MyeongDong Topokki Sunway Putra Mall KL

Tteokbokki (떡볶이; juga diketahui sebagai teokbokkiddeokbokkitopokki, dan dukboki)[1][2] ialah makanan snek Korea yang popular daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis.[3] Makanan ini amat mudah didapati daripada gerai tepian jalan atau pojangmacha. Asalnya ia dikenali sebagai tteok jjim (떡찜) dan merupakan hidangan hirisan kek beras, daging, telur dan perisa.


Sejarah tteokbokki membawa kepada lewat Dinasti Joseon, berdasarkan fakta yang tteok(bahan utamanya, juga dikenali sebagai kek beras) diperkenalkan sebelum zaman Tiga Kerajaan. 
Tteokbokki juga adalah sebahagian daripada juadah santapan diraja Korea pada zaman Dinasti Joseon. Sementara tteokbokki versi moden adalah kemerahan dan pedas, versi asalnya adalah perang dan rasa biasa. Seperti namanya, gunjeon tteokbokki adalah contoh makanan mewah Korea. Ia terdiri daripada gabungan tteok, daging, sayuran dan pelbagai jenis bahan perasa. Selepas gochujang (pes pedas Korea yang diperbuat daripada cili) diperkenalkan akibat pengaruh Jepun pada zaman Joseon, tteokbokki menjadi merah dan pedas. Adalah dipercayai yang peralihan utama daripada tteokbokki biasa kepada pedas berlaku sekitar 1950-an selepas kemerdekaan Korea. Pada masa kini, kebanyakan tteokbokki dijual yang di gerai adalah merah dan pedas.

Francais MyeongDong Topokki ni ada banyak jugak outlet di KL, antaranya di Paradigm Mall, 1utama, The Mines dll. Yang aku pi ni kat Sunway Putra Mall, level 4 dalam area food court tu.

Cara order dia, pergi kat kaunter , order dan bayar terus serta amik bil. Pergi tunggu kat meja dan bila nombor order (ada dlm bil) naik kat board kaunter, pergi pick-up sendiri.
Set dgn air pun tawar rasa airnya tu. Dia served dlm balang kecik minuman.

Sunway Putra Mall PWTC

meriah jgk sini

dekat tempat food court


menu set

deko lawa..old school
Order, bayar dan pick-up kat sini..tgk nombor order di atas board merah tu

jom usha menu

harga belas-belas
semua tgh tak menyabar nak menelan

pilih jgn tak pilih
Jika pilih set, didatangkan dengan air minuman, sup sejuk daun apatah tu, kimchi, sama ada sushi roll atau ikan bilis goreng/kacang goreng.
Mampu ko nak makan nasi dgn sup sejuk? Pandai-pandai la nak curi kuah ramen bff kan.
Atau amik kuah topokki yang merah pekat tu. Jadi jgn order bulgogi kering tu kalo ke jenis makan kena banjir.

ni set Cheese Rabokki..RM17.80


bulgogi set.,.ada sup, kimchi dan air..bulgogi beef deopbap RM17.80. Bulgogi ni  takde kuah pedas..takkan nk mkn dgn kuah sup?? no no..so amik kuah topokki tadi campur

ni set spicy..dalgakbi chicken deopbap Rm 16.80..yang ni sedap jugak..ada kuah pedas

ni Hangul Chicken Ramyun..RM16.80


sila makan

ni set topokki dgn hangul chicken..tak salah RM17.80..sedap

puas makan..portion byk..
Overall makanan ok lah..mungkin tawar sikit pada tekak kita makanan macam ni. Spicy dia tu tak kemana pun bagi kita, memang kena tambah cili padi jgk baru kawww!
Ramyun tu bagi aku biasa je la..rasa macam maggi pun ada.  Bulgogi atau nasi ayam dakgalbi tu memang portion byk..puas makan. Aku yang dinosour pun termengah nak menghabiskan.

Total makan untuk 4 orang baru RM75 macam tu. Murah jgk. Orang ramai masa aku pi..aku stay Seri Pacific hotel jadi malas nak cari tempat makan jauh-jauh, try kat sini je lah. Nak makan kat fine dining Korea bajet tak bopa nak ada jadi kat sini pun melepas ngidam jadilah.

Boleh tgk menu dan harga kat http://myeongdongtopokki.com/ dan boleh bajet dulu nak order apa.

Rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Tteokbokki


Sapa bandar empat musim sehari

bunga berkembang di tengah bandar Sapa..masa ni suhu 12-14 darjah celcuis..rasa seperti berada di eropah pada musim bunga
Add caption

bunga ni mcm sakura,,lawa ke memang sakura?? aku tak pernah jejak jepun lagi..jakun la katakan
tengah bandar


Sapa adalah sebuah pekan yang indah, di pergunungan utara Vietnam di sepanjang sempadan dengan China.
Terletak di 1500 meter (4921 kaki) di atas paras laut di pergunungan barat laut Vietnam, Sapa terkenal dengan pemandangannya yang rugged, padi teres berbukit dan juga kepelbagaian budaya yang kaya. Ia terletak di kawasan pergunungan Hoang Lien Son berhampiran sempadan China di barat laut Vietnam, yang dikenali sebagai "Tonkinese Alps".

Sapa (atau Chapa- "tempat berpasir") mula-mula muncul di peta kebangsaan Vietnam pada akhir 1880-an ketika orang Perancis menetap di dataran tinggi Tonkin. Warga Perancis yang pertama tiba di Sapa pada tahun 1909, dan pada tahun 1920, terdapat beberapa vila yang dibina di kawasan ini oleh para ekspat.

Ibu kota daerah Sapa di Wilayah Lao Cai  bersuhu bermula dari serendah -10c hingga tertinggi 29c, iklim Sapa adalah sederhana dan hujan renyai pada musim panas manakala sejuk dan berkabut di musim sejuk.
Papan iklan di Sapa dengan bangganya menyebut : "Empat musim dalam satu hari." Musim sejuk yang dingin pada waktu pagi, musim bunga selepas matahari terbit, musim panas pada waktu petang dan musim sejuk pada waktu malam.

Banyak etnik minoriti tinggal di sekitar Sapa. Tidak termasuk orang Kinh atau etnik Vietnam, lapan kumpulan etnik minoriti yang berbeza terdapat di Sapa. Mereka termasuk H'mong (disebut Mong), Dao (disebut Yao), Tay, Giay (disebut Zai), Muong, Thai, Hoa (etnik Cina) dan Xa Pho (denominasi kumpulan minoriti Phu La). 

Pada musim sejuk (4 bulan antara November dan Februari), cuaca di Sapa sentiasa sejuk, basah dan berkabut (suhu boleh turun ke beku dan salji pada tahun 2011). Hujan sangat kerap pada bulan Ogos, terutamanya pada waktu pagi - walaupun ini juga adalah masa ketika pemandangan paling hijau dan paling indah.

taman tepi tasik

memang Sapa cantik sangat..sapa yg ke hanoi tak dtg Sapa memang rugi

landmark


waktu malam

padan muka nak suhu sejuk mcm Europe kan? mengigil teruk masa ni kesejukan

tasik pun tak nampak berkabus tebal..sewa 40k vd jika nak naik angsa ni..tapi hanya pada cuaca cerah dan weekend



wanita etnik minoriti

bandar ala Korea
sayur atas lantai jalan

cantik hotel ni


jalan berlumpur

burung terkurung dalam kesejukan

hasil pertanian tempatan..strawberi, vietnam apple (epal bidara-sedap sgt), kiwi semua ada..

Akar kayu dan herba

paling popular untuk ole-ole ialah kacang badam,macadamia dan segala kekacang

pokok bunga dll

meriah kak oiii pasar kat Sapa ni..geram tgk buah dan sayur

Pergunungan Sapa ni memang cantik sangat. Sangat rekomen untuk datang sini jika ke Hanoi.
Walau jauh dari Hanoi dan berada disempadan namun semua berbaloi dengan permandangan seindah begini. Dengan bunga berkembang, tasik ditengah bandar, cuaca nyaman dan teres-teres padi yang memukau.



taman bunga dijaga rapi





gerimis dalam kebekuan



famous lake