Visa China ditolak


Sepatutnya..waktu ini tengah kemas stoking busuk, baju sejuk vogue ala Kim K dan maggi cup tom yam. Tengah tukar duhet RM ke RMB (China yuan). Tengah berkira-kira nak berjalan dalam suhu sejuk dan nyaman serta melihat daun berguguran di awal musim luruh. Nak feeling-feeling terketaq sejuk di pagi hari sambil cakap keluar asap.



Bak kata pepatah para pengembara, biar cintaku ditolak asalkan jangan visaku ditolak.. akhirnya kena kat batu jemala patik perumpamaan tu. Cintaku ni Tom Cruise pun tak pernah tolak...tapi...Kedutaan China kat KL nun dengan sadisnya tolak visa application aku.

Sedangkan aku apply awal sebulan sebelum berlepas. Instinct aku memang dh rasa rumit masa mula apply visa thru agen bila:
- paspport aku yang dulu-dulu semua kena submit, hatta yang dibuat dari zaman baby tu, so patah balik byk kali application tu..kena cari semua passport lama yang ada, ikut turutan
-Gambar aku kena reject, dia kata kecik sebab tak nampak lubang hidung pojaan

Then kata agen pulak, kedutaan China tak bagitau pulak kenapa kena reject visa tu tapi  mungkin sebab;
- Ancaman virus zika kat Malaysia
-Ancaman IS, muka aku ala terorrist kot.. mirip suku sakat Bin Laden (smoking hot sangat agaknya). Thanks to all jihadist babe..we all have to pay for everything you've done.
-sejarah pasport aku melalui negara 'panas' bg negara dia mungkin?

Dan bila dah tak lulus aku dah give up, tukar tarikh flight tapi nak kena tambah duhet macam nak pergi Eropah pulak so cancel, agen visa pujuk suruh aku call kedutaan..katanya kalo owner sendiri yang call ada yang lulus. Dah call dan manjang tak dapat...tak berjawab. Mungkin nak aku pergi sendiri apply kat KL nun. Agaknya China embassy tu nak tengok sangat kot muka smoking hot aku ni...nak sgt kot dengar aku sumpah seranah diorang.
Image google
Jadi bye-bye China. Lepas ni kalo AirAsia buat deal 'fly seringgit ke Beijing' pun aku pangkah awal-awal.
Ko simpanlah tembok  China ko tu... tutup dengan kain kapan, ko timbus la balik terracota army ko tu, ko runtuhkan lah semua ice sculpture ko kat Harbin tu. Impian Trans Siberian pun akan berkubur nampaknya. Damn.
Aku tak hingin nak jejakkan kaki dah ke negara komunis ko dan apply visa ko lagi. Take your damn rules and strict permission back. Buat visa ke India pun tak macam ni..mengada-ngada. Banyak cekadak peelnya.pftttt...aku sumpah tujuh keturunan aku haram jejak kaki ke china dah.
Google image

So kira burn lah tiket flight aku tahun ni ke sana. Dah la aku amik sesiap meal, seat semua sekali memang rugi banyak la. Pakcik Tony gak huntung.
Dan aku rasa sebelum ni mungkin tak serumit macam ni nak apply visa China, agen tu pun mengaku sebelum ni senang je, seminggu dah lepas. Tapi sekarang macam susah dan mungkin nasib aku sama yang takde tuah.
Apapun, sehebat-hebat perancangan kita, perancangan Allah jua Maha Hebat.

Sekian catatan orang yang kecewa.

P/s- lepas tak lulus visa tu..baru agen bgtau selepas 15/9 permohonan tak perlu lg kemukakan pasport lama..rs tak apa yg aku rasa? nak bg penerajang je agen ni. Hati aku kuat ckp mmg slh agen..dgn fees Rm180 tu..burn jgk. Memang bullsh*tkan.