Perth - Part 7 Hari Keempat di Western Australia Museum

Hari keempat melawat Western Australia Museum.
Kawasan berdekatan Art Centre, area Northbridge. Dekat je dengan Perth Train Centre dan jika nak jalan dari train station ni, lalu kat atas flyover ke kiri tu dan akan jumpa Art centre dulu.
Nak pergi sini dgn bas pulak,  naik Blue CAT dan stop kat hentian nombor 5 iaitu museum. Dekat bridge yang comel berbata merah tu. Senang je direction nya. Tepi jalan dah nampak. Kalau nampak budak kolej reramai area tu..itulah dia kawasannya.
dari train station ni, naik jejambat ke kiri..then jumpa Art Centre..kawasan tu la museumnya
Museum ni besar dan masuk percuma, cuma digalakkan menderma..dasar kedekot memang best sangat masuk takyah bayar..dalam museum ni ada pameran tentang orang asli Australia, sejarah dan segala bahan, haiwan yang ditemui di sini seperti berlian, meteor, haiwan pra-sejarah, dan banyak lagi.
Yang paling menarik adalah sejarah aboriginal ni..ada sudut yang memaparkan kekejaman pihak kolonial memaksa anak-anak aboriginal ni masuk ke asrama/misionary project, dipisahkan dari ibu bapa, serta sangat sedih jika tengok visual yang disediakan. Dan yang lebih menarik ada buku untuk pelawat komen dan aku baca ada banyak komen dari budak-budak kaukasia yang minta maaf kepada orang aboriginal atas kekejaman tok nenek mereka semasa zaman kolonial. At least mereka tak malu mengakui kesilapan yang dilakukan bangsa mereka dulu.


ini muzium nya

besar dan luas..spend 3 jam sini..byk nk explore

info kaunter..lengang masa ni

tingkat ats
budak ni excited tgk dino

tingkat bawah ada pameran haiwan, doll, kamera dll

Area ni adalah The Hacket Hall

byk info sini,,cara Perth dipilih, dibina dan dirancang dari awal pendudukannya


cantik silingnya
Tarikh dibuka 18 Ogos 1913

laluan ke tempat pameran orang asli Aussie

sedih baca kisah mereka berjuang diatas tanah sendiri

buruh paksa kaum asli semasa kolonial

antara sejarah


bilik visual yang memaparkan tayangan sedih ibu bapa orang asli terpisah dari anak sendiri akibat dasar British..orang Melayu nampaknya lebih beruntung berbanding mereka

meteor

berlian..rasa nak amik sebutir


haiwan pra sejarah pun ada
jumpa ni dekat seberang jalan
Keluar dari muzium, akan nampak Art Gallery centre..kata je masuk by donation tapi macam wajib je  sebab aku tgk orang beratur untuk amik tiket berbayar so cancel nak masuk. Lepak jap kat area ni yang ada skrin besar dan bean bag..malam-malam ada selected movie yang ditayangkan disini. Yang student perfileman buat. Wi-Fi pun laju area ni.

Then pergi lepak dan baring-baring kat Stirling Garden..tido seround dulu atas rumput yang dihampari bunga Jacaranda purple tu.
Baring-baring kat rumput ni
Dah petang sikit pergi lunch kat Central Kafe, kedai Turki/Lebanon. Kedai dekat Barrack Street..dekat McD dan antara jalan yang penting di Perth. Terjumpa sorang staf awek Malaysia kerja sini, borak-borak dan dia dan kawan-kawannya ada buat service shuttle ke airport jika nak. Sedap sungguh makan kat kafe ni, kami order satu menu  makanan dan share berdua. Air bawak sendiri.
Total harga dalam 17dollar (Rm51) campur dengan makan baklava.

ini kedainya..dekat area Barrack street

sedap daging kebabnya


kaunter

luas jgk

menu dan rega

yang ni sweet produk tipikal kampung den kat Istanbul nun..suka jumpa ni..maklumlah makanan kecik-kecik dolu

Baklava ni memang Turkish sgt..
Baklava pistachio..kerinduan terubat..dah lama tak balik kampung ni

sedapnya nasi dia

Puas dapat makan kat sini..lazat dan enak

antara yang dijual

cafe yang sempoi


Santai dan melepak
jumpa Gen2 ni kat Northbridge


Hotel yang unik ukirannya

7 comments:

  1. SS masuk museum ni macam rusa masuk kampong... He He He..

    ReplyDelete
  2. scroll baca cerita tapi tertarik tengok makanan2 yang dipamerkan.. pergh.. memang superb =D

    ReplyDelete
  3. Daging kat ostrolia memang ohsem...
    subhanallah... sedap sgt...

    Dah lah murahhhhhh... hu hu hu

    ReplyDelete