Antara Travelogue Advantura Pulang ke Malaya dan travel monster inside me

Sixty pack tak menahan

Berkelana di bumi asing. Hidup nomad berbulan-bulan.
 Semakin usia meningkat..semakin umur bertambah..maka semakin itu niat dalam hati melonjak-lonjak untuk menjadikannya realiti. Berada dalam dunia pejabat, mengadap PC dan menghadiri mesyuarat membuatkan kita semakin letih. Mereput dalam bilik? menyeksakan.
Bangun pukul 6 pagi dan balik 6 petang seperti robot? menyedihkan.

Sebenarnya panggilan untuk aku berkelana semakin kuat. Panggilan jelajah bumi asing semakin bergema. Bila membaca blog Travelogue ET disini, http://derubirusiti.blogspot.com/  membuatkan aku cemburu. Berbulan beliau berkelana dan menjejak bumi asing. Bilakah aku akan dapat rasai peluang mengembara selama itu?? Jawapannya entah..mungkin berkurun lagi.
Buku comel seperti tuannya..RM25

antara kandungan

Dan baru ni aku beli buku Badrul Hisham, buku travelogue Advantura Pulang ke Malaya..malah berpeluang berjumpa dan berkongsi kisah live dengan beliau dalam sebuah program. Banyak kisah yang diceritakan.
Antaranya:
- Perempuan muslim paling cantik? Bosnia
- Perempuan non muslim paling gorgeous? Norway
- Tempat makan paling murah? Mesir
- kos makan paling mahal? Norway
- Negara dengan makian? Mesir
- Syurga dunia dengan nature dan kecantikannya? Switzerland dan Austria
- Negara Islam paling Islam? Malaysia
- Negara Islam less islamic soul? Bosnia
- Rakyat paling arrogant? Dubai
-Kawasan berbahaya? Sempadan Turki dan Iran

 Semakin kaya rakyat negara tu, semakin arrogant dan less huminity (Arabs region)
Semakin miskin negara, semakin tebal sikap hormat dan budi bahasa.

Dapatlah autograf penulis muda berusia 25 tahun ini yang menjelajah 18 buah negara, selama 5 bulan, tido dalam khemah dan berbekal wang Rm8k mengayuh basikal dari London ke Malaysia.
Yang nampak lebih cute diluar dari dalam gambar buku beliau.

Seperti review  lain yang mana mengatakan buku ini melompat-lompat dari satu negara tanpa aturan serta sukar dicernakan, bagi aku mugkin Badrul menulis tanpa aturan secara sengaja. Ada sebabnya. Mahu pembaca berfikir tanpa aturan barangkali? Mahu pembaca melihat peta reversed? Atau nak pembaca tahu peta negara tanpa mengikut route? dan hanya beliau tahu sebabnya.
Aku masih enjoy dengan travelogue ini dan tidak berasa kekurangan. Penulis muda dengan gaya bahasa bersahaja. Ringan. Cuma gambar dan caption adalah sangat kecik! tak puas tengok. Dan dalam buku ni tak semua negara di highlightkan sepanjang adventure.

Untuk golongan muda, sesuailah..untuk Mak yang kerepot ni rasa mungkin patut lebih banyak isi/kandungan pengalaman yang boleh dimuatkan. Tapi, mungkinkah beliau nak simpan untuk publish siri kedua pulak? siapa tahu?
Mesej penting beliau adalah mencapai impian, jangan putus asa.
Antara kata-kata yang berbekas dalam buku ini adalah:

- Cita-cita dan impian biar setinggi langit. Sekurang-kurangnya kalau jatuh tersangkut atas pokok ~Ahmad Syamim

- Sehingga satu masa dalam hidup di dunia, kita akan sedar kita hanya berseorangan dengan Allah ~ Irwan Cheng

- When you feel you want to give up because dream is so hard, tell yourself you wanna give up one week later, it will slowly increase your motivational level


Jika selepas baca semua tu dan masih takde bernafsu, baik mati je. you're dead son..dead and boring.

Maka, semangat semakin berkobar nak mengembara.
Aku ingin seperti itu, bebas menyoroti denai-denai di tanah bukan tumpah darahku.
 Tiada tarikh tiket pulang ke tanahair.
Travel monster inside me sangat menjengkelkan sekarang. Semakin vokal. Meleteri pemikiran.
Mendesak diri siang dan malam untuk ikut kata Mr. Instict.
Mengulang-ngulang ayat 'hidup ini terlalu pendek.. you ain't getting any younger.''
Dan ia semakin sukar dipuaskan. Tak mahu lagi travel in short period. Nak hidup nomad dijalanan. Nak solo backpack selama boleh. Nak hidup dijalanan sesuka hati. Konon ala Christopher McCandless atau Jack Kerouac. Walau belum ekstrim sebegitu. Ahh, dah sampai satu tahap begitukah aku? Kegilaan apakah ini? Tak sedor diri?
monster aku fizikalnya tak sebegini..
tapi cute sebegini dan kuat mendesak!!!!
Tapi..setiap orang ada keutamaan yang harus di pikul membuatkan kita reflek keadaan. Sukar.
Jika kau single dan bujang trang tang-tang..itulah peluang keemasan.
Jika kau ada duit simpanan, itu adalah bonus dan harapan
Jika kau ada travelmate sehati sejiwa, itu memudahkan dan menggembirakan
Jika kau tak terikat dengan satu apapun, itu kelebihan dan kebebasan
Jika kau hutang banyak dan tersepit, itu bebanan dan kegelisahan pemikiran
Jika bos kau dah macam Firaun, itu kerisauan dan sekatan
Jika kau ada komitmen- suami, anak, kucing dan hamster, maka perlu merangka aturan dan kewangan.

Jika kau macam aku?? kau takkan dapat tinggalkan segalanya sehingga 4 tahun akan datang.
Ah, sukarnya menggapai impian. Bukan masalah keberanian atau keazaman . Tapi tuntutan yang lebih utama. Pengorbanan jiwa raga. Yang kau terpaksa jawab bila di 'sana'.



29 comments:

  1. Berkelana sambil bercelana... ehhh... he he he...

    ReplyDelete
  2. "Semakin kaya rakyat negara tu, semakin arrogant dan less huminity Arabs region)
    Semakin miskin negara, semakin tebal sikap hormat dan budi bahasa."

    Rasa nak pinjam ayat ni... Boleh makkk???

    ReplyDelete
  3. Berbasikal? Mesti peha dia nipis kannn makkk? Jelesss!

    ReplyDelete
  4. Hadoiiiii! Teringin jugak backpack macam ni... Amik tiket sehala... Balik bebila masa kite nak... Persoalannyaaaaa bilaaaaaaaaaa???????????

    ReplyDelete
  5. Ini ayat paling menusuk kalbu "Sehingga satu masa dalam hidup di dunia, kita akan sedar kita hanya berseorangan dengan Allah"...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum... First time komen kat sini, salam kenal!

    Saya pon suka ayat ni:- Sehingga satu masa dalam hidup di dunia, kita akan sedar kita hanya berseorangan dengan Allah. Terus rasa insaf di pagi Jumaat ni!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikumm..cik azaleania...slm kenalan...tumpang tanya ya..saya nk ke kashmir musim bunga awal bulan 4.....msih boleh main salji lagi tak di gulmarg..ataupon sonamarg..sb teingin sngat nk tngok tulip mngembg..dlm oada masa yg sama nk bwak ank2 main salji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal bulan April masih Ada salji di gulmarg..still boleh skiing

      Delete
  8. kalau JM ni anak JUTAONE atau JUTATWO...akan berhenti keje..tinggal semua keje yg menyakitkan kepala...nak pergi BERKELANA...tapi itu hanya mimpi di siang hari

    ReplyDelete
  9. Rakyat paling arrogant? Dubai? ..yolah..negara kaya..org nya kaya raya

    ReplyDelete
  10. ni baru betul2 pengembara... berbasikal dari London ke Msia..5 bulan!!! perlu kekuatan yg tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Jom kita cycle Dari Malaya ke London plak

      Delete
  11. mak kerepot katanya..klau mcm tu..JM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM sweet 17 lagik..jari Dan hati masih Manis hehe

      Delete
  12. ini sangat betul.. hehe. "Jika kau ada komitmen- suami, anak, kucing dan hamster, perlu merangka aturan dan kewangan"

    hari-hari doa Allah mudahkan urusan. moga 1 hari nanti boleh round the world sepuas hati.. takde tiket balik, best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah...sama impian kita..bila nak tercapai tahhh

      Delete
  13. rasa yang sama..sangat berbekas..Sehingga satu masa dalam hidup di dunia, kita akan sedar kita hanya berseorangan dengan Allah ~ Irwan Cheng..

    ReplyDelete