Pahalgam - Anantag - Srinagar (naik sumo tata)
Tour ke Shalimar Garden, Tulip Garden
Check in hotel di Rajbagh, Srinagar (3 hari 2 malam)
Tour ke Gulmarg -whole day main ski
Day 7 (Dal Lake Srinagar)
Check-out Rajbagh hotel, check in di House boat di Dal Lake (2 hari 1 malam)
Dal Lake boat tour, shikara ride
Day 8 ( Srinagar)
Check-out House boat, check in Hamburg Hotel di Boulevard Road Srinagar (2 hari 1 malam)
Pari Mahal Tour
Hazratbal shire dan Jamia mosque
Day 9-10
Check-out Hamburg Hotel
Flight Srinagar - New Delhi - Kolkata
Bermalam di Kolkata (sudder street utk 3 hari 2 malam)
New market
Kolkata Tour
Dan kos adalah seperti berikut:
Kos penerbangan- RM1800
Kos penginapan,makan dan lain-lain- RM1000
Visa- RM200
Jumlah keseluruhan= RM3000
kos purata penginapan semalam- Rs800 (rm40)
Kos purata makan seorang- Rs100-200 (rm5-10)
Kos pengangkutan- auto rs50 (rm3) untuk 1-2 km
Houseboat- Rs1000-2000 (rm50-100)
Shikara ride- Rs300 sejam (rm16)
Pengangkutan:
Taxi kupon from Srinagar to Pahalgam 96km =Rs2100 (rm116) ,one way
Sumo Tata share Srinagar- Anantnag- Pahalgam 57km = Rs300 (rm16) ,one way
Kereta sewa Srinagar-Gulmarg = Rs1500-2000 (rm80-110)
Jumlah kesemua hanya RM3000. Aku tukar duit RM1400, dapat Rupees 24,000.
Dan aku spend untuk souvenir lebih kurang Rm500. jadi aku guna untuk belanja disana hanya Rm500 jek.
So kalo tukar Rm1000 pun dah cukup buat belanja 10 hari disana. Sebab bila pool duit dengan travelmate, poolkan sebanyak IND rupees10,000 (rm550), memang dah cukup.
Ingat, kos penerbangan tu jika tempah awal boleh dapat murah lagi,mungkin sampai Rm1400 (AirAsia, Indigo Airlines) menerusi connecting flight. Aku tempah melalui website http://www.makemytrip.com/
Dan jika anda backpacker tegar yang betul-betul bajet, maka mungkin belanja anda disana hanya Rm500. Bila anda sanggup naik bas,makan makanan segera dan sekadar alas perut.
Kos penginapan disini hanya dalam Rm40 saja..cari kawasan yang bukan tourist spot..,Rajbagh area is good choice..masih dalam bandar. Dan untuk masuk ke taman, tempat bersejarah disini masih dikira murah.
Makan berdua direstoren selalunya bil dalam rupees 300-400 (rm15-22). Kalau rs500 tu (rm27) tu kira dah mewah,siap beriani (big portion, boleh tapau utk dinner) dan air segala. Memang puas hati. Malah kami masa nak balik tu,ehh pesal duit banyak lagi ni?? Cuma ko jangan la baik hati sangat takde tawar menawar langsung. Sebab biasalah bila depa tengok kita orang luar,mula la nak sembelih tapi kita bargain la sikit dari segi pengangkutan,penginapan dan cenderahati.
tu yang pergi perabis beli cenderahati. India masih murah..boleh kalo nak travel lelama pun sebab kos hotel masih rendah.
Yang mana risau soal keselamatan tu,jangan ragu-ragu. Kashmir selamat, ramai tentera yang berjaga juga beerti orang takut nak buat jenayah. Ramai yang datang bawa family kesini.
So, jika nak pergi, teruskan niat tu. Dimana pun kita berada kalau sentiasa alert dan berhati-hati,insyallah.
Update: AA dah buat flight KL-Delhi..jadi takyah turun Kolkata dah..direct terus ke Delhi.
thanks for nice entry and info....rasa mcm na pegi sana January end tp sgt sejuk time tuh....huhu
ReplyDeleteaza nak tanya..bulan berapa best nak g kashmir?
ReplyDeleteKalau nak rasa salji,elok pi feb atau march..
DeleteNk cantik pi musim panas-may-july sb bunga n rumput semua cantik di lereng bukit
Kalau pendapat saya,elok pi masa march,dapat rasa salji dan boleh tengok tulip sedang nak kembang.
Maklumlah jakun salji katakan.Pastu nak travel n jalan kaki pun best sebab cuaca dingin dan tak panas
salam. sy ingin ke kashmir xlama lg. sy perlukan detail trip ke sane. kalau xkeberatan.. bole awk contact sy melalui email? inazamalina@gmail.com thanks.
ReplyDeleteSalam bro. Nak tanya ni. Saya ada masa hanya dari akhir Nov hingga habis Disember. Masa tu musim apa ya disana? Kalau musim panas katanya berdebu dan kotor kalau ke India. Betul ke tu?
ReplyDeleteWkslm,
DeleteMasa tu musim luruh kat sana..dan agak sejuk. Check here:
http://www.bharatonline.com/kashmir/travel-tips/weather.html
This comment has been removed by the author.
DeleteKalau planning pegi seminggu boleh suggest tak tempat yg paling tak boleh missed out... Sy ada try send email dkat azalea_11@yahoo.com tp fail.. Hahahha thanks
DeletePahalgam, Sonamarg, Gulmarg dan segala taman-taman tulip tu..serta houseboat. Maybe dah lama tak buka kot email tu hehe
DeleteThanks kalo nak mintak email address boleh x? Mcm nak tanya byk benda ja ni heheh ni email saya norkhalilah_akarim@yahoo.com
ReplyDeleteDah email..
DeleteAssalamualaikum, saya plan nk pg kashmir dlm may tahun depan 2016. ade beberapa nk tanya especially visa, airport dan itinerary. ni email saya. yeeh4@yahoo.com
ReplyDelete-ikmal-
Nanti saya email
Deleteassalamualaikum..
ReplyDeletesaya berminat nak ke kashmir..untuk 5/6 hari perjalanan. tempat mana yang best..nanti email saya,mohdsharifibrahim@gmail.com
terima kasih...
tempat sy seperti yg itenary kt ats tu
DeleteBoleh Sy dapat itinerary jugak
ReplyDeleteMy emel : noor_asila@yahoo.com
Itenary seperti kt ats
DeleteSaya nk pergi ke kashmir. Nk mntk nasihat sedikit. Boleh email saya hafezfinger1995@gmail.com
ReplyDeletennti sy email
Deleteemail saya dekat aminul_rashid93@yahoo.com atau whatapps saya kat no 01111581689... saya nk tau dari pergi sampai balik sbb saya nk g dengan kwan ... untuk backpacker...please bantu saya
ReplyDeleteok nanti sy email
Deletesalam sis,,
ReplyDeletepegi berdua perempuan xbahaya ke?
Sis, kalau pergi bulan 4 musim apa ya??
ReplyDeleteMusim bunga..so far rasa selamat utk perempuan travel sana..keep alert dan be a smart traveler
DeleteSalam, nak tanya lah.
ReplyDeleteKos keseluruhan RM3000 tu untuk 2 orang atau seorang ?
dan kalau pergi pada bulan July-Ogos agak2x masa tu sedang musim apa ye ? ;)
Wkslm..rm3000 tu utk sorg sb tiket flight dh rm1800. July-ogos tu musim panas
Deletenice post. one day insyaAllah akan jejak kaki ke Kashmir :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya nak ke kmir bulan Mac. Ada tak check list keperluan pakaian sbb nampak Ada salji lepas tu nak ke Delhi panas pulak....keperluan yg paling minima. Kasut yg sesuai terutamanya.....tq.
ReplyDeleteEmail akak harlinadahalan68@gmail .com. Nak sembang petua pi khasmir Delhi Agra ...bulan Mac nanti
ReplyDeleteWkslm, keperluan pakaian bawak winter jacket jgk, sb masih sejuk bulan Mac, kasut kalau boleh bwk boot atau sneakers
DeleteThanks for sharing the really nice information .
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesuch a nice Post and Nice information we really like this. we are also from mysore has a travel agent we can provide travel facility to your next trip
ReplyDeleteWow click very nice photo with information we are travel agent we provide travel facility to your next trip contact us. mysore tour packages
ReplyDeleteNice post, thanks for sharing this wonderful and useful information with us.
ReplyDeleteMysore coorg tour
Hi…Thanks for sharing the really nice information I really like This nice post
ReplyDeleteMysore Tour Packages
Thank info.. 😇
ReplyDeleteassalam. jika bagpack ke Kashmir dgn anak2, sesuai tak?
ReplyDeleteWkslm, sesuai tapi dinasihatkan ambil tour guide so apa-apa berlaku kita akan dijaga
Delete