Big Mouth Republic Sungai Petani

Salam dan mohon maaf lama tak hapdet blog (macam ada orang nak tunggu entry, heh).
Tersangat busy sejak dah tukar unit ni dan nak komen kat blog SS dan JM pun tak sempat tau.
Banyak lagi entry tertunggak Hanoi-Sapa tu... dan rasa boleh jadi dah geng JM. Kita geng okay JM??

So, up entry pasal makan dulu. Tengah mood kanibal lagi sebab makan daging korban banyak sangat.

Big Mouth Republic, Western Food & Oriental Cuisine. Restoren makanan barat, melayu dan fusion ni memang sangat terkenal dikalangan orang SP. Halal dan bersih kedainya.  Bagi aku restoren ni paling sedap, portion banyak, harga berpatutan dan berbaloi. Yang penting sedap!! Dah tu servis bagus, takde waiter nak masam muka apa dan makanan sampai cepat walaupun ramai orang. Crew dia ramai dan pantas.
Tak seperti kafe masakan barat yang lain, baru buka memang viral semua sampai beratur tapi lepas tu tutup. Sebab tutup masak tak sedap mana, portion kedekut dan mula buka je sedap..dah lama kualiti lari.

Big Mouth Republic ni dah dibuka lama dan boleh bertahan sebab food dia memang best, kualiti dari dulu sampai skrg tetap maintain dan tak berkira dengan customer. Ko nak tambah sos blackpepper ke, nak tapau ke amik sendiri kat waiter station tu. Ada tapau box segala dengan sos semua.
Menu dia kalo western served dengan potato wedged/fries, jagung, salad leaf, baked bean, pilaff rice atau coleslaw.
Menu Big Mouth ni ada dua jenis, boleh pilih regular atau big punya. Yg big portion tu memang besar sangat portion dia..aku tak larat nak makan. Amik yg regular tapi banyak jenis lagi syok..boleh rasa byk jenis.Total 3-4 orang makan dalam Rm60-70 je. Aku makan yang menu yang biasa-biasa je, nak yg luar biasa pun boleh..ada fisherman's platter dan cowboy's plate untuk yang nak makan besar.

Reviewnya..dlm banyak-banyak kedai makan western yang pernah aku pi seumur hidup ni, inilah kedai yang paling menepati kehendak tekak aku. Dari segi food, service, suasana dan harga. Tapi mungkin taste kita tak sama..mungkin uolls penah jumpa tempat makan yang lagi sedap dan rasa ini so so aje. Taste memasing kan.
Orang SP memang dah maklum hal ni,walau seringit dua mahal dari kedai western depan umah ko tapi yang ni berjuta kali berbaloi.

Kalau pergi lepas isyak memang lah hazab..ramai sangat. Jadi pergi sblm maghrib..order dan boleh solat sana dulu.
Surau pun disediakan.
dekat depan Parkson Taman Sejati SP

pukul 5ptg dah ramai org

tingkat bawah..bayar kat sini..just bagitau nombor meja

kat balkoni atas
deko vintage dan old skool

basikal sapekah yang tergantung situ??

menu macam majalah lama dolu-dolu..harga menu untuk last update September 2017
menu..minuman ..dari semurah Rm1.50

Add caption

waktu operasi Big Mouth : 3pm-11pm, tutup selasa..ramai artis dtg sini

variety pasta dan mee


burger dan bread

western favourite food..chicken chop,fish chop,steak dan kanibal menu
fusion..served dgn nasi pilaf..tom yam pun adoo

menu viking

minuman murah..semurah Rm1.50..lemon tea ice, milo ice

Chicken chop Rm10.50..served dgn coleslaw dan fries

Tenderloin steak Rm20..daging lebar dan nipis..bukan jenis tebal kecik tu. served dgn fresh salad, baked bean,corn dan wedges..byk portion

Grill chicken ni sedap..Rm11.50..served dgn wedges,baked bean,salad dan jagung
nasi goreng kampung RM6.90..ada udang dan sotong..sedap secukup rasa

jom makan..puas ati beb makan kat sini

murah,sedap dan berbaloi sangat

nyum nyum..

Makanan dia semua sedap dan wajib try kalo singgah sini. Dekat plaza tol SP, susur keluar terus amik kiri. Ada hotel Park Avenue dan Northern Lodge situ. Info kat bawah:
About

FIND US
C-123, Lorong 10, Taman Sejati Indah, Kedah
Sungai Petani
Big Mouth Republic
Call 012-437 9003
Update Disember 2017: aku dapat info restoren ni dah tak sesedap dulu..chef dah tukar kot. So jgn salahkan aku ye kalo uolls pi dan makan tak sedap

23 comments:

  1. Rindunyaaaa kat mak!!! Awat sunyi lamaaaa nih??? Bontot tu nak kena babab ehhh? He he he...

    ReplyDelete
  2. Mencikkk laaa... sekali update... amekkk kaw mencekik jek kojenyeee... camne SS maintain kuruih ni... iskkss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah..itu je entry yang senang takyah direction bagai

      Delete
  3. Bab bab daging ni... SS memang fail! Tiap kali nak order steak bagai tu... tak tahu nak pilih yg mana... sure amik masa... jenuh waiter nak explain... takut terpilih bontot lembu... ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Kita sentiasa tggu entri dari blog Mak ni...busy sgt eh? Kita x bz tapi makin malas...ahakssss..give me 5!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busy sangat..i is rindu uolls jgk..muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

      Delete
  5. Itew nk merajuk laa dgn Mak ni hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Knp merajuk..nk hadiah mcm SS bagi jgk ker hehe

      Delete
  6. Woww! Review dari mak sgt menarik..tetiba rasa lapo

    ReplyDelete
  7. Big mouth? Unik laaa nama kedai ni..kalau servis mantop mcm tu baru best nk tular kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kalo suam-suam tak payah lerrr..buat org mrh je

      Delete
  8. Geng la kita mak...blog lama tak berupdate. Haha. Kalau ikut review ni memang berbaloi la makan sini. Harga pun ok

    ReplyDelete
  9. hahahaha kira mak rajin sket lah dari kita.... dah 3 entri...hahaha

    ReplyDelete
  10. tengok Tenderloin steak tu terus rasa nk g cari gak...

    ReplyDelete
  11. gambar kat atas tu, makanan yang aku makan la di big mouth republic ni... yang regular tu yang portion standard punya bigmouth, tu portion yang besar dan banyak... kalau korang style yang boleh makan banyak boleh la order yang bigmouth size

    ReplyDelete