Kampung Wai Kuala Perlis tarikan eco tourism

 Assalamualaikum.

Cuti raya Deepavali baru ni sekeluarga berkesempatan ke Kampung Wai Kula Perlis.

Ambil angin dan lepaking.

Signboard untuk aktiviti menyusuri bot melalui terowong 

Kampung Wai di Kuala Perlis merupakan sebuah destinasi pelancongan eco-tourism (pelancongan eko) yang semakin popular di utara Malaysia.
Tarikan Utama & Aktiviti
  • Terowong Air / Terowong Masa (Time Tunnel): Terowong banjir sepanjang 765 meter yang dibina oleh JPS susulan banjir besar 2010. Pengunjung boleh menaiki bot atau kayak menyusuri terowong unik ini yang dihiasi muzik lembut dan kelip-kelip (fireflies).
  • Aktiviti Air: Menaiki bot (dianggarkan RM25 – RM50) atau berkayak (RM10 – RM69) di sepanjang terusan berlatarbelakangkan bukit batu kapur berusia lebih 500 juta tahun
  • Gerai Makan & "Healing": Terdapat lebih daripada 20 gerai makan yang menyediakan tempat berehat dengan konsep healing sambil menikmati pemandangan alam dan matahari terbenam. 
  • Tarikan Lain: Menaiki kereta bugi (RM35), serta kawasan bergambar bertema Jurassic World dan Mini Grand Canyon.

  • Segalanya bermula daripada satu tragedi.

    Banjir besar yang melanda negeri Perlis pada 2010 telah menenggelamkan hampir separuh daripada negeri ini, menyebabkan lebih 63,000 penduduk terjejas dan kerugian mencecah RM200 juta ($66.69).

  • Tragedi itu mendorong pembinaan Terusan Lencongan Banjir Barat (LBB) Timah Tasoh oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sepanjang 22.8 kilometer.

    Antara komponen utama projek ini ialah sebuah terowong sepanjang 765 meter yang menembusi Banjaran Nakawan dan berakhir di Kuala Perlis.

    Namun, siapa sangka, terowong banjir ini akhirnya menjadi tarikan pelancongan luar biasa apabila dijadikan laluan berkayak dan bot menyusuri bukit batu kapur yang berusia lebih 500 juta tahun, dikelilingi kehijauan air dan flora tropika yang asli.

    Terowong yang ditembusi jentera berat suatu ketika dahulu, kini dipenuhi gelak tawa pengunjung dan pancaran lampu yang menggamit rasa kagum. 

  • Aktiviti utama yang ditawarkan di Kampung Wai ialah berkayak melalui terowong yang kini dikenali sebagai Time Tunnel, terowong air terpanjang di Malaysia.

  • Pengalaman ini bukan sekadar kayuhan biasa tetapi merupakan satu pengembaraan visual dan emosi.

    Terowong yang sunyi dan bergema itu dihiasi lampu berwarna-warni dan lagu iringan menjadikan perjalanan seakan-akan berada dalam dunia animasi Disney.

    Sebaik keluar dari terowong, kita akan disambut oleh kawasan yang digelar ‘Jurassic World’, iaitu hutan semula jadi yang masih belum terusik lengkap dengan bunyi burung, monyet dan rumah lama misteri.

    Di bahagian ini juga terdapat tebing batu kapur menjulang yang menyerupai Grand Canyon, lalu dinamakan pengunjung sebagai Mini Grand Canyon Perlis.

Jalan masuk one way dan jem kalo cuti

Ni la terusan banjir 3km

Ada aktiviti kaya, naik bot dan naik beca motor tu

bot

Bugi

Harga RM35 sekali pusing boleh naik la 4-5 org

Terowong nyaa

Aktiviti kayuh reramai

Latar belakang gua batu kapur 500 juta tahun

Ada kiosk kopi

tempat healing

Kempen penghijauan

Bugi yang guna motor yang dihias

Piknik petang bawak KFC dan nasi lemak/kuih

Siap bawa kerusi n meja healing

Lepak tepi canal ni

purple day

Lawa view sini

Cuti sekolah or public holiday dan weekend memang sesak jugak

Nak dekat sunset dah masa ni

Info:

https://www.beritaharian.sg/gaya-hidup/berdamai-alam-di-kampung-wai-perlis

No comments:

Post a Comment