Bento box senang dan mudah part 1


Bento box ni adalah bekal makanan yang popular di Jepun untuk dibawa ke sekolah atau pejabat. Yang mana bermula sebagai bekal biasa kemudian diperhalusi dan dihias cantik-cantik. Ada pelbagai jenis hiasan, nasi bentuk bear ka, sayur potongan burung ke hapa, ikut kreativiti memasing.
Potongan sayur/buah/daging bagi masyarakat Jepun juga lebih berseni dan halus..setiap portion ada keseimbangan pemakanan..dan di served dalam small portion.

Since dah dua-dua girls dah masuk sekolah, maknya kenalah rajin sikit. Nak bagi anak merasa memori kita kecik-kecik dulu..harum bau air teh cap 888 yang bancuh pagi-pagi masih terasa. Dan cucur udang letak dalam bekas makanan yang rasa sangat lazat.
Benda kecik macam tu lah yang buat kita imbau kenangan kecik masa pergi sekolah mandi air telaga.
Dan nak anak-anak merasa sedikit perasaan itu.

Jadi rajin tak rajin, mungkin semangat keibuan baru nak mai (tu dia..berjanggut nak tunggu sampai 12 tahun tuuu), maka setiap pagi aku bekalkan makanan ke sekolah. Yang senang-senang saja..takde nak masak nasi campur ke hapa sangat. Selalunya nasi goreng, mee, roti Nutella, tambah biskut dan buah limau serta koko crunch atau puding. Nak kata sihat tu tak jugak dengan bento box aku prepare ni tapi yang penting girls dapat bawa makanan pagi-pagi. Diorang ni tak nak makan berat sangat untuk pagi atau rehat. Dan bekal ni untuk sarapan dan rehat je..bukan sampai petang atau lunch time.
Untuk buat bento box ni senang aje..potong sesiap keperluan untuk masak keesokan tu.
Kalo spagheti, rebus sesiap.
Bagi yang buntu nak fikir apa yang perlu di bekalkan di sini sedikit panduan:

1. Main course bento- yang ini boleh pilih dari jenis karbohidrat seperti:
- Nasi goreng, nasi impit, nasi ayam dll
- Mee goreng, kutiew goreng, maggi goreng, mee sanggul, spaghetti bolobgnese, olio,mac n cheese dan byk lagi jenis pasta dan mee ni.
- Jenis roti - roti bakar, roti telur, bun berinti sardin ke, sandwich ham, roti sapu nutella dan lain-lain
- Kentang bakar, begedil, cheesy potato, kentang lenyek dan banyak variasi lagi
- Tortila wrap, pancake, roti canai segera, roti arab pun sesuai

Bagi nasi putih boleh tambah lauk pauk berprotein seperti paprik ke, ayam kicap ke, sup ke yang senang nak masak pepagi buta. Lauk sesuai untuk bento ni:
-ayam goreng kunyit
-sotong masak kicap
-ikan sweet sour
-ayam paprik
-daging kicap
-ayam goreng
-telur sambal

2. Buah dan sayur seperti carrot stick, coleslaw, potato salad. Bagi buah seperti limau,epal,pear, pic, strawberry dan buah naga yang siap dipotong.
Bento aku banyak limau sebab anak suka limau mandarin dan memang musimnya sekarang..jadi den beli sekotak terus!

3. Kudap-kudapan seperti koko crunch, biskut gula, tat telur, tat nenas, puding comel, jellly dan kacang kuda. Yang ni nak letak sosej goreng , nugget ke, pau/karipap/cucur badak/donut frozen ke semua boleh.
Yang ni nak happykan dia untuk makan. Biskut chipsmore boleh nak letak tak jangan selalu sebab terlalu manis.

Bagi aku yang ini adalah benda yang perlu ada sesebuah bento. Kalo rajin buat nasi bentuk bear ke, bentuk muka arnab ke ikut suka, yang penting anak nak makan. Buat bento letak salad bebanyak untuk jadikan rambut barbie no hal, nampak cantik..tapi anak ko makan ke semua tu? untuk amik gambo memang le cantik tapi yang penting dari segi praktikal nya.
Kalo anak memang psiko nak makan semua makanan berbentuk haiwan silakan layan. Anak aku senang dan mudah..janji ada benda dia suka dalam bento box dia cukup.
Ini adalah bento box yang pernah di buat, semua jenis senang dan mudah..takde nak bagi mak dia bersilat pukul 4 pagi kat dapur nun. Depa memang tau mak dia tak bopa nak rajin, bagus kan.
Anak aku jugak feeling Anthony Bourdain,,dia nak western selalunya..siap full english breakfast kadang tuh. Cuma takde blood sausages macam si Anthony makan je.Budak-budak sekarang ramai yang selera western..memang senang.

yang ni paling senang, roti nutella,sosej goreng dan puding,limau

nasi goreng,koko krunch,wafer mini dan puding,limau
mee sanggul goreng, roti manis dan koko krunch

nasi impit,kuah lontong,puding dan limau
sandwich telur dan sosej,limau,biskut jejari dan puding


English breakfast..roti bakar,scramble egg,mushroom saute,sosej,bake bean dan tat telur separuh
kutiew goreng,limau dan mini biskut berinti coklat
Add caption
Kesimpulannya senang je kalo kita nak bekalkan anak..beli bekas comel-comel dan isi.. jika nak bekalkan nasi putih..msk nasi..buat lauk yg senang, buat paprik ke, sup ayam ke masak lemak ke..sambil masak gosok gigi kat sinki sebelah.
Gambo kelabu asap sebab guna henpon cikai. Nanti mak update lagi pasal bento box ni.

2 comments:

  1. Simple je bento sis tapi memang betul kena praktikal kadang kita letak sayur cantik colorful tapi anak tak makan tak guna juga.. Bento ni best sebab kita boleh kawal portion dia biar berkhasiat untuk anak 😊

    ReplyDelete