Sapa bandar empat musim sehari

bunga berkembang di tengah bandar Sapa..masa ni suhu 12-14 darjah celcuis..rasa seperti berada di eropah pada musim bunga
Add caption

bunga ni mcm sakura,,lawa ke memang sakura?? aku tak pernah jejak jepun lagi..jakun la katakan
tengah bandar


Sapa adalah sebuah pekan yang indah, di pergunungan utara Vietnam di sepanjang sempadan dengan China.
Terletak di 1500 meter (4921 kaki) di atas paras laut di pergunungan barat laut Vietnam, Sapa terkenal dengan pemandangannya yang rugged, padi teres berbukit dan juga kepelbagaian budaya yang kaya. Ia terletak di kawasan pergunungan Hoang Lien Son berhampiran sempadan China di barat laut Vietnam, yang dikenali sebagai "Tonkinese Alps".

Sapa (atau Chapa- "tempat berpasir") mula-mula muncul di peta kebangsaan Vietnam pada akhir 1880-an ketika orang Perancis menetap di dataran tinggi Tonkin. Warga Perancis yang pertama tiba di Sapa pada tahun 1909, dan pada tahun 1920, terdapat beberapa vila yang dibina di kawasan ini oleh para ekspat.

Ibu kota daerah Sapa di Wilayah Lao Cai  bersuhu bermula dari serendah -10c hingga tertinggi 29c, iklim Sapa adalah sederhana dan hujan renyai pada musim panas manakala sejuk dan berkabut di musim sejuk.
Papan iklan di Sapa dengan bangganya menyebut : "Empat musim dalam satu hari." Musim sejuk yang dingin pada waktu pagi, musim bunga selepas matahari terbit, musim panas pada waktu petang dan musim sejuk pada waktu malam.

Banyak etnik minoriti tinggal di sekitar Sapa. Tidak termasuk orang Kinh atau etnik Vietnam, lapan kumpulan etnik minoriti yang berbeza terdapat di Sapa. Mereka termasuk H'mong (disebut Mong), Dao (disebut Yao), Tay, Giay (disebut Zai), Muong, Thai, Hoa (etnik Cina) dan Xa Pho (denominasi kumpulan minoriti Phu La). 

Pada musim sejuk (4 bulan antara November dan Februari), cuaca di Sapa sentiasa sejuk, basah dan berkabut (suhu boleh turun ke beku dan salji pada tahun 2011). Hujan sangat kerap pada bulan Ogos, terutamanya pada waktu pagi - walaupun ini juga adalah masa ketika pemandangan paling hijau dan paling indah.

taman tepi tasik

memang Sapa cantik sangat..sapa yg ke hanoi tak dtg Sapa memang rugi

landmark


waktu malam

padan muka nak suhu sejuk mcm Europe kan? mengigil teruk masa ni kesejukan

tasik pun tak nampak berkabus tebal..sewa 40k vd jika nak naik angsa ni..tapi hanya pada cuaca cerah dan weekend



wanita etnik minoriti

bandar ala Korea
sayur atas lantai jalan

cantik hotel ni


jalan berlumpur

burung terkurung dalam kesejukan

hasil pertanian tempatan..strawberi, vietnam apple (epal bidara-sedap sgt), kiwi semua ada..

Akar kayu dan herba

paling popular untuk ole-ole ialah kacang badam,macadamia dan segala kekacang

pokok bunga dll

meriah kak oiii pasar kat Sapa ni..geram tgk buah dan sayur

Pergunungan Sapa ni memang cantik sangat. Sangat rekomen untuk datang sini jika ke Hanoi.
Walau jauh dari Hanoi dan berada disempadan namun semua berbaloi dengan permandangan seindah begini. Dengan bunga berkembang, tasik ditengah bandar, cuaca nyaman dan teres-teres padi yang memukau.



taman bunga dijaga rapi





gerimis dalam kebekuan



famous lake



42 comments:

  1. Wow..baru tau. Sis ke Sapa dari Hanoi naik apa? Cantiknya tempat dia..

    ReplyDelete
  2. Sapa ni memang sejuk kan mak... Tapi... Yang tak berapa best tu sebab kabus... Terhad skit pandangan... Kalu tak kabus ok skit...

    ReplyDelete
  3. Bunga tu boleh petik tak mak? ha ha ha...

    ReplyDelete
  4. Mak amik gambo orang tua tu... Dia tak mintak royalti ke? Sebab mak guna gambo dia nak popular kat blog... ha ha ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak minta tapi dia suh kita pi tido umh dia dan byr mcm hotel

      Delete
  5. Sayo dia... Perghhh! Freshhh nyeee... Kalu SS... Memang borong habis laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayur dan buah memang fresh gilak...mkn rangup krup krap

      Delete
  6. terasa-rasa fresh nya tengok gambo2 ni mak

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. kahkah..mak tak pernah tgk sakura..tak pernah ke jepun lagi..tapi bunga ni macam kecik..sakura nampak besaq

      Delete
  8. kalo datang kat sini kena bawak kuali bagai.. Sayur2 dia semua fresh syok memasak.. adoiii mak mak sangatla mummy ni.. heheh

    ReplyDelete
  9. Nama tempat ni Sapa.. dua tiga kali baca.. Oh! Ingatkan Mak nak sapa sesiapa tadi..keh keh keh :P

    ReplyDelete

  10. Bagi yang mampu berpikiran jernih setelah jadi BMI pasti sukses, pada dasarnya di perantauan cari modal dulu dan bekerja yg baik sampai kontrak finis, oh iya tidak lupa sy ucapkan terima kasih banyak kpd teman sy yg ada di singapura..! berkat postingan dia di halaman facebook TKI Sukses sy baca. sy bsa kenal nma nya Mbah Suro Guru spiritual PESUGIHAN ANKA GHAIB TOGEL 2D sampai 6D dan PESUGIHAN DANA GHAIB. . pikir-pikir kurang lebih 7 tahun kerja jd Tkw di Hongkong hanya jeritan batin dan tetes air mata ini selalu menharap tp tdk ada hasil sm sekali. Mana lagi dapat majikan galak. salah sedikit kena marah lagi . Tiap bulan dapat gaji hanya separoh saja . . itu pun tdk cukup biaya anak di kampung. Tp sy beranikan diri tlpon nmr beliau untuk minta bantuan nya. melalui PESUGIHAN DANA GHAIB Nya . syukur Alhamdulillah benar2 terbukti sekarang. terima kasih ya allah atas semua rejeki mu ini. Sy sudah bs pulang ke kmpung halaman buka usha skrg. jk tman minat ingin tlpn beliau . ini nmr nya +62 82354640471 & 082354640471 siapa tau anda bisa di bantu dan cocok sprti sy . aminn




    ReplyDelete
  11. Adeh!! Mmg rugi laa hari tu ke hanoi x lajak ke Sapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh dan hazab nk kesini..sb tu tak ramai org malaysia dtg

      Delete
  12. Sapa ni kawasan pergunungan tanah tggi ofcos la sejok!! Cuma x best tu berkabus jek

    ReplyDelete
  13. Eee buah buahan tu confirm manis gila..beli x

    ReplyDelete
  14. Agak susah sikit sb babi panggang adalah salah satu femes food kt sini.

    ReplyDelete
  15. Flight trs dr klia ke sa pa x de ke puan...brp jam klu dr hanoi

    ReplyDelete
  16. Maaf tanya, Masa gi sini musim sejuk ke ? Bulan berapa? Huuu sebab nak ke sanaa hujung bulan 4 nanti... Niat hati nak tengok sakura kembang... Tapi macam tak dapat je... 😆😆

    ReplyDelete