|
jarak Sapa - Hanoi |
|
beli tiket bas kat sini |
|
staf hotel ni akan hantar kita ke bus station |
Hari ni merupakan hari ketiga di Vietnam dan masih di Sapa. Selepas balik dari Cat Cat village dan beli sobenir serba sikit kat Sapa Square, kami bergerak hantar motor yang disewa.
Kami lepak dulu minum coklat panas kat kafe sebelum ke pejabat tour.
Selepas minum kami gerak ke pejabat tour yang kami amik tiket bas pagi tadi then dia akan hantarkan kita dengan kereta ke port bas berhenti. Bila sampai situ, pergi tukar tiket dan boleh terus naik bas. Bersusun bas menunggu penumpang di kawasan tu.
Aku tak sempat nak amik gambar bas tu, tapi boleh tengok kat bawah keadaan didalamnya.
Tiket bas Sapa-Hanoi berharga 250k vd (Rm 45) untuk lebih kurang 6 jam perjalanan.
|
minum hot choc time sejuk ni memang nikmatttt |
|
boleh pilih kafe mana minum |
|
aku pilih kafe ni |
|
cute kan |
|
minum coklat panas dan bfast sini |
|
nikmat minum dgn makan biskut |
|
bye-bye Sapa... |
|
gigih mencari rezeki |
Bas ni akan bertolak jam 3.30-4.00 petang dan akan sampai ke Hanoi jam 9 mlm.
Puas hati aku dapat ke Sapa ni walau plan asal 3 hari 2 malam tapi yang dapat 2 hari 1 malam sahaja.
Bas ni akan berhenti kat RnR untuk rehat dan pergi toilet ke.. makan ke dan lain-lain urusan.
Toilet kat sini jenis yang pintu pendek tu ye tapi bersih dan kena bayar sikit masa nak masuk.
Lagi satu bas kat vietnam memang bawak jenis romantik, takde nak pecut ke apa.
Walaupun Sapa ke Hanoi jarak hanya lebih kurang dalam 300km ++ namun ambil masa dekat 6 jam nak sampai, kalau kat Malaysia dari Kedah ke KL jarak 480 km pun amik masa 4-5 jam je kan.
Negara Sosialis macam Vietnam (
negara yang sumber kekayaan dinikmati secara sama rata oleh rakyat namun sudah kurang pengaruh pada masa kini) ini yang masih diperintah oleh Parti Komunis jadi tak hairanlah rakyatnya tak seperti negara demokrasi dan masih takut nak langgar peraturan.
Bus Sapa - Hanoi (38 beds one-way)
[ Duration about 5,5 hours ]
1. Itinerary One-Way
Sapa - Hanoi:
♦ Departure 13:30 PM
13:00: Pick up at our office, No.02 Cau May → 13:30: Departure to Hanoi → 16:30: Stop at Km57 Station for 30 minutes.You can have dinner here and rest room also → 18:00: Our bus will pass Noi Bai domestic and international Airports where you can get off the Bus (Stop at terminal gate in the Airport, no fee, no taxi required) → 19:00: Arrival Hanoi and stop at No.12 Ly Thai To street.
♦ Departure 15:30 PM
15:00: Pick up at our office, No.02 Cau May → 15:30: Departure to Hanoi → 18:30: Stop at Km57 Station for 30 minutes.You can have dinner here and rest room also → 20:00: Our bus will pass Noi Bai domestic and international Airports where you can get off the Bus (Stop at terminal gate in the Airport, no fee, no taxi required) → 21:00: Arrival Hanoi and stop at No.12 Ly Thai To street.
semak sini
|
keadaan dlm bas..naik bas ni kena buka kasut dan masukkan kasut dlm plastik mcm kat masjid biru Istanbul tu..(plastik diorg bagi). |
|
bersih dan selesa |
|
dalam bas ni tempat duduk jenis mcm katil, ada dua tingkat. Selesa dan bersih. Kalo tak nak baring boleh tarik keatas seat tu. |
|
yg ni dari website bas tu..memang ginilah keadaan basnya
|
Selepas sampai ke Hanoi, dia akan dropkan kau kat tepi bandar, bukan tengah bandar Old Quater nun.
Jadi aku kena jalan kaki memalam dengan suhu menjunam 11 celcius dari tempat bus drop tu ke Old Quater. Berjalan dalam berpuluh km dan ada la drama sesat sikit.
Akhirnya jumpa kawasan
high end street kat tepi tasik Hoan Kiem, tu makna dah kawasan Old Quater. Lega dah jumpa. Jadi jika ko jenis takleh buang masa dan terus nak ke hotel, sila cari info dan google dulu. Aku memang jenis redah dan tak kisah, jadi berjalan jauh tu memang aku dah biasa dan suka jumpa apa-apa yang tak dijangka dalam pada mencari hotel tu.
Jika kau taknak berjalan kaki lepas turun bas, ada je taxi dan prebet sapu yang offer untuk hantar ke Old Quater. Boleh bargain dengan pemandu sendiri.
Tasik ni memalam pun ramai jugak yang masih duduk dibangku berehat, bersosial dan dengan lampu sekitar membuatkannya masih meriah.
|
lepas penat mengusung mak tapir..maka jumpalah tasik ni |
|
lili putih |
|
Huc bridge |
|
menara penyu |
|
tasik yang tenang |
|
pusat bandar Hanoi |
|
lawa tasik ni waktu malam dgn pencahayaan lampu |
|
sejuk nyaman.. |
|
dekat bulatan Highlands Coffee |
|
gambar guna hp cap ayam je ni |
Sampai kat Old Quater dah pukul 10 malam lebih then terus cari hotel. Main redah je ni dan alhamdulillah, hotel masih kosong yang berdekatan tasik tu.
Kos bagi seorang backpacker hari ni ialah:
- Tiket masuk Cat Cat Village = 50k vd (rm 8)
- Tiket bas Sapa- Hanoi = 250k vd (Rm 45)
- Hotel 400k vd/2 = 200k vd (rm 35)
- Sewa motor 150k vd/2 = 75k vd (Rm 13)
Jumlah belanja hari ketiga : 575k vd (Rm 103 digenapkan)