|
suasana sekitar pasar |
Selepas minibas drop aku kat tepi kedai lukisan tu, turun tepi jalan maka kena jalan kaki.
Plan asal adalah nak ke Sa Pa malam ni dengan train, jadi kena cari stesen ketapi dulu apa-apapun.
Aku langsung tak buat research, peta jalan pun takde, dah tu stesen ketapi pun tak tau kat mana. Yang aku tau dia dalam kawasan Old Quater.
Jadi..sila berjalan dengan mak tapir 20kg macam rusa masuk kampung.
Masa tengah berjalan tu, aku nampak pejabat tour yang jual tiket ketapi ke Sapa. Aku try masuk tanya...kot la murah. Dan harga untuk tiket sorang ialah 700,000 dong (Rm130). Naik ketapi macam Orient, Fansipan tu..yang mewah tu. Gila mahal.
|
ni la pejabat ejen ketapi ke Sapa |
So pergi cari sendiri stesen ketapi dan beli sendiri tiket kalau nak jimat. Lepas keluar dari pejabat booking tu, jalan kaki cari stesen ketapi B Hanoi.
Jangan confused, di Hanoi ni ada dua stesen keretapi.
Satu yang besar (stesen A)..satu lagi kecik (stesen B) dan tak busy..so stesen keretapi ke Sapa aku amik dari stesen B. Hanoi B station ketapi berada di Tran Quy Cap.
'' Stesen B, untuk kereta api ke utara, dicapai oleh pintu masuk pada Tran Quy Cap.
Untuk ke sana, berjalan menyeberangi Le Duan ke utara stesen dan mengikut pusingan jalan ke kiri. Tiket ke Lao Cai boleh dibeli di sini. pejabat tiket dibuka dari jam 4:00-06:00 dan 16:00 hingga 22:00''
rujuk SINI
''Hanoi main station has around 10 platforms/tracks.
All of these platforms can be accessed from the main station building on le Duan street, on the platform 1 side, sometimes known as Hanoi 'A' station,
OR
they can be accessed from a separate entrance and terminal building on the opposite (platform 10) side of the tracks on Tran Quy Cap street, usually known as Hanoi 'B' station.''
So just jalan meronda dulu, turun dari kat kedai lukisan tu, jalan kaki ke kanan. Terus je..dan akan nampak landasan ketapi. Jadi ko belok kanan ikut landasan tu. Dah lepas jalan ikut landasan sampai kat simpang tu..ko seberang jalan tu banyak kedai old skool jual periuk belanga.
Lintas jalan ikut kedai tu dan terus je ke kiri..dekat pasar pagi yang penuh dengan penjaja sepanjang jalan. Itu dah dekat Ga Ha Noi (stesen keretapi Hanoi).
|
bas mini dari airport akan drop ko kat sini bila ko cakap nak turun kat old quater..jalan ni busy dan sesak..jadi hati-hati |
|
kedai antik dan hasil seni ni tepi jalan utama |
|
lepas turun van tu jalan terus ke kiri..sampai nampak landasan ketapi ni..belok kanan |
|
sampai kat tempat landasan bertemu satu lagi jalan..depan kedai jual periuk belanga tu..ko seberang jalan ke kiri.. |
|
nampak kedai ni yg jual peralatan dapur ko lintas tau..then amik kiri masuk ke tepi pasar tu |
|
bila dah ko seberang jalan ko akan jumpa satu lorong yang macam pasar.. |
|
kesibukan pasar pagi |
|
MAP |
|
sayur segar semua ada sini
|
|
ko jalan terus nampak hotel A25 ni..sebelah kanan ialah pasar yang panjang..stesen ketapi Hanoi bertentang hotel A25 ni..jangan menyimpang weiii..beli tiket ke Sapa dulu..jamgam kaliut nak pergi soping..nanti tiket habis |
|
bertentang hotel A25 tu adalah stesen ketapi Hanoi ( B station)..ni la stesennya..Ga Ha Noi dlm bahasa depa |
|
lengang je masa ni..cuaca nyaman dan sejuk |
|
tepi ni ada landasan ketapi..jadi naik train pun sini jgk..nak naik ketapi masuk ke dalam building sebelah kanan stesen..diorg akan check tiket sebelum kita jalan ke platform |
|
Ga Ha Noi..nak beli tiket bagi passport |
|
yey..dah dpt beli tiket ke Lao Cai malam ni..harga 385k vetdong (Rm 71 ) untuk sleepers train |
|
lengang je masa ni..tengahri kot |
Masa aku masuk stesen ni takde ramai orang dan lega tak de susah mana pun nak setel urusan. Staf kaunter tu boleh berbahasa inggeris sikit-sikit. Then, bagi passport dan duit sekali kat dia untuk bayar tiket. .Lega dah dpt beli tiket ke Lao Cai pukul 9 malam ni..harga tiket 385k vetdong seorang (Rm 71) untuk sleepers train bagi perjalanan lebih kurang 10-12 jam.
Jimat dah duit hotel malam ni.
Depan Ga Ha Noi adalah hotel A25 dan landmarknya disitu kalo uolls nak cari direction ke stesen keretapi ke Sapa.
Pasar, kedai baju kasut, kedai kopi dan kedai peralatan dapur banyak area ni.
Cepat2!!! Hari ni LAST!! Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =) jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)..
ReplyDeleteKepada yang dah join.. Terima kasih sangat-sangat... semoga Allah murahkan rezeki korang.. Aamiin..
http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html
SS tengok tajuk mak ni... SS rasa nak gelak sensorang... Sebab... Masa kat Hanoi... Ada 2 orang budak amik risiko nak naik train dari hanoi ke danang... Tapi... Waktu tu kami tersangkut lagi kat jalan raya balik dari halong bay.... Masa yang ada untuk dia kejar train dari hotel cuma setengah jam... Rasanya tak cukup tanah kot nak lari... ha ha ha...
ReplyDeleteTakut ooo kalo jadi mcm tu..terlepas flight jenuhhhh..
DeleteKalu SS jadi mak pon... Sanggup lah dulukan cari mana station kan... Jangan time nak pegi baru nak mencari... Kalu tak mesti kalut kan...
ReplyDeleteSbg traveler mesti kena pikir first thing first..soping bkn termasuk hehe
DeleteTido in train memang pilihan terbaik... Wahhh mak memang well plan... jimat duit hotel... terbaik! Murah 71 tu... perghhh!
ReplyDeleteMain redah ni SS..nasib tiket rain ada lagi
DeletePerghhh kasut tu mak beli ke? my taste tu! best kan pakai kasut camtu...
ReplyDeleteSini kasut memang lawa-lawa kan..geram tgk
DeleteMak tak try kopi vietnam ke?
ReplyDeleteTry..lupa nk up gambar
DeleteAnjing panggang???? First time tgk ni... Gelinyaaaa!
ReplyDeleteTeringin nak try tak?? hehe
DeleteAdeh!!! Klau JM x leh ikut cara Mak la..dh sampai sana baru nk cari stesen train..klau JM dah print google map siap2
ReplyDeleteJm rajin..mak malas
DeletePikul 20kg kat belakang? Mak ni mesti sado org nya kan heeee
ReplyDeleteHaha..sado sgt mcm arnold swarzenengger
DeleteAmboih! Tayang kasut boot atas katil tu heheeh..murah laa rm35 jek..
ReplyDeleteKasut baru ciwi mcm tu la
DeleteAnjing panggang? Tergolak camtu dgn kepala sekali..adehlaaa
ReplyDeleteMs tgh baru nk panggang dia terkujat..diorg panggang hidup2.. hehe
Deletenak tanye. harga tiket kereta api tu sehala atau tidak? kalau tidak, dari sapa ke hanoi naik ape ye? dan berape bajetnye?
ReplyDeleteSehala je, balik Hanoi naik bas.bajet dlm 250000 dong (RM45)
Deletesorry sebab banyak tanya, alang alang tengah buat research ni.
Deletebas dari sapa ke hanoi tu arrange sendiri atau hotel yang arrange kan?
kalau arrange sendiri how you do it? and sampai di hanoi bas drop di mana ye?
Di Sapa nanti ada kedai tour agent atau hotel yg jual tiket bas ke hanoi. Dia drop jauh sikit dari centre hanoi..boleh naik teksi ke old quater tp sy jln kaki je..jauh jgk..nk sng ms nak beli tiket tanya dia drop kt mana..bas tak sama drop nya
Delete