Hari ketiga di Sa Pa dan azab tunggang motorsikal ke Cat Cat village


Tahun 2017 dah nak berakhir namun entry travel Hanoi dari bulan Februari ritu masih tak tamat. Hadoi..bila nak dapat pil rajin macam SS nih.

Hari ni merupakan hari ketiga kat Sapa, hari Ahad dan plan adalah nak ke Cat Cat village (kampung kucing-kucing) then petang ni balik ke Hanoi. Jadi first thing first, kami beli tiket bas  Sapa-Hanoi di tour agent cum hotel sekitar Sapa. Senang je nak cari agent tour macam ni, diorg akan tulis kat cermin pejabat diorang.
pagi ni masak nasi goreng dulu sebelum keluar perah tenaga..guna sayur dan telur yang dibeli kat kedai runcit ..ni periuk ajaib adik aku..mmg stick punya tapi dah periuk non stick aku tinggal kat umh

pinggan tak bawak jadi makan dlm tudung periuk hehe

pagi pi beli keledek bakar dulu..sedapnya makan panas-panas
nyum nyum..harga dalam 10k vd (rm 1.7)

kabus teruk jgk pagi ni

beli dulu tiket bas Sapa-Hanoi..kedai ni dekat simpang tengah laluan dua arah berpecah..dekat taman tengah bandar tu

kat sini tempat belinya..merangkap hotel jgk agen ni

boleh park beg dulu kat sini sementara tunggu bas

hotel ni ada buat tour jgk sekitar Sapa


 Tiket bas dari Sapa ke Hanoi  harganya 250k vd (Rm 45). Lagi murah dari harga tiket keretapi cuma feel tu kurang. Jadi aku merasa la dua-dua mode transport.

Lepas amik tiket tu, cari motor untuk disewa untuk ke Cat Cat Village. Jarak dari Sapa town ni tak jauh, boleh jalan kaki tapi teruk jugak la dengan jalan berbukit then nak masuk Cat Cat kena jalan jauh lagi.
Bagi passport masa nak sewa motor tu, dia simpan pasport kita dan akan return once motor tu kita return. Harga sewa motor adalah 150k vd (rm 27), ko tawarlah sikit kalo rasa mahal. Boleh je sewa sehari rate macam tu cuma kau hantar motor awal, agak rugi disitu. Tapi dah bas ke Hanoi bertolak pukul 3 ptg camtu aku kena hantar awal la sikit.

pagi tu aku sewa motor skuter kat sini

bayar dan bagi dokumen kat sini

budak ni isi petrol sblm bg motor kat aku..kau tengoklah helmet dia tu??
berkabus teruk macam ni..azab nak merempit pun dgn jalan licin berlumpur

Aku rasa inilah pengalaman paling azab sepanjang aku sewa motor kat obersi!
dengan hujan rintik, helmet dah la takde visor, air hujan masuk mata, pedih tau dan kabus tebal pagi tu. Kabus sebabkan aku tak nampak sangat apa ada kat depan. Dah tu tangan pegang handle motor gigil sejuk jadi beku, aku dah tak tahan berhenti tepi jalan beli glove. Glove buruk pun takpe janji dpt cover sejuk.

Dan helmet vietnam ko tahu macamana?? jenis yang budak-budak kita pakai tu, yang corak spiderman ke apa tu, yang tak safety langsung. Kalo jatuh kepala ko memang pecah bergegar.
gini helmetnya..hadoi la

Ramai pulak pelancong jalan kaki ke Cat Cat village jadi lagi kena hati-hati takut terlanggar mereka.
Dah la sesat sikit sebelum sampai, masa ni mulut aku tak henti berzikir sebab takut eksiden.
Aku yg bawak motor ni rasa hazab sangat , jalan ngeri sebab curam dan kecik..dalam hati dok ingat mati je.
Lori dan bas plak sibuk keluar masuk dekat jalan nak ke Cat-Cat village. Naik motor turun bukit dan licin. Jalan berlumpur dan tanah melekat.
beginilah keadaan aku kena merempit dgn gerimis dan sejuk ketaq

seksa wei merempit dalam keadaan mcm ni..kalo kat Malaysia pun aku tak berani..tapi kat sini jin gagah perkasa manatah datang masuk badan..aku merempit dgn tak fikir risiko apa langsung..kalo di pikir balik memang aku buat keputusa penuh risiko dan gila..nasib tak jadi pape


Sapa yang pernah tunggang motor dalam musim hujan sejuk berkabus kat Sapa ni tau lah seksa macamana ..dengan jalan sempit dan curam..dah tu lalu tepi-tepi cenuram bukit. kalo sikit silap terbabas masuk gaung, bye bye.

Aku dah la tak amik insuran travel, habaq kat bos cuti rehat padahal cuti pi obersi, kalau eksiden mampus tak ditanggung. Ya Allah, masa ni berdoa selamatkanlah aku pergi dan balik..risau yakmat.

Sekarang bila fikir betapa Allah tu Maha Penyayang..buatnya aku eksiden jatuh motor, kena tahan wad kat sana, jenuh berjawab kau.

Padan muka aku kan, nasib tak jadi pape..tapi memang aku serik jgk la sekejap.
Tau takut mati dan ingat anak bini kat rumah.
Tak boleh nak berlagak jadi minah rempit macam kat Danau Toba dulu, kat sini memang mencabar jalan dan suasananya.

Selepas azab menunggang motor, akhirnyaaaaa...
lega nampak signage ni..tulisan kecik la sgt pulak

Welcome to Cat Cat Tourism Area
Direction untuk ke Cat Cat village ni adalah ikut laluan terus ke gereja tu. Kemudian amik kanan depan dataran tu..then pusing kiri turun bukit. Ikut laluan orang berjemaah jalan kaki turun bukit tu, akan lalu depan bangunan rumah kedai di jalan sempit dan curam. Belok ikut laluan utama.

Ikut je jalan tepi bukit-bukau tu dan nanti akan jumpa.

Dah sampai tarik nafas lega dan park motor dekat kaunter tiket. Kena caj dalam 20k vd (rm 3.5) kalo tak silap...dah lupa.



18 comments:

  1. ini kira rajin lahhh..trip 2017, entry pun tahun yg sama. i punya trip tahun lepas pun tak habis lagi cerita..sejenis pemalas teruk!hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. MaDa busy bebonor..i kena rajinkn jgk..bila selak semangat trvel mai balik..malas tu taknak ckp..sendiri ngaku hehe

      Delete
  2. "bila nak dapat pil rajin macam SS nih."... Entry Hanoi SS tak start2 lagik mak... Kah Kah Kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ss travel tak hengat..nonstop..mana nk ligan hehe

      Delete
  3. Rare giler makan dalam tudung piuk... Ha Ha Ha... Pedulik laa kan... Janji dapat makan...

    ReplyDelete
  4. Helmet ala ala zaman hitler gitew... ha ha ha

    ReplyDelete
  5. Cakap pasal insurans ni kan... Masa pi NZ je SS betul2 amik insurans travel... Sebelum ni memang tak pernah pon mak... Itu pon sebab fikir kita drive kereta orang kan... Kalu keta sendiri tak pe... Tapi... Rasanya... Lepas ni... Macam nak continue amik jugak lah insurans tu... terutama kalu kita bawa transport or kita pi tempat yang agak bahaya skit... Bukan mahal pon... 50 henget jek... kalu nak banding kerugian yg lagi besar...

    ReplyDelete
  6. lahai cumil nama cat cat village .. byk kucing tak?

    ReplyDelete
  7. Adoii kan dah teringin nak beli ubi manis... Terluiq baqhang..

    ReplyDelete
  8. Macam syok je tengok org jual2 sayur tepi jalan.mesti freshkan... Hishh very the mak mak sgt mummy komen...ahahah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syok sgt tgk semua fresh..klu ikut ati mmg borong

      Delete
  9. idoklah saya mak..haha. Tabik spring satu kali!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk bdn sal la..kecikmolek..org nk bg sewa motor pun tak yakin

      Delete