Tteokbokki (떡볶이; juga diketahui sebagai teokbokki, ddeokbokki, topokki, dan dukboki)[1][2] ialah makanan snek Korea yang popular daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis.[3] Makanan ini amat mudah didapati daripada gerai tepian jalan atau pojangmacha. Asalnya ia dikenali sebagai tteok jjim (떡찜) dan merupakan hidangan hirisan kek beras, daging, telur dan perisa.
Sejarah tteokbokki membawa kepada lewat Dinasti
Joseon, berdasarkan fakta yang
tteok(bahan utamanya, juga dikenali sebagai kek beras) diperkenalkan sebelum zaman Tiga Kerajaan.
Tteokbokki juga adalah sebahagian daripada juadah santapan diraja Korea pada zaman Dinasti Joseon. Sementara tteokbokki versi moden adalah kemerahan dan pedas, versi asalnya adalah perang dan rasa biasa. Seperti namanya, gunjeon tteokbokki adalah contoh makanan mewah Korea. Ia terdiri daripada gabungan tteok, daging, sayuran dan pelbagai jenis bahan perasa. Selepas
gochujang (pes pedas Korea yang diperbuat daripada cili) diperkenalkan akibat pengaruh Jepun pada zaman Joseon, tteokbokki menjadi merah dan pedas. Adalah dipercayai yang peralihan utama daripada tteokbokki biasa kepada pedas berlaku sekitar 1950-an selepas kemerdekaan Korea. Pada masa kini, kebanyakan tteokbokki dijual yang di gerai adalah merah dan pedas.
Francais MyeongDong Topokki ni ada banyak jugak outlet di KL, antaranya di Paradigm Mall, 1utama, The Mines dll. Yang aku pi ni kat Sunway Putra Mall, level 4 dalam area food court tu.
Cara order dia, pergi kat kaunter , order dan bayar terus serta amik bil. Pergi tunggu kat meja dan bila nombor order (ada dlm bil) naik kat board kaunter, pergi pick-up sendiri.
Set dgn air pun tawar rasa airnya tu. Dia served dlm balang kecik minuman.
|
Sunway Putra Mall PWTC |
|
meriah jgk sini |
|
dekat tempat food court |
|
menu set |
|
deko lawa..old school |
|
Order, bayar dan pick-up kat sini..tgk nombor order di atas board merah tu |
|
jom usha menu |
|
harga belas-belas |
|
semua tgh tak menyabar nak menelan |
|
pilih jgn tak pilih |
Jika pilih set, didatangkan dengan air minuman, sup sejuk daun apatah tu, kimchi, sama ada sushi roll atau ikan bilis goreng/kacang goreng.
Mampu ko nak makan nasi dgn sup sejuk? Pandai-pandai la nak curi kuah ramen bff kan.
Atau amik kuah topokki yang merah pekat tu. Jadi jgn order bulgogi kering tu kalo ke jenis makan kena banjir.
|
ni set Cheese Rabokki..RM17.80 |
|
bulgogi set.,.ada sup, kimchi dan air..bulgogi beef deopbap RM17.80. Bulgogi ni takde kuah pedas..takkan nk mkn dgn kuah sup?? no no..so amik kuah topokki tadi campur |
|
ni set spicy..dalgakbi chicken deopbap Rm 16.80..yang ni sedap jugak..ada kuah pedas |
|
ni Hangul Chicken Ramyun..RM16.80 |
|
sila makan |
|
ni set topokki dgn hangul chicken..tak salah RM17.80..sedap |
|
puas makan..portion byk.. |
Overall makanan ok lah..mungkin tawar sikit pada tekak kita makanan macam ni. Spicy dia tu tak kemana pun bagi kita, memang kena tambah cili padi jgk baru kawww!
Ramyun tu bagi aku biasa je la..rasa macam maggi pun ada. Bulgogi atau nasi ayam dakgalbi tu memang portion byk..puas makan. Aku yang dinosour pun termengah nak menghabiskan.
Total makan untuk 4 orang baru RM75 macam tu. Murah jgk. Orang ramai masa aku pi..aku stay Seri Pacific hotel jadi malas nak cari tempat makan jauh-jauh, try kat sini je lah. Nak makan kat fine dining Korea bajet tak bopa nak ada jadi kat sini pun melepas ngidam jadilah.
Boleh tgk menu dan harga kat
http://myeongdongtopokki.com/ dan boleh bajet dulu nak order apa.
Rujukan :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tteokbokki
Tak pernah lagi makan makanan korea.. Yang pernah makan maggi Ramen je , kategori Korea jugakkan..keh keh keh... tapi nampak cam sedaplah yang ni .
ReplyDeleteSedap..dan murah plak..notbad sesuai rega
DeleteAla nak pergi next page camana ni.. huaaaa.. nak baca lagi..
ReplyDeleteKena pi main page plak hehe
DeleteLicin mak telan... ha ha ha
ReplyDeletePerut naga
DeleteSudu garfu koya panjang ek mak... motifnya x tahu ler... he he he...
ReplyDeleteSupaya jgn lahap sgt nyumbat haha
Delete
ReplyDeleteBagi yang mampu berpikiran jernih setelah jadi BMI pasti sukses, pada dasarnya di perantauan cari modal dulu dan bekerja yg baik sampai kontrak finis, oh iya tidak lupa sy ucapkan terima kasih banyak kpd teman sy yg ada di singapura..! berkat postingan dia di halaman facebook TKI Sukses sy baca. sy bsa kenal nma nya Mbah Suro Guru spiritual PESUGIHAN ANKA GHAIB TOGEL 2D sampai 6D dan PESUGIHAN DANA GHAIB. . pikir-pikir kurang lebih 7 tahun kerja jd Tkw di Hongkong hanya jeritan batin dan tetes air mata ini selalu menharap tp tdk ada hasil sm sekali. Mana lagi dapat majikan galak. salah sedikit kena marah lagi . Tiap bulan dapat gaji hanya separoh saja . . itu pun tdk cukup biaya anak di kampung. Tp sy beranikan diri tlpon nmr beliau untuk minta bantuan nya. melalui PESUGIHAN DANA GHAIB Nya . syukur Alhamdulillah benar2 terbukti sekarang. terima kasih ya allah atas semua rejeki mu ini. Sy sudah bs pulang ke kmpung halaman buka usha skrg. jk tman minat ingin tlpn beliau . ini nmr nya +62 82354640471 & 082354640471 siapa tau anda bisa di bantu dan cocok sprti sy . aminn
Wow sedapnya..harga pun ok Tu. Boleh Cuba nanti
ReplyDeleteTq singgah
DeleteIngat saalh masuk blog tadi
ReplyDeleteAmboi jm...
DeleteX perlu pego koya nk mkn bulgogi semua ada kat msia kan
ReplyDeleteCuma asli dgn tak je..klu dh rindu pejam mata mkn
DeleteWoww mak! Ada apa tu turn kl? Seminar ke
ReplyDeleteJjcm..2 in 1
Deletesedapnyaa nanti nak plan pergi. nak ajak kawan2 berkumpul sekali memang susah. kena tunggu timing semua free.. pegi ramai2 best =D
ReplyDelete