Review Itenary Istanbul- Europe


Perjalanan yang mulanya dirancang hendak ke London-Paris-Brussel-Berlin-Prague-Vienna-Switzerland dan pass thru semua Europe backpackers pathway.

Tetapi akhirnya panggilan ke Turki lebih kuat..pertembungan budaya dan keunikan kota yang dinobatkan antara paling menakjubkan di dunia.Tanya sana sini, semua orang yang selalu pergi oversea kata  'aku dah travel seluruh dunia,tapi tempat yang paling menakjubkan adalah Istanbul dan Turki,seolah berada dalam alam mistik,cerita seribu satu malam dan uniknya mengatasi semua negara lain'.
Yang cakap tu bukan pergi calang-calang negara tapi semua negara maju mereka dah khatam- Swiss, German, US, Russia, Denmark segala dan kiranya tiap bulan ada je trip obersea.
Ok,  ko menang,dan aku memang dah diracun, bukan oleh seorang, tapi semua travelers..yang beri penjelasan yang sama. Turki. Istanbul. Istanbul. Turki. Turkiye....yada yada.
Aku suspek depa ni berjemaah bersama-sama mempengaruhi aku, atau adakah Istanbul begitu mendambakan kedatangan aku? hell yes.


Dan Budapest jugak adalah antara kota tercantik dunia. So, my Brit fren pun cakap kota Eropah paling cantik adalah Budapest, so dah European cakap camtu kan..kena jejak kaki jgk kesana. (tak paham pasai apa aku buleh percaya cakap dia)
So, tukar destinasi dari KL ke Eastern Europe la jawabnya.
London and Paris, laters baby.

Bila dok godek-godek skyscanner,ada pulak tiket murah ke Istanbul.
Dan cuba jugak buat one way KL-Istanbul dan return Vienna-KL,harga macam nak bagi aku kurus setahun je..so last-last amik juga return KL-Istanbul. Dan dari Vienna naik Turkish Airlines ke Istanbul.
Konon..macam hebat sangatkan nak pergi seorang buat overland trip.
Dan dengan bangganya bubuh dalam Coachsurfing page:

Current Mission-Backpack overland from Istanbul to London.

Wah hebat iols..plan memang sapa pun boleh tapi nak laksana tu kena juai semua segala skru dan sepana,bulu ketiak dan bulu betis ..macam ada duit berkoyan-koyan nak buat gitu. Kemain ko senah..macam kelas datin la sangat...jadi bila dah sedar diri, cahaya jalan kebenaran yang ditunjukkan poket ..sebenarnya duit ku nyawa-nyawa ikan..insaflah wahai manusia..maka buat review plan itenary balik. Walau ramai coachsurfers yang invite aku untuk tido dirumah mereka (save budget), tapi belum lagi terbuka hati aku untuk jadi peramah dan mesra alam sebegitu. Maklum,loneranger memang tak reti nak bersosial. Dan ramai jgk Londoners yang invite for free stay... lelaki pulak tu , haih.

Jadinya inilah itenary terkini:

Turkey-Bulgaria-Romania-Hungary-Bratislava-Austria  sebelum balik ke Istanbul.

Tiket flight  KL-Istanbul (return)= RM1930 -Qatar Airways
Flight ticket Vienna-Istanbul = Euro 90 (lebih kurang RM389) -Turkish Airlines
Jadi tiket untuk semua trip adalah RM2,320.
Ok yang ni dah selamat sebab tiket dah ditempah dan dibayar.
Travel pada bulan November hingga awal Disember.

Duit belanja hidup yg dibawa = lebih kurang Rm3,000
Lebih kurang RM5310 jugak bajet untuk misi kali ini.Paling banyak dalam sejarah hidup insan marhean seperti aku. Itu pun taktau cukup ke tidak..tawakkal je lah. Kad kredit?? nehi..yilekk. (book fkight pun pinjam kad kredit orang)

Kalau ikut plan aku nak ikut route Istanbul-Sofia-Belgrade-Budapest sebab route ni lebih dekat tapi masalahnya kita kena visa nak masuk Serbia (Belgrade)..tu yang aku ikut route lain. stress aku dgn Serbia ni..dendam dgn Malaysiakah pasal kes Malaysia tolong Bosnia?
Kalau dapat pergi Bosnia pun syok jugak, boleh menikmati keindahan rupa manusia Bosnia yang cantik dan kacak tu (gatainya) tapi klu duit berkoyan-koyan sila sila..,tak sedaq diri sungguh..semua tempat ko teringin nak pi. malangnya aku bukan suku sakat Warren Buffet.
Ikut Romania lebih jauh dan ambilk masa..terimalah kenyataan bahawasanya orang susah kena struggle hidup dijalanan makcik oiiii.

Ini bukanlah the way backpackers yang sebenar. Bukan juga true travellers. Who's care anyway?
Kerana ia hanya mengambil masa selama 2 minggu, dan cuti kerja tak banyak. Aku belum sampai lagi tahap seperti Christopher McCandless.
Seriously? mati akibat food poisoning adalah tragik..dan aku ada lebih banyak pekara untuk dirunsingkan bila mati.
Aku masih bekerja ala-ala kuli batak (kuli confirm dah, cuma batak belum sb tak makan orang je lagi) dan masih hidup dalam dunia materialistik dan kapitalis dimana semua manusia mengejar duniawi. Termasuk aku.
Belum sampai tahap tinggalkan semua keduniaan, tinggal segala untuk mengembara.

13 comments:

  1. Thanks for sharing.

    Nak tanya, bila u dapat beli offer Tiket flight KL-Istanbul (return)= RM1930 -Qatar Airways? :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. jom jom..pi masa winter end of november..

      Delete
    2. Hi azaleania
      if u ada nk travel backpakers to korea n nak travel partners pls inform me Cz i pn nk travel brdua dgn ssape yg sudi nk join skali (girl only) so bleh share2 byr pginapn,mkn dll lebih mnjimatkn kos drpd biasa. I ingat nk pegi dis 2015 ni-winter

      Delete
    3. Insyallah kalo ada reader yang baca ni..sila contact /dilah

      Delete
  3. wah, seronok n kagum, berani travel lone ranger

    ReplyDelete
  4. Hi, saya nak tanya. bila awk nk travel, blh x sy follow? sy cm berminat lak dgn trip2 awk sbb awk bkn follow trip.. sy perempuan 24 thun.. sy bru jumpe awk nye blog..sgt berminat. sy bkn nye ade kwn nk travel. kdg2 ikot family cuma ke thailand jer..lbih2 pon indo jer..xpnh ke tmpt lain. klo awk cadang nk ke tmpt lain lgi, n klo agk2 sorg travel dlm 2-4k ker, sy dgn happy utk follow.. of cos kita share2 la sume bnde. blh jdi kwn juga. email sy ea : liza_unicorn@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Liza,
      Insyallah jika ada kesempatan..nanti saya email

      Delete
  5. hai sy nk tnye bila awk nk travel lg ? blh x klw sy nk follow awk . sy ni minat travel tp xde kwn2 yg minat . klw awk ade nk travel mane2 ajak la sy . klw blh sy nk join ikut trip awk dan sy blh jd kwn awk 😊 . ni email sy - intan_zyra88@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI..Inshallah..jika ada saya akan post kat sini

      Delete