Dari Hanoi ke Lao Cai dan bau muntah mendaki pergunungan Sa Pa



Jika  ingin menuju ke pergunungan Sapa, cara terbaik untuk sampai ke sana adalah dengan mengambil kereta api dari Hanoi ke Lao Cai. Pengangkutan untuk ke lembah pergunungan Sapa boleh gunakan cara ni:

1. -Kereta api dari Hanoi ke Lao Gai (9-12 jam, sleepers train). Sampai stesen ketapi Lao Cai.
2. -Naik minibus dari stesen keretapi Lao Gai ke Sapa (50-60 minit memanjat pergunungan dan jalan berliku-liku macam ular kena palu, ramai yang muntah dalam van okey, org betnam sendiri yang muntah bukan pelancong hehe..nasib aku hardcore traveler so boleh bertahan. Jadi standby la bam halia ke, minyak cap kapak, cap parang segala).

Boleh jugak rujuk sini : https://en.wikivoyage.org/wiki/Sa_Pa

ni dlm stesen ketapi, tengah tunggu train datang

masuk ikut pintu ni untuk ke platform 
jom ke platform ketapi

lepas check tiket, jalan kaki ke platform..ramai jgk warga vietnam nk ke Lao Cai

inilah ketapinya

aku tido katil bawah..atas warga vietnam..so 4 orang satu bilik..beg jaga-jaga tau
lega dapat luruskan kaki..atas katil aku lelaki warga vietnam..bagus je tido tak kacau org

selesa

sinki kat toilet


ada toilet,sinki tepi bilik aku..pagi boleh setel apa yang patut
geram aku tgk budak ni..rasa nak cubit pipi dia..dia nek sekali train dan bilik sebelah kami

Jadi sepanjang malamlah ko dok atas train tu..jimat duit hotel ye tak. Perjalanan melalui kampung terpencil, pergunungan dan sawah padi. Ada plug untuk cas dan meja kecil letak biskut dan minuman. Dalam setiap bilik diorg bagi biskut kecik dan gula-gula. Aku amik jugak, manalah tau nak bagi kat budak-budak yang serbu nanti. Nak makan tak bolehlah..tak pasti kehalalannya.

Selepas lebih kurang 10-11 jam, akhirnya hari cerah dan sampai di stesen Lao Cai. Masyallah..sejuknya cuaca...macam kat Eropah weiii...rugi tak bawak winter coat.

Ga Lao Cai..stesen ketapi untuk base ke Sapa

beginilah keadaan pagi hari pukul 7 

Nak ke Lao Ra pun boleh

stesen dia agak moden, baru dan besar. Not bad untuk bandar terpencil di kaki gunung

Selepas keluar dari stesen tu, amik jalan ke kiri..dekat je dah nampak tempat tunggu minibus ke Sapa.
Cuma untuk panduan korang, ramai ulat yang akan tawarkan pengangkutan dengan jip atau kereta untuk naik ke Sapa, sangat mahal dua kali ganda. Jadi sampai je stesen Lao Gai, keluar pintu stesen dan jalan sikit ke tempat tunggu minibus public tu.

Tambang nya jangan bagi dulu, bagi masa dalam van. Masa aku pi pergi tu, ada mamat ni asik ikut kitorang dan minta duit. Dia kata dia la konduktor minibus tu. Jadi jangan percaya ok, buat hati kering, masuk duduk dalam minibus tu dan dia akan tunggu minta duit depan pintu pun ko jangan layan. Diorg ni jenis paksa dan minta duit selamba je..ehhh jadi buat muka kering dan buat macam ko dah terrer. Jangan dok nak tanya dia apa-apa minta tolong ke apa..kalau tak mampus ko kena sembelih.
Tambang dari Lao Cai ke Sapa dalam 28,000 vd/pax bersamaan Rm6 seorang. Murahkan utk sejam perjalanan mendaki gunung.

dalam stesen Lao Cai

Inilah bandar Lao Cai..sejukkk

Dari sini amik minibas ke Sapa..ada time table dan harga sekali

mamat ni asik nak minta tambang aku..jgn percaya yang dia kata dia konduktor van tu

jadual perjalanan

dalam van..gila kecik seat dia..diorg ni kurus-kurus..jadi ko dok satu seat dan kecutkan badan okeh..buat macam ko pun body ala-ala Gigi Hadid
ini kadar tambang ke Sapa..jangan ko percaya cakap ulat minta tambang lebih. Bagi je duit selepas van jalan sebab ada ulat yang tak malu melonggok depan minibus tu minta duit kat kita padahal diorg org luar..dan yang pelik orang sini tak warning kita pasal tu..diorg buat tak nampak penipu tu cuba scam kita. Jadi foreigner kena alert benda ni.
Tambang 28 ribu dong seorang ke sapa dalam 6 hengget dan sejam perjalanan

Perjalanan ke bandar pergunungan Sapa ambil masa lebih kurang sejam..jalan lagi teruk dari Tapah naik Cameron dan adalah orang vietnam sendiri yang muntah dalam van. Dalam van memang disediakan plastik bag tapi ko bawak je standby plastik yang tebal tu. Bau muntah memenuhi dalam van...hadoiiii hazab..

Bila bau muntah..orang yang tak muntah pun automatik akan termuntah.
Jadi jom kita muntah berjemaah dan penuhi van dengan aroma isi perut.
Dah lah rasa punya lama nak sampai. Sepanjang jalan tu, kabus mulai menebal bila semakin tinggi altitud, oksigen pun makin kurang dan pening-pening lalat dah aku ni.


Setelah dekat sejam menahan bau muntah..ahkirrrnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..lega bila dah tiba di bandar Sapa ni. Turun van..masyallah sejuknya tak terkata..
van berhenti dekat sini..Sa Pa square namanya..dekat gereja..banyak gerai jalanan

gila sejuk..mengigil weiiii..rugi tak bawak baju sejuk Kim K aku

inilah gereja femes dekat sini..landmark Sapa..dah la hujan..sejuk nak mampus

berkabus teruk nih..kalo tak tahan memang kena selesema..azab

keadaan sekitar

22 comments:

  1. Ada jugak puak scam terdesak camtu ek? Buatnya kita ni caya bebulat mmg kena tipu jek
    Laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..jenis paksa org nih..nasib mak caya kn dia..sampai kita dlm van dia tunggu dpn muka minta duit

      Delete
  2. Baju sejuk kim k bebulu eh mak? Keh keh keh

    ReplyDelete
  3. Berkabus mesti basah jugak kan... suhu below
    16 ke tu mak? Sejuk amat dah tu... mau 10 kali kencing... he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suhu masa ni 12-14 celcius..mmg tgk mcm x sejuk tp sb kabus tu yg lg tambh hidung berair

      Delete
  4. tpi errrr namo pergi... macam scray je. mak memang terbaik lah. mampu menempuhinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tau..cantik sgt..tak rindu cuaca sejuk ke mcm kt jepun?

      Delete
  5. ok baru perasan entry ni. abaikan komen tadi.hehe

    ReplyDelete
  6. Mak aih! Bukan senang nak sampai ke Sapa ni..pas dh naik tren berbelas jam tu naik van lak nk ke puncak!! Perghh lap peluh..Mmg Mak hardcore lah 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu destinasi impian..kena gagahi jua hehe

      Delete
  7. Tido share dgn lelaki? Kalau pegi dpm group 4 org mesti dpt 1 bilik tu kan semua kwn2 kita je x la seram sgt..kalau sorang2 je pompuan dlm bilik tu mmg x tdo sampai ke siang laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha itulah..kalo solo try cr bilik yg ada pompuan..tukar suka sama suka

      Delete
  8. Mencabar betul..bau muntah tu..uwekkk! Ada jgk org scam eh..ada je cara nk nipu org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vietnam mmg femes dgn scam nih. Even mat salih pn terkono

      Delete
  9. Perghh berkabus mcm tu mmg gigil la hai..berketap2 gigi kesejukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nyesal sb bwk cardigan biasa je..rugi..klu bwk winter jacket boleh ronda pasar lg lama soping hehe

      Delete